Rabu, 23 Mei 2007

Tiada pengkelasan di kalangan pemimpin Pas

Petikan dari Harakahdaily
ini kerana mereka tidak memahami perjuangan PAS.
KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menegaskan tidak wujud golongan-golongan atau pengkelasan tertentu di kalangan pemimpin PAS.

Katanya, pembahagian-pembahagian seperti konservatif dan progresif ini diperkenalkan Barat tetapi terbawa-bawa ke dalam arena politik tanah air.

"Saya sebagai Naib Presiden selama dua tahun , saya tidak nampak atau merasai wujud kelompok dalam PAS. Ini kerana perjuangan kita berasaskan dakwah Islamiah dan perjuangan Islam dalam konteks di Malaysia. Oleh itu tidak ada wujud ekstremis atau konservatif dalam PAS," ujarnya ketika menjawab soalan pemberita di pejabatnya di Kompleks Darulnaim pagi ini.

PAS katanya turut digambarkan hanya dipimpin oleh sekelompok golongan pendidikan agama tetapi hakikatnya ianya mempunyai pemimpin dan pendokong yang pelbagai latar belakang pengajiannya.

Sehubungan itu kata Husam andaian orang luar dari parti PAS yang melabelkan itu dan
Husam memberikan contoh bahawa beliau yang hampir mencecah 50 tahun dan telah berada di dalam PAS selama 25 tahun, tetapi masih dilabel sebagai 'Young Turks' oleh pihak luar (media).

Husam juga menolak kebimbangan bahawa pemimpin yang bukan berlatarbelakangkan agama akan membawa parti itu ke jalan yang salah.

"Satu badan dalam PAS iaitu Majlis Syura Ulama yang tentukan halatuju PAS, jadi kebimbangan bahawa orang bukan agama bawa PAS ke jalan yang salah tidak berbangkit sama sekali dan juga fungsi Jawatankuasa PAS Pusat ialah untuk mengurus hal ehwal parti (manage),"tegasnya.

"Saya tidak rasa bimbang jika anggota Jawatankuasa Pusat dianggotai oleh bukan ahli agama, PAS akan diseleweng, tidak timbul sama sekali," tegasnya lagi.

Allahyarham Dr Burhanudin El Helmy dan Dr Zulkefli Mohamed adalah profesional yang perjuangannya disanjung hingga hari ini.

Husam menegaskan bahawa PAS membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin bersamanya tanpa mengira latar belakang atau pengajiannya selagi ia mahu patuh kepada perjuangan yang berasaskan al-Quran dan Sunnah serta perlembagaan parti.

Spekulasi muktamar

Mengenai pelbagai spekulasi media berhubung muktamar nanti, Husam berkata spekulasi ini akan menyebabkan muktamar PAS kali ini lebih menarik.

"Sebarang spekulasi tidak akan menjejaskan keutuhan parti. Saya juga tidak nampak pertandingan boleh menjejas imej parti menjelang pilihan raya,"katanya.

Husam berkata pemimpin PAS sentiasa mengutamakan parti dan perjuangan.

"Pak Lah dah beri 'isyarat' (naik gaji) – jadi PAS kena gembeleng semangat dan ganda usaha untuk lonjakkan pencapaian parti pada pilihan raya akan datang,"katanya.

Dari pengamatan beliau ketika ke seluruh negara untuk merasmikan konvensyen atau ijtimak negeri-negeri beliau mendapati semangat atau mood untuk pilihan raya yang cukup tinggi.

“Usaha sekarang ialah untuk bagaimana hendak merangka kemenangan dalam PRU 12 dengan kondisi hari ini," ujarnya.

Oleh kerana itu, beliau menjangkakan antisipasi perwakilan-perwakilan untuk menghasilkan formula-formula menghadapi pilihan raya ke-12 yang efektif akan ditonjolkan pada muktamar kali ini.

"Oleh sebab itu kita yakin untuk mengadakan muktamar (Umno dan MCA tangguh) kerana yakin ukhuwah parti dan hasil natijah yang baik untuk pilihan raya berbanding perkara-perkara lain," katanya. - mks.


Apa sahaja kenyataan yang dibuat oleh Dato'Husam Musa , teman akan beri perhatian yang lebih. Beliau ,pada pengamatan teman adalah diantara pemimpin Pas yang terbaik di masa kini.

Dalam kenyaataan beliau jelas menegaskan bahawa tiada pengkelasan tertentu dalam kempimpinan Pas. Pengkelasan atau pembahagian seperti konservatif dan progresif menurut beliau adalah dibuat oleh barat.

Teman, tiada masalah untuk bersetuju dengan pendapat beliau tentang persoalan ini.

Namun ada juga dikalangan ahli Pas yang terperangkap dalam pengkelasan ini. Para pemimpin yang berpendidikan agama dirujuk sebagai tokoh konservatif iaitu seorang yang tak berapa peka dengan suasana semasa dan tidak mampu mengemukakan hujah dan fakta yang menyakinkan dalam ucapan mereka terutama isu besor di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kelebihan dan kehebatan golongan yang dilebelkan konsevatif ini hanya terletak dari kemampuan dan kefasihan mereka memetik ayat-ayat al Quran semasa berucap. Dan kelemahan golongan pemimpin dari golongan ini,ialah kurang kemahiran dalam memimpin dan mengurus organisasi dan daya imiginasi yang tak berapa menyerlah.

Manakala pemimpin yang tergolong dalam golongan progresif, mengikut segelintir ahli Pas, adalah golongan pemimpin yang bukan berlatarkan pendidikan Islam tetapi mempunyai semangat juang islam yang tinggi.Golongan ini dianggap mempunyai kemahiran memimpin dan mengurus organisasi yang baik. Mampu berhujah secara ilmiah dalam setiap ucapan mereka. Dan mereka ini lebih berani untuk berdemonstasi di jalanraya atau mengemukakan memorandum kepada pihak berwajib ,untuk membantah apa yang dianggap bercanggah dengan pelembagaan negara.

Teman tulis isu ini berdasarkan apa yang teman dengor.Mungkin , teman silap dengor kerana kuasa pendengaran teman semakin kurang sesuai dengan usia yang semakin tua. Tambahan pula teman hanya ahli biasa yang tidak terlalu aktif sejak mengalami sakit yang sampai sekarang , doktor pakar tak berapa pasti puncanya. Hanya sejak pencen ni, teman mempunyai ruang waktu yang luas untuk mengikuti perkembangan PAS. Dan kini punya kesempatan untuk menulis secara ala kadar di blog ini bagi meluahkan apa yang terlintas dalam kotak fikiran teman.

Teman sedor diri.

Berbalik soal pengkelasan golongan pemimpin yang dibangkitkan oleh segelintir ahli-ahli Pas. Sepatutnya jangan diperbesar-besarkan. Golongan pemimpin yang dilabelkan sebagai konservatif dan satu golongan pemimpin yang dilabelkan sebagai progresif(profesional), masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Ianya adalah normal kerana kita semua adalah manusia biasa.Bukan Rasul.

Ahli Pas yang suka membuat label tertentu mesti mengakui bahawa ada dikalangan ulama yang dilabelkan konservatif mempunyai mutu kepimpinan yang tinggi, daya fikir yang menerobos tembok zaman dan mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi seperti Tok Guru Nik Aziz dan ramai lagi.

Manakala terdapat segelintir golongan yang dianggap profesional dan progresif, yang lebih banyak bercakap dan berteori tetapi bab mengurus organisasi hancus.Gaya memimpin dan gaya hidup ada kalanya seperti tokoh UMNO. Teman hanya sentuh soal'gaya'.Tak lebih dan tak kurang.

Pada hemat teman apa yang perlu setiap ahli dan pemimpin lakukan dari semua peringkat , Kawasan, Negeri dan Pusat ialah jangan sama sekali berhenti belajor.

Banyak kemahiran, seperti kemahiran memimpin dan mengurus boleh dipelajari.Kemahiran berhujah , berpidato dan ilmu seni berfikir secara analitikal dan kreatif dan lain-lainya juga boleh dipelajari.

Begitu juga dengan kemahiran dalam disiplin ilmu Islam, boleh terus dipelajari melalui kuliah agama atau pembacaan dari buku-buku kajian Islam khususnya kitab-kitab hasil buah tangan ulama muktabar yang semakin banyak diterjemahkan dari bahasa Arab ke Bahasa Inggeris dan Melayu.

Teman sekali lagi berpesan ,supaya semua ahli dan pemimpin Pas ,jangan berhenti belajor. Berhenti merokok ,bagus! Yang ada tabiat berhenti bayar hutang, wajib menghindari perbuatan terkutuk itu!

Dan bukan setakat belajar, tetapi beramal dengan ilmu yang dipelajari. Kalau ilmu sahaja hebat, amalan kurang, maka ianya tidak memberi impak yang besar dalam melahirkan pejuang Islam yang sejati.

Pesan teman, hentikan penglabelan yang boleh melemahkan jamaah.Seluruh ahli dan pemimpin mesti bersatu hati dan ikhlas dalam menjalankan amanah

Insyallah, fajar kemenangan akan menyinsing.Allauahkbar!

Tiada ulasan: