Rabu, 27 April 2011

"Ustaz ,kita pasti berjumpa di sana nanti"

Hari ini dalam keadaan kesihatan teman yang amat tidak baik , teman telah mendapat berita iaitu Ustaz Mashhudi Bunyanni , 68 tahun telah meninggal dunia disekitar jam 8.30 pagi dirumahnya di Kampong Sungai Pencala , Kuala Lumpur. Beliau di antara pelopor akhbar Harakah. Tidak dapat teman tahan , air mata menitis di pipi teman yang lesu ini.

Beliau dan teman pernah bersama-sama menyertai kumpulan Darul Arqam yang telah diharamkan. Dia keluar dari Darul Arqam , lama dulu sebelum Darul Arqam diharamkan.

Walaupun tidak bersama dengan Darul Arqam, Ustaz Mashhudi tetap tinggal di perkampungan Darul Arqam walaupun selalu disindir dan diperli oleh sahabat-sahabat dalam Darul Arqam. Dia tidak tinggal percuma, lot rumahnya di perkampungan Darul Arqam , beliau beli dari wang sakunya.

Apabila Ustaz Mashhudi menyertai Harakah, teman diantara kawan-kawan beliau yang paling gembira. Semasa kami di dalam Darul Arqam, kami telah diajar bahawa perjuangan Pas adalah tersasar dari perjuangan Islam kerana berjuang dalam kerangka demokrasi barat yang sarat dengan falsafah sekular.

Kalau nak cerita tentang Darul Arqam dan sumbangannya panjang sekali. Yang pentingnya , teman dan kawan-kawan, termasuk ustaz Mashhudi pernah tak bersetuju dengan beberapa ajaran Darul Arqam tetapi kami tak pernah lupa jasa Darul Arqam pada umat ini.

Hari ini bekas pengikut Darul Arqam yang hingga ke akhir hayatnya tetap istiqamah bersama dalam jemaah Pas, iaitu Ustaz Mashudi telah minggalkan kita . Teman tidak dapat menziarahi beliau semasa beliau sakit dan akhirnya pagi tadi meninggal dunia kerana teman juga dalam keadaan kesihatan yang amat tidak baik. Maafkan teman ustaz!

Sebagai seorang kawan yang pernah mengenali beliau sebagai seorang insan yang baik hati, suka membantu sahabat-sahabat , tertib dalam ibadah, teman ucapkah takziah kepada ahli keluarga beliau. Dan teman hadiahkan pahala bacaan Al fatihah kepada beliau.

"Ustaz ,kita pasti berjumpa di sana nanti".

12 ulasan:

abdrahim kassim berkata...

teman pagi tadi diberitahu oleh mat zain rtm tentang berita ini..in nalilah hi wainna lilah hi rojiun...

pokku(putrajaya) berkata...

semoga roh beliau dirahmati Allah & diletakkan bersama2 orang yang beriman....Amin!Al-Fatihah....Allahuakhbar3..

Bila Diary Bercerita berkata...

Semoga Pak Sheikh segera sembuh walaupun saya tak tahu Pak Sheikh sakit apa....

Semoga roh teman Pak Sheikh itu dirahmati Allah swt dan berada paling hampir denganNya.

Amin...

kak ja berkata...

Assalam Sheikh,

Gumbira rasa di ati melihat Sheikh kembali menulis, biarpun dgn n3 ttg pemergian seorg sahabat lama Sheikh..

Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa Alahyarham dan menempatkannya di kalangan para solihin..

Saya yakin, kalau Allahyarham masih ada, beliau tentu mahu Sheikh terus menulis..

Na'im Nikmat berkata...

Salam Pak Sheikh,
Perginya seorang Mujahid,semoga roh beliau dirahmati Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman Amin... Al-Fatihah

ISA berkata...

Salam Sifu;

Alhamdulillah.. Sifu telah kembali menulis. Semoga sihat hendaknya.

Alfatihah juga kepada sahabat Sifu, dan salam takziah kepada ahli keluarga beliau.

(Sila email teman di zergdukes@gmail.com)

sheikh teluk intan berkata...

Salam Him,

Begitulah kehidupan. Tak mahu mati pun mati. Mahu mati pun mati. Bila sampai waktu tak dilewatkan walaupun sedetik.

sheikh teluk intan berkata...

Salam pokku(Putrajaya),

Terima kasih kerana sudi ziarah.

Amin ya rabb!!!. Takbir!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Puan Aishah Jamal,

Pak sheikh semakin sakit. Nak dekat jalan kut? Harap umur pak sheikh panjang. Nak tengok dua tiga orang anak yang sedang belajar berjaya didunia dan akhirat.

Dah lama Pak sheikh mengalami penyakit 'balance diorder'. Rasanya hampir 16 tahun. Terpaksa berhenti kerja awal. Selain itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. Mungkin ini adalah akibat tak pandai jaga kesihatan.

Terima puan kerana turut mendoakan sahabat saya itu.

sheikh teluk intan berkata...

Alaikummusalam Cik Ja,

Terima kasih kerana singgah kat sini.Dan terima kasih kerana bersama mendoakan sahabat seperjuangan yang telahpun pergi.

Entahlah Cik Ja ooi, saya ni sejak makin sakit malas nak menulis. Tapi untuk cik ja , saya tulis seperti di atas. Kalau kasar tegurlah. Saya sudi menerima teguran.

Apa khabar Cik Abang? Semoga dia sihat hendaknya.

sheikh teluk intan berkata...

Waailaikummusalam sahabatku Na'im Nikmat,

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung disini. Dan terima kasih kerana bersama-sama mendoakan salah seorang sahabat kita yang merupakan di antara perintis awal akhbar Harakah.

Moga Na'im dan keluarga sentiasa sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikummuslam sahabatku Isa,

Terima kasih kerana sudi berkunjung. Sesungguhnya Pak Sheikh masih belum sihat. Penyakit balance disorder ini susah rasanya hendak sembuh. Klinik khusus ada kat luar negeri. Tapi disebabkan penyakit ini, tak mampu terbang keluar negeri kerana terasa macam nak mati.Cukuplah berubat dengan Pakar neuro di Tawakal. Sekadar ikhtiar. Kalau Allah menghendaki kesembuhan, Pak Sheikh sembuhlah.

Oleh kerana pilihanraya nak hampir nih, pak sheikh cuba sedaya upaya menulis walaupun tak sekerap Isa. Yang penting lawan tetap lawan.