Baru sebentar tadi teman membaca Harakahdaily.net. Salah satu tajuk berita yang mengamit perhatian teman ialah "Parti baru bertunjang Islam boleh satukan PAS, Umno - Nik Aziz".
Berita itu keluar semalam. Dan yang menariknya terdapat kenyataan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am Pas dan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat yang diantaranya dilaporkan berkata seperti berikut:"Saya amat menyokong sekiranya Umno dan PAS bubar dan kita tubuh satu parti baru dan parti tersebut hendaklah berlandaskan Islam," katanya(Tok Guru Nik Aziz)
Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud menyokong cadangan Menteri Besar Kelantan supaya Umno dan PAS dibubar untuk membolehkan parti baru yang berasas Islam ditubuh". (untuk berita penuh, sila klik sini)
Selepas membaca keseluruhan isi berita itu, teman teringat pada entri teman yang bertajuk "Bubar Saja Pas Dan Umno" yang telah dipostkan diblog ini pada 28 Julai 2007 . Maknanya pada hari ini genap setahun entri teman tersebut.
Bagi kawan-kawan yang tak sempat membaca entri tersebut, maka dengan murah hatinya teman 'copy dan 'paste' sebagai entri terbaru teman pada bulan ini. Dan bacalah ,kalau sudi.
Teman pun tahu walaupun entri tersebut penuh dengan pendapat teman yang merapu dan meraban, tetapi kenyataan dua orang tokoh Pas tersebut seolah-olah meraikan pendapat teman yang entah apa apa itu !
Saturday, July 28, 2007
Bubar Saja Pas Dan Umno
Sebagai salah seorang umat Islam yang prihatin dan warga negara yang baik, teman ingin mencadangkan supaya Pas dan Umno dibubarkan. Bila?. Kalau boleh sebelum subuh sepii esok. Mungkin terlalu cepat dan tak sempat. Baiklah, sebelum dunia kiamat. Masalahnya, kita manusia biasa yang tak tahu bila dunia akan kiamat. Apapun, segerakanlah.
Alasan teman cukup mudah. Kedua buah parti ini ibarat anjing dan dan kucing. Asyik bercakaran saja. Macam tak ada titik pertemuan. Percakaran ini dari segi logiknya tidak dapat dielakkan. Memang inilah harga sebuah sistem demokrasi yang perlu dibayar!
Demokrasi Malaysia dari segi rohnya masih dipengaruhi oleh barat. Dan salah satu punca perpecahan umat, adalah apabila kedua buah parti ini terpaksa bertarung diantara satu sama lain dalam kerangka sistem demokrasi bagi merangkul sokongan rakyat , yang secara tidak langsung boleh meletih dan merugikan umat ini.
Sepatutnya, kedua buah parti ini bersatu untuk membina sebuah negara yang unggul di persada antarabangsa. Ini tidak, masing-masing saling menyalahkan. Contohnya dalam isu negara Islam. Umno kata Malaysia adalah sebuah negara Islam mengikut tafsiran yang tersendiri. Manakala Pas pula mengatakan , Malaysia belum mempunyai ciri-ciri negara Islam yang sejati dan oleh kerana itu Malaysia tidak boleh dilabelkan sebagai negara Islam. Malaysia mengikut pandangan Pas, adalah negara umat Islam yang mengamalkan agama suku,politik suku.
Contoh isu negara Islam jelas menunjukkan perbezaan pendapat ini di antara kedua buah parti politik tersebut. Banyak lagi contoh perbezaan pendapat di antara kedua buah parti tersebut dalam soal-soal yang lain. Soalnya bila hendak selesai?.
Jawabnya, sukar untuk diselesaikan. Pas sering menganjurkan supaya soal-soal besar atau kecil diselasaikan melalui perbincangan atau debat berdasarkan seruan ayat al Quran yang meminta umat Islam yang bertelingkah supaya kembali kepada Al Quran sebagai tempat rujukan bagi menyelasaikan permasalahan yang timbul. Anjuran Pas adalah baik. Tetapi Umno menuduh Pas tidak ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang mencetuskan pertikaian. Seolah-olah Umno mempunyai kuasa seperti tuhan yang boleh membaca hati manusia samada ikhlas atau tidak.
Yang kebinggungan akibat daripada pertikaian pendapat di antara Pas dan Umno adalah rakyat biasa. Kebinggungan ini adalah berpunca daripada kurang maklumat yang mereka perolehi. Maklumat tentang kebaikan Umno melimpah ruah kerana media perdana dikuasai oleh mereka. Tentang dasar, matlamat dan wawasan perjuangan Pas sesungguhnya masih belum meluas diketahui oleh umat. Maklum sahajalah, Pas bukan parti pemerintah.
Memandangkan perbalahan Pas dan Umno ini tidak akan selesai sampai bila, maka itulah sebabnya teman cadangkan Umno dan Pas dibubarkan. Kalau teman cadangkan Umno sahaja dibubarkan dan dikuburkan di laut China Selatan, tentu Umno akan mengaum bagai harimau yang kelaparan. Kalau teman cadangkan, Pas dibubarkan, tentu teman secara otomatik tidak mempunyai wadah perjuangan dan Pas juga akan berkata, yang patut dibubarkan ialah Umno kerana jasanya yang besar dalam memandulkan syariat Islam di Malaysia . Oleh itu cadangan teman, supaya kedua buah parti ini dibubarkan adalah amat munasabah dan masuk akal.
Sekiranya cadangan teman ini disambut dan dilaksanakan oleh kedua buah parti tersebut, maka teman seterusnya akan mencadangkan supaya bekas barisan kepimpinan kepada almarhum kedua buah parti politik tersebut , diperingkat pusat dipertemukan untuk menubuhkan parti politik baru.
Parti Politik baru ini boleh dipimpin oleh bekas barisan kepimpinan kepada al marhum kedua buah bekas parti yang telah dibubarkan, melalui proses tapisan yang ketat supaya pemimpin yang dikira bersih dan berjiwa Islam sahaja yang akan dipilih.
Bagi tujuan tersebut, maka dengan ini teman secara sukarela menawarkan diri untuk melakukan proses penapisan secara perseorangan. Kesanggupan teman bukan kerana teman adalah yang terbaik. Tetapi teman yakin , akan dapat menjalan tugas mencari bakal pemimpin baru untuk sebuah parti politik yang baru ditubuhkan secepat yang mungkin . Maklumlah teman dah pencen dan tak ada kerja tetap. Oleh itu masa lapang adalah luas terbentang. Lagipun, idea pembubaran kedua buah parti adalah hasil dari cadangan teman. Dan teman juga yang mencadangkan ditubuhkan parti politik baru.
Katakan cadangan teman dipersetujui oleh kedua belah pihak untuk melakukan proses penapisan, maka teman berjanji akan menjalankan tugas dengan adil dan tanpa mengenakan sebarang bayaran. Yang penting, parti politik yang baru hendak ditubuhkan dan belum mempunyai perlembagaan , akan dipimpin oleh barisan kepimpinan yang bersih , islamik dan professional.
Yang pertama , yang teman akan lakukan ialah menyiasat latarbelakang bekas barisan kepimpinan kedua buah parti yang telah berkubur, samada mereka mendirikan solat lima waktu secara konsisten. Tugas ini rumit. Untuk memudahkan tugas teman, kedua bekas barisan kepimpinan kedua parti yang telah tamat riwayatnya, hendaklah bersumpah dengan kalimah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa mereka bersolat lima waktu. Kalau ada yang tak sanggup bersumpah dengan kalimah tersebut , maka dengan sendirinya mereka hilang kelayakan untuk dipertimbangkan menjalani proses tapisan yang seterusnya.
Proses tapisan yang kedua, teman akan menguji kefahaman Islam mereka. Sekiranya mereka gagal , jelas sekali mereka tidak layak untuk menjalani proses tapisan yang ketiga. Yang berjaya, tentu secara otomatik layak ke peringkat proses tapisan yang ketiga.
Bagi proses tapisan seterusnya, teman akan menguji sejauhmana mereka faham tentang konsep negara Islam berdasarkan huraian ulama muktabar. Seperti biasa , kalau mereka gagal mereka boleh balik rumah dan lupakan hasrat untuk jadi pemimpin Parti politik baru yang akan didaftarkan dalam waktu yang terdekat.
Proses tapisan keempat, teman akan menyelidiki latarbelakang keluarga mereka samada secara konsisten mengamalkan ajaran Islam seperti dalam soal menutup aurat. Misalnya, kalau teman mengetahui secara pasti bahawa terdapat bekas pemimpin sekian, anak dan isteri mereka tak tutup aurat sepenuhnya , maka mereka juga boleh balik rumah dan mengucap selamat tinggal kepada dunia politik. Atau mereka boleh mohon jadi ahli Parti Keadilan Rakyat , atau parti MCA dan MIC. Itupun kalau diterima sebagai ahli. Atau mereka boleh tubuh parti lain berdasarkan ideologi yang menjadi pegangan.
Proses tapisan kelima, teman akan memeriksa akaun mereka,termasuk akaun isteri dan anak-anak mereka serta adik beradik mereka. Sekiranya dalam akaun mereka dan sanak saudara terdapat jumlah wang yang banyak melebihi pendapatan mereka dan ahli keluarga, maka mereka akan hilang kelayakan untuk menjalani proses tapisan seterusnya. Tapi kali ini mereka tidak boleh terus balik ke rumah. Teman akan minta BPR melakukan siasatan mengapa jumlah simpanan wang dalam akaun mereka (termasuk anak, isteri, adik beradik dan sanak saudara yang lain atau kawan yang dijadikan proksi) terlalu banyak berbanding dengan pendapatan mereka.
Seterusnya, teman akan menyiasat samada mereka pernah mengunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik bekas parti yang telah bersemadi dengan aman. Kalau teman dapati, terdapat dikalangan mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini, maka secara otomatik mereka tidak layak untuk melalui proses tapisan yang seterusnya. Mereka juga tidak boleh terus balik rumah. Teman akan minta sisatan ke atas mereka dibuat oleh Polis Malaysia.
Samada , polis Malaysia ,SPR, BPR akan berlaku adil dan telus , jangan dikisahkan sangat. Parti politik baru yang akan ditubuhkan nanti akan mengambil tindakan yang difikir wajar.
Teman juga akan menyiasat dengan mengunakan khidmat Peguam Negara supaya membuka semula fail dakwaan rasuah terhadap sebahagian mereka. Sekiranya , jelas mereka terlibat dalam apa sahaja bentuk rasuah walaupun kes mereka belum masuk mahkamah , maka mereka akan hilang kelayakan untuk dibenarkan menjalani proses tapisan yang seterusnya. Dan dengan hormatnya , teman minta Peguam negara untuk mendakwa mereka di mahkamah tanpa bertangguh walaupun sesaat.
Teman seterusnya akan melakukan ujian personaliti secara saintifik mengunakan teknologi tinggi untuk mengetahui samada mereka memiliki peribadi yang cemerlang dan mempunyai kepakaran memimpin yang tinggi.Kalau mereka gagal dalam ujian ini maka mereka boleh terus balik ke rumah dan boleh terus tidur . Tapi jangan minum racun tikus. Bunuh diri berdosa disisi Allah.
Demikianlah diantara proses tapisan yang akan teman lakukan. Maka yang berjaya melalui semua proses tapisan ini, maka secara otomatik mereka ini layak untuk dipertimbangkan memimpin parti politik baru.
Dan sekarang telah sampai masanya , teman bercakap tentang parti politik baru ini.
Parti politik baru ini akan ditubuhkan dengan segera. Dan dari segi dasar perjuangannya ianya sama seperti al marhum Parti Islam Semalaysia (PAS). Oleh kerana itulah pemimpinnya mesti yang berjiwa Islamik, mempunyai syaksiah yang mulia, dan mampu mengurus negara dengan baik .
Dan oleh kerana dasar perjuangannya sama seperti almarhum Parti PAS, maka dengan ini teman cadangkan supaya parti baru ini diberi nama Parti Islam Semalaysia (Baru).
Teman rasa, cadangan yang teman kemukakan adalah yang terbaik, bagi memastikan Malaysia benar-benar menjadi sebuah negara Islam yang sejati berdasarkan Al-Qur'an dan Al Sunnah. Sesiapa yang tak suka untuk tinggal di dalam sebuah negara Islam, mereka dipersilakan keluar dari Malaysia dan secara otomatik hilang kerakyatan.
Cuma sebelum teman berhenti, teman hendak bertanya kepada Al Sheikh Anwar Ibrahim adakah cadangan teman ini boleh menjejaskan hubungan PKR dangan PAS(Baru)?
Isnin, 28 Julai 2008
Ahad, 27 Julai 2008
Teman Pun Menyanyi!:Ada Kaitan dengan Akta Hutan Rimba!
Lama juga teman tak 'update' blog ini. Bukannya teman malas nak tulis apa apa. Tapi teman sibuk buat kerja. Dan mungkin kerana kesibukan, sejak kebelakangan ini teman tak berapa bertenaga. Biasalah bagi seorang yang tua dan sakit tapi tak mahu mati lagi. Semoga tuhan, panjangkan umur teman!
Teman juga akui , teman sejak kebelakangan ini , sesungguhnya lemas dengan cerita cerita politik Malaya. Terutama cerita tentang pertemuan beberapa ekor pemimpin UMNO dan PAS. Bukan teman tak bersetuju dicari titik pertemuan antara pemimpin UMNO dan PAS bagi kepentingan agama dan bangsa. Tapi nak buat macam mana bila kepala otak teman selalu timbul tandatanya yang masih belum ada jawaban , wajarkah pemimpin Pas bersemuka dengan pemimpin puak yang sepanjang sejarah kelihatan persis gerombolan munafikun?
Ah, mungkin teman terlalu bersangka buruk kepada puak itu!
Untuk sementara waktu ,eloklah teman menyanyi dari bercakap tentang soal politik.
Oleh yang demikian tontonlah video klip dan dengarlah nyanyian teman yang taklah semerdu suara Bang dollah atau Ramli Sarip.
Lagu nyanyian teman ada kaitan dengan tahanan I.S.A. Kalaulah pemimpin Pas terbuka blog teman yang tak guna sesen pun ini , harapan teman, bila mereka bertemu dengan pemimpin UMNO ,jangan lupa 'story'sikit tentang akta hutan rimba ini.

Sabtu, 5 Julai 2008
Maka Ketawalah Bang Dollah Dan Najib Mendengar Cerita Sedih Ini!
Bergembira bang dollah dan Najib. Teman hari ini nak bercerita. Cerita ini meruntun hati teman. Tetapi bang dollah dan Najib mungkin boleh terhibur dengan cerita teman ini. Bersiaplah untuk ketawa sehingga terguling-terguling berpuluh kilometer.
Pagi tadi teman ke hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Teman bukan pergi ke sana untuk bertepuk tangan dan menyanyi lagu 'Negaraku' dengan Doktor pakar yang sejak lebih sepuluh tahun teman merawat teman. Dan terlebih bodoh bunyinya, kalau teman mengatakan bahawa teman ke sana untuk membantu doktor tersebut merawat pesakitnya yang berpenyakit kerana teman sendiri adalah pesakit.
Semasa teman menunggu giliran untuk memasuk bilik doktor tersebut, salah seorang pembantu doktor pakar tersebut datang menghampiri teman. Dengan suara perlahan dia berkata bahawa seorang pesakit yang telah lama menjadi kenalan teman dan jenis penyakitnya lebih kurang sama dengan teman telah kembali mengadap tuhan.
Sungguh terkejut teman bila mendengar berita sedih itu. Keterkejutan teman, bukan dibuat buat. Ia datang secara spontan. Mungkin bang dollah dan Najib boleh berpura-pura terkejut. Tapi tidak bagi teman. Teman cukup terkejut. Entah, berapa lama teman tidak dapat berkata apa-apa. Hanya selepas melafaskan 'Inna lillah wainna ilahi rajihun', baru teman dapat menenangkan diri.
Pada pembantu doktor pakar itu, teman bertanya bila allahyarham meninggal dan adakah arwah meninggal atas sebab musabab , penyakitnya. Kalaulah sebab musababnya adalah kerana penyakitnya, maka dari segi hukum akal, temanlah yang sepatutnya kojol lebih dahulu.
Teman berkata demikian kerana teman tahu, allahyarham mengidap penyakit tersebut baru tiga tahun. Manakala teman pula sudah dihinggapi penyakit yang seakan sama itu , lebih dari sepuluh tahun. Maka teman pun berkata dalam hati:" oh, liat betul nyawa aku nih".
Lalu pembantu doktor pakar itu berkata dengan suaranya yang muram: " Tidak sheikh, arwah bukan mati disebabkan penyakitnya. Tetapi dia mati kerana kemalangan jalanraya. Baru lagi. Empat hari yang lepas. Haram jadah punya lori terlanggar motorsikalnya. Bukan sahaja dia meninggal 'on the spot' tetapi isterinya yang turut memboncing untuk ke pejabat meninggal. Kesian pada anak-anaknya yang masih kecil".
Dapat teman lihat airmata pembantu doktor pakar itu bergenang semasa dia bercerita. Walaupun teman seorang lelaki tua yang kelihatan seperti seorang rockers, hati teman cukup lembut. Mata teman pun turut berkaca. Dan teman tak rasa rugi pun apabila airmata terbit dipelupuk mata kerana kesedihan yang cukup mendalam di atas kematian seorang kawan dan isterinya.
Sesungguhnya airmata teman kali ini tidak tumpah secara sia sia, seperti semasa teman banyak melayan filem hindustani di suatu ketika dan waktu dulu!!
Sebelum Kuala Lumpur di banjiri oleh airmata teman, tibalah giliran teman untuk memasuki bilik doktor pakar yang kini telah menjadi salah seorang sahabat yang akrab. Dan sebaik sahaja teman duduk dikerusi, doktor pakar merangkap sahabat baik terus bertanya, adakah teman telah tahu tentang kematian allahyaham. Lalu, teman pun menjawab bahawa pembantunya yang cantik dan baru habis bercuti bersalin telah menceritakan peristiwa sedih itu.
Dan tanpa diminta, doktor tersebut menambah fakta tentang cerita yang tak sempat diceritakan oleh pembantunya:" You tahu sheikh, arwah tinggal di Bukit Beruntung. Sebelum kenaikan harga minyak, arwah 'drive' kereta bersama isterinya setiap hari untuk ke pejabat yang terletak di Jalan Semantan. Tapi selepas harga petrol naik, arwah dan isteri terpaksa menunggang motosikal"
" Sebelum kejadian itu, arwah datang jumpa I untuk 'medical check up'. Dia merunggut kerana tak tahan menanggung kos minyak yang semakin meningkat. Jadi, dia terpaksa menunggang motorsikal . Oleh kerana tahap kesihatannya tidak stabil, maka motosikal yang ditunggangnya pada hari kejadian tidak dapat dikawal dengan baik dan terjatuh. Sebuah lori kecil yang dibawa dengan laju, merempuh arwah dan isteri. Meninggal dunia kedua mereka di tempat kejadian. Sheikh, jangan hairan akibat kenaikan harga minyak yang naik mendadak , ramai orang yang berpendapatan sederhana yang menaiki kereta terpaksa menunggang motosikal yang amat tinggi rissikonya untuk pergi bekerja ".
Mendengar cerita doktor itu , dada teman menjadi sesak dan ketat. Darah teman rasa membuak. Kemarahan teman berada di tahap yang cukup tinggi. Dan Wajah bang dollah dan Najib tiba tiba menjelma di ruangan mata teman seperti sepasang babi!!
Apabila doktor tersebut membuat pemeriksaan terhadap tekanan darah teman, beliau terkejut, kerana bacaan tekanan darah teman yang selalunya 130/80 menjadi 156/97. Dan doktor tersebut menasihati teman supaya banyak berehat.
Ya, sekarang teman sedang berehat. Teman cuba tidur. Tapi sukar betul mata ini hendak di pejamkan. Wajah arwah yang teman lihat selalu ceria walaupun tahap kesihatannya tidak sebaik mana menjelma bersilih ganti dengan wajah dua ekor babi!!!!!
Sekian cerita teman. Cerita yang sedih. Tapi teman percaya, cerita seperti ini merupakan cerita yang amat membahagiakan hati dan perasaan bang dollah dan Najib! Dan sekiranya lebih ramai lagi rakyat Malaya yang terkojol kerana menunggang motosikal kerana tak mampu berkereta ke pejabat, maka ketawa kedua ekor manusia ini akan bertambah besar dan kuat.
Oleh itu supaya ketawa kedua ekor mangkuk ayun ini bertukar kepada tanggisan , maka amat wajar sekali kita turun berduyun-duyun esok ke Stadium Kelana Jaya, Selangor mulai jam 9 pagi untuk memprotes kenaikan harga minyak.
Kalau selepas protes secara aman ini, harga minyak masih tak turun jugak, kita sama-sama fikir langkah yang lebih drastik dan fantastik!!!!

Khamis, 3 Julai 2008
Anwar , Cabarlah Mereka Untuk Bermubahalah!!!!
Dua tiga hari ini, teman cukup risau juga dengan laporan polis yang dibuat oleh si mangkuk ayun yang sengaja teman tak mahu ingat namanya, yang mengadu dirinya telah disadomi oleh bakal Perdana Menteri ,Pakatan Rakyat.
Pelbagai andaian orang tentang kenapa si mangkuk ayun ni membuat laporan polis. Yang banyak diperkatakan oleh pengikut PKR dan penyokong Pakatan Rakyat , laporan ini adalah satu konspirasi politik untuk merosakkan imej dan maruah bakal Perdana Menteri Malaya yang saban waktu mengalunkan lagu, bahawa pada 16 September 2008 , kerajaan Barisan Nasional akan tumbang dan akan digantikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Walaupun teman bukan lagi peminat setia , bakal Perdana Menteri Kerajaan, Pakatan Rakyat, teman kesian juga dengan nasib yang menimpa ke atas beliau. Sepuluh tahun dulu, dia kena tuduh benda yang sama. Sekarang kena lagi. Jadi, teman bercakap sorang sorang:" apalah kena dengan nasib kau ni Anwar!. Asik asik dituduh meliwat".
Sebenornya, teman geli dengan perkataan 'sadomi' dan liwat'. Dan teman mungkin termuntah sampai terkojol , kalau tiba-tiba teman tertengok seorang lelaki sedang meliwat lelaki lain. Nasib baiklah teman , jenis insan kamil seperti bang dollah , tak pernah tertenggok perlakuan yang luar biasa sumbangnya. Syukurlah.
Dan teman tak pernah terfikir walaupun sesaat , bakal Perdana Menteri Malaya kita itu , mempunyai kesukaan luarbiasa meliwat sini sana. Rasanya macam tak masuk akal dia yang pernah menjadi Presiden ABIM, yang dulunya sering melaungkan ungkapan 'the rising tide of Islam' , 'Islam hakikiyun' 'ibadul rahman' dan pelbagai perkataan yang cukup memukau, sanggup melakukan perbuataan yang menjijikkan dan amat berdosa itu .
Mungkin bagi bakal Perdana Menteri Malaya , tuduhan liwat ke atasnya, adalah skrip lama yang sedang diulang semula sebagai sesuatu yang berunsur fitnah untuk menjahanamkan masa depan politiknya.
Apapun, teman fikir adalah wajar sekali beliau segera membersihkan nama baiknya. Setakat menafikan tuduhan itu tidak benar, adalah tidak memadai. Mencabar Peguam Negara dan Ketua Polis Negara kerana terlibat dalam pemalsuan fakta dalam kes yang sama pada tahun 1998-1999, pun teman rasa masih tidak memadai.
Menyeret beberapa tokoh politik sebagai konspirator yang duduk di belakang si mangkuk ayun yang tampil membuat laporan dia telah diliwat , pun teman rasa akan melambatkan usaha beliau untuk membersih nama baik dan maruah beliau.
Oleh itu teman cadangkan kepada bakal Perdana Menteri Malaya, supaya mencabar Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Para konspirator yang telah beliau kenalpasti dan si mangkuk ayun yang melaporkan beliau telah di liwat, supaya melakukan Mubahalah.
Teman rasa, inilah cadangan yang terbaik buat masa ini, kerana secara peribadi teman pun sudah hilang kepercayaan hampir seratus peratus terhadap institusi kehakiman, polis dan lebih-lebih lagi terhadap Kerajaan Barisan Nasional.
Ayuh ! wahai bakal Perdana Menteri Malaya supaya segera mencabar puak puak yang teman sebutkan untuk bermubahalah. Kalau mereka enggan untuk bermubahalah, maka itu bermakna mereka sebenarnya penjahat yang paling jahat. Kalau, bakal Perdana Menteri Malaya pula yang enggan, maka teman cuma nak cakap ringkas saja:" Lu pikirlah sendiri apa nanti kata rakyat terbanyak!!!!!!!

Langgan:
Catatan (Atom)