Isnin, 21 Mei 2007

Ayah Altantuya pertikai polis, pakar forensik dan tok Najib

Sumber dari Harakahdaily
Penafian penglibatan Najib dipersoal bapa Altantuya

Muhammad Nor Abd Samad Fri May 11, 07 03:08:23 PM
"KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Bapa kepada bekas model Monggolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu mempersoalkan bagaimanakah polis Malaysia boleh menyimpulkan bahawa cucunya yang berusia empat tahun itu berbapakan seseorang yang berbangsa Monggolia sedangkan pihak polis tidak pernah membuat ujian DNA ke atasnya. -->
"Bagaimanakah pihak polis boleh mendapat keputusan ini sedangkan tidak ada sebarang contoh DNA diambil daripada cucu saya. Pakar forensik dari Malaysia pernah datang ke rumah saya pada 14 Mac 2007 dan melihat cucu saya tetapi tidak mengambil contoh darahnya. Sebaliknya mereka mengambil contoh darah isteri saya," kata Shaariibuu S dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media pada 2 Mei lalu.
Beliau juga turut mempersoalkan penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembunuhan Altantuya sedangkan bahan letupan C4 yang digunakan dalam pembunuhan itu hanya boleh didapati dari Kementerian Pertahanan.
"Saya ingin mengingatkan Najib dan juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa jenayah tersebut telah dilakukan oleh pegawai keselamatan anda (yang kini dalam tahanan polis menunggu tarikh perbicaraan).
"Dalam afidavitnya Abdul Razak Baginda juga menyatakan bahawa pegawai keselamatan anda ini pernah membunuh kira-kira 5 hingga 6 orang sebelum ini dan dalam kes pembunuhan anak perempuan saya Altantuya, penasihat politik anda Abdul Razak Baginda bersekongkol melakukan jenayah," katanya.
Menurut afidavit Abdul Razak Baginda juga katanya, rakan Najib, Musa Safri memainkan peranan yang penting dalam pembunuhan tersebut tetapi beliau tidak dituduh terbabit hatta disoal tentang penglibatannya dalam pembunuhan itu.
Shariibuu menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya menangani kes yang akan mula dibicarakan pada bulan Jun ini nanti dengan penuh tanggungjawab memandangkan ia akan mendapat perhatian dunia. - mks"


Teman agak tergaman membaca berita seperti di atas. Ayah Altantuya menyatakan bagaimana, pegawai Polis Malaysia boleh membuat kesimpulan bahawa cucunya yang berumur empat tahun adalahlah anak kepada seorang lelaki Mongolia, sedangkan Polis Malaysia tidak pernah membuat ujian DNA ke atas cucunya.

Menurut Ayah Altantuya lagi memang pakar forensik dari Malaysia ada datang ke rumahnya di Mongolia. Yang menjadikan fikiran ayah Altantuya kacau bilau ialah, mengapa pakar forensik Malaysia sekadar melihat cucunya, dan sebaliknya mengambil darah isterinya bagi ujian DNA. Mungkin dia tak dapat tidur dan pening kepala memikirkan mengapa perkara ini harus terjadi.

Untuk tujuan bersangka baik, teman mengandaikan bahawa pakar forensik Malaysia mungkin semasa mengambil darah isteri kepada ayah Altantuya, mereka sedang dalam keadaan tidur atau separuh tidur, seperti Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri , yang menjaga Polis Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia amat diketahui sebagai kaki tidur nombor satu SeMalaya.

Oleh itu mengambil darah semasa dalam keadaan tidur atau separuh tidur tidak menjadi satu kesalahan yang besar. Penyakit( kalau boleh dianggap sebagai penyakit) tertidur atau separuh tidur adalah menifestasi daripada slogan kepimpinan melalui teladan yang telah menyerap dengan berkesan dalam batang tubuh pakar forensik berkenaan. Ataupun pakar forensik tersebut yang pergi ke Mongolia menganggap ucapan sakti Perdana Menteri yang meminta rakyat " jangan bekerja kerana saya tetapi bekerjalah bersama saya" adalah senada dengan slogan "janganlah tidur kerana saya tetapi tidurlah seperti saya". Oleh itu pakar forensik yang mungkin dalam keadaan separuh tidur atau betul betul tidur berada dalam keadaan illusi dan mamai, melihat ibu Altantuya sebagai cucu kepada ayah Altantuya.

Lalu berlakulah kesilapan yang tak dapat dielakkan iaitu mengambil specimen darah dari orang yang tidak ada kaitan dengan tujuan asal kedatangan pakar forensik Malaysia ke Mongolia.

Andaian ini berasaskan pertimbangan untuk berbaik sangka terhadap pakar forensik Malaysia. Kebanyakkan Menteri dalam Kerajaan Barisan Nasional selalu mendabik dada dan membuat kenyataan bahawa Malaysia mempunyai sejumlah manusia yang pakar dalam pelbagai bidang. Diantaranya : Pakar rasuah. Pakar putar alam. Pakar sains. Pakar bedah. Pakar Tahi Bintang dan termasuk pakar dalam bidang forensik. Oleh itu mempertikaikan kepakaran ahli forensik adalah sesuatu yang Ayah Altantuya tak patut lakukan.

Ayah Altantuya juga telah membuat kenyataan yang dikira biadab terhadap Polis Malaysia. Tidakkah beliau tahu bahawa Polis Malaysia adalah pasukan keselamatan yang tersangat hebat di dunia mengalah FBI, Scotland Yard, Mozad (pakar intelengisia Isreal), KGB,INTERPOL dan lain-lain pasukan keselamatan di dunia ini sehingga sanggup menjalankan tugas yang lebih mencabar iaitu mengawal ceramah parti pembangkang sehingga mengganggap kerja mencari perompak dan penjenayah adalah kerja sampingan! Bukankah itu tanda kehebatan Polis Malaysia. Kita minta Syed Hamid Jaafar Al Bar, Menteri Luar Negeri menghantar surat bantahan kepada ayah Altantuya melalui Konsulat Mongolia di Thailand! .Cepat Tok Syed, nanti Paklah yang nampak berwatak lemah lembut, murka. Cepat!

Ayah Altantuya juga dalam kenyataanya cukup hairan bagaimana Tok Najib boleh menafikan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembunuhan anaknya sedangkan bahan letupan C4 adalah di bawah kawalan Kementerian Pertahanan yang juga di bawah kawalan Tok Najib ,yang akan jadi Matan TPM kerana dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pak Lah letak jawatan 100 tahun lagi. Kepada sesiapa yang ada laluan untuk berhubung dengan ayah Altantuya dan boleh berbahasa Mongolia, tolonglah bagi tahu kepada beliau ,walaupun bahan letupan C4 di kawal oleh Kementerian Pertahanan, tidak ada bukti yang jelas bahawa bahan letupan itu terdapat pelekat yang berbunyi "Made in Malaysia by Najib".

Banyak lagi isu yang dibangkitkan Saariibuu, ayah mendiang Altantuya yang mati lumat dan berkecai di Malaysia. Untuk komentar seterusnya teman dengan rendah hati meminta, Musa Safari , kawan Tok Najib tolong teruskan menyambung komentar ini. Dan kepada Musa Hassan tolonglah dengar bisikan teman yang paling halus supaya orang lain tak dengar :"Tolong, jangan sampai Tok Najib naik mahkamah takut nanti Paklah terjaga dari tidurnya"

Tiada ulasan: