Selasa, 22 Mei 2007

Kakitangan Awam Dapat Kenaikan Gaji:Hidup Pak Lah


Gaji Kakitangan awam, Polis dan Tentera telah naik mencanak sebagaimana yang disiarkan oleh kebanyakkan akhbar Malaysia hari ini.Kenaikan gaji sehingga 35% adalah yang tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam. Hidup Pak Lah. Hidup Tok Najib?.

Media arus perdana, terus mencari tokoh-tokoh tertentu dan beberapa orang kakitangan awam, polis dan tentera untuk di interbiu. Semuanya memuji langkah kerajaan di bawah pemerintahan Pak Lah yang begitu prihatin terhadap nasib pekerja .Yang tak memuji,kenyataan mereka akan dikeluarkan sebagai berita utama di suatu masa yang semua makhluk bumi tak tahu bila.

Ada seorang Menteri yang menyatakan bahawa, tak banyak negara yang memberi kenaikkan gaji yang tinggi seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan BN. Betul cakap menteri berkenaan. Negara-negara seperti Bangladesh,Veitnam, Irian Timur dan kebanyakkan negara-negara di Afrika memang tak boleh tandingi Malaysia.

Dan teman rasa Amerika dan negara Eropah yang lebih maju, telah jauh ketinggalan dari segi menaikkan gaji kakitangan. Oleh itu teman jemput pemimpin-pemimpin negara berkenaan supaya datang ke Malaysia untuk belajar dengan Pak Lah.

Jangan belajar dengan Tok Najib kerana ada orang kata , ditakuti, anda balik dengan tubuh yang sudah berkecai. Bukan teman yang cakap, tapi orang lain.

Sesungguhnya ,Malaysia yang sedang diterajui oleh Pak Lah yang mengetuai kerajaan Barisan Nasional adalah sesungguhnya hebat.Tidak ada yang hebat melainkan hebat belaka.

Sekali lagi 'hidup Pak Lah'

Media Perdana juga bertanya kepada pemimpin pembangkang. Pemimpin pembangkang pun turut setuju.Cuma kata setenggah dari mereka, mengapa baru sekarang kenaikkan gaji tersebut diumumkan? Adakah, ini petanda Pilihanraya Umum semakin hampir? Dan Penasihat PKR, Tok Anwar Ibrahim yang turut memuji, tetapi dalam masa yang sama menginggakan kenaikkan gaji tidak akan memberi kesan positif kepada pekerja sekiranya harga barangan turut naik mencanak.

Teman tak nak komen banyak-banyak kerana kenaikkan gaji ini memang sudah lama patut di buat. Sudah hampir limabelas tahun tak ada kenaikkan gaji untuk kakitangan awam. Yang ada cuma penyelarasan gaji, yang tak banyak beri faedah kepada pekerja dalam perkidmatan awam.

Buat kakitangan kerajaan, tak kira kakitangan awam , tentera dan Polis , kenaikan gaji yang baru di umumkan adalah hak anda yang telah sekian lama di abaikan oleh kerajaan BN! Kerajaan yang semakin terdesak bagi menghadapi pilihanraya akhirnya tunduk kepada tuntutan pekerja yang di bayar gaji oleh kerajaan.

Walaumacammana pun teman ucapkan syabas kepada Pak lah dan kerajaannya.Dan teman, mohon kepada kerajaan supaya membuat pemantauan supaya peniaga tak menaikkan harga barangan ikut suka hati mereka.

Kenaikan harga tepung gandum sebayak rm 0.15 sen sekilo yang bukan dinaikan ole peniaga, tetapi oleh kerajaan juga perlu dikaji untuk diturunkan.

Dan Kerajaan juga perlu pastikan, harga minyak yang telah dinaikkan, diturunkan, berdasarkan harga pasaran dunia minyak petrolium yang telah turun.

Bayaran tol pun wajib tidak dinaikkan lagi.

Faham tu,wahai anak kepada Vellu. Sila ambil perhatian amaran teman ini .Kalau Anai engkar,nescaya teman sumpah kamu jadi lembu.Ada berani!

Kalau kerajaan bertindak seperti anjuran teman dan kebanyakkan rakyat, maka kenaikkan gaji yang diumumkan semalam adalah berbaloi.

Seperti pandangan kebanyakkan tokoh parti pembangkang, teman turut bersetuju bahawa kenaikkan gaji kakitangan awam , adalah petanda yang jelas bahawa pilihanraya makin dekat. Ianya berada betul-betul di depan hidung.

Dan ada tokoh parti pembangkang yang menyatakan kenaikan gaji kakitangan awam adalah untuk memancing dan mengula-gulakan rakyat rakyat supaya mengundi BN dalam pilihanraya umum nanti. Dalam hal ini tempat tak sependapat dengan kenyataan tersebut.Pada pendapat teman, kerajaan tak memancing dan mengula-gulakan rakyat.Kerja memancing dan memberi gula-gula adalah permainan budak-budak. Kerajaan BN bermain cara orang dewasa. Iaitu memukat dan menuba rakyat supaya mereka tidak mengundi pembangkang. Bukankah lebih bersopan kenyataan teman ini.Pak lah tentu lebih happy mendengarnya. Betul tak Pak Lah!.Hidup Pak Lah!

Kepada Parti pembangkang ,jangan kecik hati kalau teman kata , terlalu sukar kali ini bagi pembangkang menang besar dalam pilihanraya umum akan datang.Alasan teman berdasarkan lojik mudah. Kakitangan awam, kebanyakkannya orang Melayu. Orang Melayu ni tahu sajalah, diberi sekotak rokok pun dah terasa terhutang budi. Inikan pulak kenaikan gaji yang bukan sikit, yop.Banyak.

Nak harapkan undi orang kampung? Pun susah. Masih ramai orang kampung yang percaya pada khabar angin dan cakap yang berunsur fitnah iaitu hanya BN sahaja yang boleh perintah negara terutama yang berumur 60 tahun ke atas. Mereka pun dapat faedah bila anak-anak mereka yang menjadi kakitangan awam dinaikkan gaji. Bertambahlah sedikit kiriman wang untuk mereka bagi menambung kehidupan sebelum mereka berpindah ke alam kubur.

Teman berharap, Tok Najib dan pemimpin BN yang tak suka dengan khabar angin dan cakap-cakap berunsur fitnah, bertindak segera untuk membasmi gejala negatif ini yang sudah menjadi darah daging kebanyakkan orang kampung dan juga setengah dari setengah orang bandar.

Buat parti pembangkang teman nasihat supaya sabor ajelah dan teruskan perjuangan.
Kenaikan gaji yang di umumkan semalam hanya melibatkan lebih kurang sejuta orang. Ada berjuta orang yang masih di belit oleh kemiskinan dan kesempitan hidup, seperti para buruh, nelayan,petani dan lain-lainya.

Kalau boleh cuba fikirkan supaya dapat diujudkan gelombang seperti tahun 99.

Sebenornya banyak lagi isu yang besor, yang boleh di ekploitasi . Tetapi ada di antara tokoh-tokoh penceramah parti pembangkang kurang usaha untuk mengeluarkan hujah dan fakta yang menyakinkan bagi menawan hati rakyat.

Mungkin juga cara parti pembangkang membentangkan isu besor tidak berapa kena dengan nilai masyarakat Melayu dan China terkini yang lebih mementingkan soal perut dari memikirkan sebuah kerajaan baru yang menjanjikan keadilan dan kesenangan yang lebih menyeluruh.

Terdapat juga penceramah pembangkang yang bercakap isu nasional yang terlalu besor di kawasan penduduk yang bukan terlalu pandir tetapi mesej yang disajikan sukar ditangkap oleh imiginasi mereka.

Di kawasan seperti itu, lebihkan bercakap isu-isu tempatan yang tertonggok didepan mata mereka. Tentu mereka akan lebih faham dan tak mudah lupa. Hasilnya, mereka nantinya akan mengundi pembangkang.

Dan jangan lupa selesaikan juga soal SPR yang tak adil.

Mengenai pengundi hantu, apakata parti pembangkang minta jasa baik Setiausaha SPR menangkapnya , kerana dia mempunyai kaedah tersendiri mengenalpasti hantu. Setiap hantu yang beliau kenalpasti, hendaklah dia dibayar dengan pujian secara tunai.Tentu dia suka.

Sebelum teman undur diri, teman nak ucapkan sesuatu pada Pak lah: "Hidup Paklah dan semoga tidur dengan lena sambil bermimpikan seorang perempuan memakai baju kebaya yang di beli hasil dari kenaikan gaji"

1 ulasan:

slesesmi berkata...

visite site Gucci Dolabuy try this website replica ysl next page Loewe Dolabuy