Sabtu, 30 April 2011

Khas Buat Abuya As Sheikhul UMNO al Porno

Dalam satu Majlis Perjumpaan Mesra , Perdana Menteri bersama Rakyat Di Dun Manir ,di Kampung Pulau Bahagia , di Trengganu hari ini, Abuya As Sheikhul UMNO al Porno, iaitu Tuan Haji Najib Razak, yang juga merupakan cucu bekas Imam Genting Highland , hari ini buat sekian kalinya, mempelawa Pas agar menyertai BN . Seterusnya dia merapu dan merepek bahawasanya sudah tiba masanya , Pas meninggalkan DAP atas alasan parti tersebut ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Dalam kemerapuannya yang penuh syahdu, beliau mengingatkan : "Hadi , cukup-cukuplah dengan DAP , tinggalkan DAP , masuk BN".

As Sheikhul UMNO al Porno yang terkenal kerana hidup secara zuhud di Pondok rasminya di Putrajaya, yang bernilai jutaan ringgit , dan juga seorang tokoh moral antarabangsa yang dikatakan tak pernah kenal Altantuya, tetapi Altantuya yang telah mati diC4kan , tak pernah lupa padanya sehingga ke akhir hayatnya , sempat menyelitkan ayat-ayat syaitan: "Masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan UMNO".

Seterusnya, tanpa ribut dan taufan , beliau dengan bangganya menyatakan bahawa UMNO dilahirkan di istana , bukan seperti PKR yang lahir dijalanan.

Teman tak tahu samada hendak menanggis atau ketawa dengan titah ucapan Sheikhul UMNO al Porno yang seekor ini.

Hendak menanggis , terasa rugi airmata dan hendak ketawa macam rentak tawa Tukar Tiub , pun dah tak larat kerana sudah selalu sangat ketawa setiap kali mendengar titah ucapan Abuya Sheikhul UMNO al Porno , merangkap Maharaja Lawak 1 Malaysia inih!

Hello Abuya Sheikhul UMNO al Porno , selama ini sudah berapa peratus tertegak syariat Islam dibumi Malaysia ini setelah lebih daripada limapuluh tahun bersekongkol dalam satu kelambu bersama MCA , MIC dan sekutunya? Ramai yang sudah tahu , MCA dan MIC masih kekal dengan kebodohannya terhadap Islam. Sekurang-kurangnya, DAP sedang cuba untuk memahami ajaran Islam melalui dakwah Pas yang bersama-sama dalam Pakatan Rakyat di atas keperluan strategi politik yang bernama Tahaluf Siyasi.

Oh pocuttt!!!! Masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan UMNO?.

Sudah-sudahlah tu wahai Abuya Sheikhul UMNO al Porno oiii!!!. Itu adalah ayat-ayat syaitan yang sudah menjadi menderam yang tak lagi memberi dampak yang besar.

Memang masih ada makhluk di Malaysia ini yang masih terasa kesannya, tetapi ramai yang sudah dapat penawar yang berkesan untuk mendindingi diri dari menderam yang serba kuno dan makin hilang bisanya. Penawar yang diberi oleh Pakatan Rakyat cukup berkesan bang aji ooiii!!!. Sudah ramai yang telah sedar bahawa hampir 99.9% barisan kepimpinan BN dan UMNO al porno , sejak dulu, kini dan selamanya adalah spesis munafik yang telah merembat khazanah negara samaada dalam bentuk rasuah, komisyen, penipuan dan entah apa-apa lagi dengan cara yang serba mungkar.

Bagaikan teman nak termuntah bila Abuya As Sheikul UMNO al Porno, menyatakan UMNO lahir di istana manakala PKR lahir di jalanan.

Sekali lagi hello , wahai Abuya As Sheikhul UMNO al Porno oii!! , apa hebat sangat lahir kat istana? Anak-anak gundik tuan punya istana pun pernah lahir kat istana. Siapa yang tak tahu hal ehwal di istana itu yang pernah dalam sejarah , saling berebut kuasa sesama adik beradik sehingga ke tahap puak-puak istana , meminta bantuan Portugis, Belanda, Siam dan Inggeris yang natijah akhirnya , negeri sendiri terjajah.

Hodoh dan hina sangat ker wahai Abuya Sheikul UMNO al Porno, kalau PKR lahir di jalanan secara halal? Dari situ puak PKR tahu derita, tanggisan , kelaparan dan kehidupan sebilangan besar rakyat yang sengsara dibumi yang hasil mahsulnya telah dirampok oleh bajingan politik UMNO yang dilahirkan di istana yang mana tuan punya istana , tak pernah mengalami dan menghayati hidup derita rakyat secara langsung!!.

Akhir kata, sudah-sudahlah wahai Abuya As Sheikhul UMNO al Porno yang bila tersepit akibat menderamnya sudah tak laku, mengecek Pas supaya bersama dalam BN . Nasihat teman, pergilah jalan menuju ke arah cermin kaca dan tanya diri sendiri adakah layak Pas yang memperjuangkan Islam yang hakiki berada dalam BN yang penuh dengan golongan hipokrit? Kalau tak sedar diri juga, pergi ke SPRM , minta tolong puak-puak tu tunjuk cara terjun yang betul !!!!!

12 ulasan:

Bila Diary Bercerita berkata...

Hahaha....gelak baca entry Pak Sheikh ni.

Dia sedang memberi ayat-ayat cinta pada bulan purnama. :D

ISA berkata...

Salam Sifu;

Sebab tu saya keluar dari Hard Rock, sebab dengar dia nyanyi lagu Elton John, mendayu-dayu sangat rayuannya... hehehe..

orgjitra berkata...

Sokong N3 ni 110%. Orang yang hampir lemas akan capai dan paut apa saja waima sebatang ranting hanyut...

Simpan gelak Pak Sheikh hingga lepas PRU13....kita gelakkan mereka ramai-ramai. Biar TT gelak dulu.

al-brangi Online berkata...

salam ya akhi,

rayuan org desprado memang begitu.
t/kasih kerana sudi menjengok blog ala2 kartun saya.

kak ja berkata...

Salam Sheikh,

Sgt gumbira rasa di hati melihat dan mendengar Sheikh kesygan Malaya ni semakin kuat dan meriah berkicau..

Jutawansawit berkata...

Mantoop mikee...

http://jutawansawit.blogspot.com/

sheikh teluk intan berkata...

Salam Aisyah Jamal,

Sorilah lambat respon. Pak Sheikh dah berapa hari nih tak sihat. Apapun terima kasih kerana masih sudi singgah sini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam orgjitra,

Terima kasih kerana sudi singgah sini dan sorilah lambat respon sebab tak sihat saja seja kebelakangan ini.

sheikh teluk intan berkata...

Waailaikummusalam Isa,

Sori lambat respon. Pak Sheikh seperti biasa , beginilah. Tapi Pak Sheikh boleh dikatakan tetap membaca entri-entri baru Isa , cuma sejak kebelakangan ini tak pernah komen kat blog Isa. Daya fikir Pak Sheikh semakin merosot.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikummussalam wahai sahabat,

Boleh dikatakan Pak Sheikh jarang ketinggalan membaca entri terbaru sahabat. Yang katun, blog Pak Sheikh. Blog sahabat sangat bagus dan sentiasa bagus.

Dan sori lambat respon. Almaklum, hari ini, ada tenaga sikit.

Jumpa lagi.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikummusalam Cik Ja,

Jangan cakap cam tu Cik Ja. Pak Sheikh , bukan blogger tersohor. Pak Sheikh , di antara blogger yang terpandir di Malaya ini. Apa pun , burung tetap berkicau. Dan sori lambat respon. Biasalah , orang sakit yang menunggu hari-harinya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Jutawan Sawit.

Terima kasih kerana sudi menziarahi kat blog yang koman nih. Rasanya ini pertama kali tuan melawat kat sini. Lihatlah betapa dhaifnya rumah Pak Sheikh.