Sabtu, 30 Januari 2010

Pandangan Teman: Beberapa Isu Berkaitan Dengan Pas.

Teman dah tulis sebelum ini bahawa dasar islam sesebuah parti tidak menjamin parti tersebut akan menjadi sebuah gerakan Islam yang tulin dan sanggup melaksanakan kebenaran dan keadilan islam yang murni dalam dunia realiti. Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan hanyalah satu langkah permulaan .

Apa yang penting selepas daripada itu ialah isi perjuangan dan kepimpinan pula perlulah terdiri dari sejumlah insan tuhan yang pintar dan berkesan dalam memimpin berdasarkan roh islamiah , terutama dalam menghadapi suasana kini yang jelas serba kacau bilau dengan pelbagai aliran pemikiran yang songsang.

Tak semestinya seorang yang kelihatan berilmu tinggi, zuhud, berserban besar , berjubah labuh dan berjanggut lebat serta panjang boleh sewenangnya dilantik sebagai pemimpin.

Rasulullah S.A.W , peribadi agung yang diiktiraf oleh Allah sebagai kekasihNYA ,pun mempunyai para sahabat yang zuhud dan mempunyai taraf kealiman yang tinggi , tetapi tidak kesemua mereka dilantik menjadi pemimpin/ketua. Mengapa? Rasulullah S.A.W melihat kepada kualiti kepimpinan dalam setiap diri para sahabatnya. Para sahabat yang tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkesan, diserahkan dengan tugas lain yang turut menyumbang kepada kebangkitan Islam, seperti menjadi pendakwah sepenuh masa yang juga merupakan tugas yang mulia.

Dalam hubungan ini, teman pernah tak bersetuju dengan anjuran TGNA supaya UMNO mengubah dasarnya kepada Islam dan Pas , kata TGNA lagi, akan segera dibubarkan . Seperti yang berulangkali teman tegaskan , perubahan dasar tak akan membawa apa-apa erti selagi jelas dan nyata para pemimpin Parti Melayu itu masih meneruskan kezalimannya , korup, bangang dan tersangat celaka terhadap perjuangan Islam yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Oleh kerana itu teman mahukan Parti atau mana-mana organisasi yang berjuang atas dasar Islam mempunyai barisan kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang efektif, berjiwa besar, pantas , rajin bekerja, bijaksana, cerdik , adil, mempunyai kemahiran MENDENGAR yang tinggi( inilah kemahiran komunikasi yang senang diucapkan tetapi sukar untuk dilaksanakan) dan yang seumpama dengannya.

Teman memang benci dengan UMNO kerana kemunafikan yang jelas bagi orang yang melihat dengan mata kasar secara objektif dan matahati. Tetapi maniskah bahasa teman, kalau teman katakan , Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam yang merupakan parti harapan rakyat Malaya hari ini, semakin hanyut kerana sebilangan barisan kepimpinannya yang kelihatan seperti semakin bebal dan meleset?

Ada orang kata, Pas semakin menyimpang dari dasar perjuangannya. Bukan!!!. Yang menyimpang adalah para pemimpin Pas yang kelihatan tidak adil dan cerdik bahkan yang paling teruk ialah berpenyakit pekak walaupun ada telinga yang disahkan 'normal' tetapi kurang mahu mendengar hati nurani ahli dan penyokongnya .

Ini adalah persepsi teman setelah memerhatikan kelakuan dan tindakan sebilangan pemimpin Pas sejak setahun dua ini. Teman rasa, teman bukan keseorangan merintih melihat kebebalan sebilangan pemimpin Pas dalam mengharungi medan politik yang semakin mencabar.

Teman tak mahu menyenaraikan isu-isu yang menyangkut tentang kebebalan setenggah pemimpin Pas kerana tidak baik untuk diungkit perkara yang sudah berlaku. Cukuplah dijadikan panduan dan sempadan dan tidak diulangi lagi.

Cuma , teman hari ini ingin menyatakan dengan sedihnya bahawa Jawatankuasa Disiplin Pas yang melakukan siasatan ke atas kesalahan dan mengenakan tindakan disiplin ke atas Khalid Samad dan Hasan Ali kelihatan amat mengelirukan dan tidak adil.

Alangkah baiknya nasib orang yang jelas terbukti beberapa kali mencederakan reputasi Pas dan PR , sekadar diambil tindakan 'amaran' , dan tidakkah malang nasib orang yang pernah di'Isakan' kerana perjuangan Islamnya dan sering muncul ke depan membela Pas dan Pakatan Rakyat sehingga dibenci oleh parti gerombolan, dikenakan tindakan disiplin yang lebih berat?Inikah rupabentuk keadilan Islam? Atau adakah ianya sebuah permainan yang telah siap diatur siapa pemenangnya?

Mungkin ada segelintir ahli Pas yang kurang 'wisdom' akan berkata: "Kamu boleh dengan senang mengkritik sebilangan pemimpin Pas dibalik PC atau lap-top kamu, tetapi pemimpin Pas yang ada sekarang telah berjuang dengan susah payah , siang dan malam".

Maka teman jawab: "kalau tak mahu berjuang dengan susah payah, berhenti jadi pemimpin. Kalaulah berjuang dengan dengan susah payah melalui pidato yang berapi-api tetapi tak ada kemahiran mendengar , letak jawatan menjadi pemimpin dan lebih awla dan afdhol mengajar kitab kat Masjid".

Ah, panjang teman menulis kali ini . Lama benar teman tak update blog. Teman bukan sihat sangat. Tetapi oleh kerana tak mampu memendam rasa sedih dengan tindakan sebilangan pemimpin Pas, teman cuba sedaya upaya menulis hari ini.

Dan bukan tujuan teman sengaja menulis kerana niat untuk mengajak orang membenci perjuangan Pas, tetapi sekadar mengingatkan sebilangan pemimpin Pas agar cuba dengan segera membaiki kualiti kepimpinan yang berkompentasi tinggi supaya dapat diterima oleh rakyat jelata dan atas dasar kasih sayang teman pada perjuangan ini.

Dan rasanya baik sekali teman nyatakan disini bahawa teman semakin cenderung untuk meraikan kempen me'reform'kan Pas khususnya serta pemimpin dan ahlinya.

Maaf kalau ada yang terasa hati sekiranya teman terkasar bahasa kerana maklumlah tahap pendididikan pun tak berapa tinggi dan tahap kesihatan semakin merosot hari demi hari. Dan teman tak tahu lagi bila blog yang serba dhaif ini akan diupdatekan seterusnya.

Salam perjuangan dan takbir!!!!!


56 ulasan:

radens albanjari berkata...

salam ya akhi,
sifu yang dihormati, sejujurnya ana gembira bila melihat sifu terus menulis untuk blog.Malah setiap tulisan sifu itu tetap meninggalkan 'bisa'nya kepada mereka yg berfikir.

Salam kerana Allah buat sifu dan keluarga agar dalam rahmat Allah swt.Moga Allah berterusan beri kekuatan dan kesihatan untuk sifu.
Takbir..

C++ berkata...

Bhai Sheikh Teluk Intan,

Salam buat bhai... lama tak dengar khabar.. lama gak tak baca tulisan ... hehehe....

Apa-apa pun.. nampaknyer PAS memang mencari sebab untuk menuju kepada kehancuran...

Masih boleh diperbetulkan... tapi masalahnya pimpinan atasan tidak bersungguh untuk memperbetulkan...

PAS dari sehari ke sehari dah nampak macam UMNO ... teruk

Na'im Nikmat berkata...

Salam Ya Akhi,
Jazakallahu khairan kathira Pak Sheikh.Alhamdulillah pandangan Pak Sheikh sangat dihargai. Kemanisan dalam berjemaah ialah saling ingat-mengingati dan saling nasihat-menasihati dan harus saling tegur-menegur berlandaskan akhlak seorang Muslim.Doa ana sama seperti Wak semoga Allah berterusan beri kekuatan dan kesihatan untuk Pak Sheikh Amin...

Unknown berkata...

Assalamu alaikum Sheik

Saya perasan perasaan Sheik ada persamaan dengan saya. Bezanya mungkin Sheik adalah Ahli atau memegang apa-apa jawatan di dalam PAS tetapi saya hanya Penyokong dan Pengundi PAS.

Saya juga meluahkan perasaan saya di blog saya.

ISA berkata...

Salam Sifu,

Selamat menulis semula Sifu, saya tak nak komen apa2 lagi pasal PAS di sini, cukuplah segalanya sudah di luahkan dalam blog serta komen dalam blog2 rakan bloggers.

Harap Sifu bertambah sihat dan ceria sejahtera, itulah harapan dan doa saya.

Terima kasih juga kerana sudi menjengok blog saya dan meninggalkan komen serta pandangan, itu tandanya Sifu masih sihat.

Wassalam...

A-I-B berkata...

Salam sheikh! Lama tak dengar cerita dari sheikh. Semoga sehat selalu dan dirahmati allah.

al-brangi Online berkata...

salam ya akhi,

terubat sudah perasaan rindu kepada suara hati ya akhi dgn posting di atas. Bisanya tetap meninggalkan kesan.

didoakan agar ya akhi sentiasa sihat wal afiat. Takbir 3x

Tanpa Nama berkata...

Salam, satu ulasan yang berani dan ikhlas dari saudara. terima kasih.

Harap saf pimpinan perbetulkan kesilapan anda dan minta maaf pada semua jemaah, Saya bimbang pru13 tuan2 semua akan ditolak,
jalankan tanggungjawab tuan2 dan tunaikan hak2 mereka kerana tuan2 semua adalah pemimpin.
Wassalam

abgBro berkata...

salam tuan paduka syeikh...

lama benar saya tak mendengar tentang khabar berita tuan yg sy kshi..
Moga dicucuri Rahmat Allah...

kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka maka saya ucapkan syabas dan tahniah kepada JK disiplin...

mohon patik paduka..

Allahuakbar!

Manjungmari berkata...

Salam Pak Syeikh..

Selamat kembali dalam penulisan alam maya..

Marilah sama-sama kita tegur kepincangan yang berlaku dalam jamaah kita.. Allah Hu Akhbar..

Shalehudin berkata...

Salam Pak Syeikh..
Raden Shalehudin datang mengadap..

sheikh teluk intan berkata...

Salam Sahabatku Albanjari,

Terima kasih kerana sudi jenguk. Dan terima kasih mendoakan. Moga anta dan keluarga pun diberi perlindungan Allah sentiasa. Maaf lambat respon. Tak sihat sangat.

Takbir

sheikh teluk intan berkata...

Salam C++,

Mmg teman lama tak tulis. Tapi selalu jenguk blog mike. Moga Pas akan menjadi lebih bagus dan cergas.

Terima kasih ziarah kat sini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Na'im Nikmat,

Terima kasih sudi ziarah. Teman masih sedang sakit. Lemah sangat badan. Tapi bila keadaan memaksa, ana akan tulis juga bagi kepentingan jemaah.

Dan marilah kita perkukuhkan jemaah ini selagi hayat masih ada. Semoga kita mati dalam keadaan berada dalam jamaah Islam.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mountdweler,

Mungkin juga kita ada persamaan dari segi pemikiran. Dan dan memang betul, ana seorang ahli Pas sejak tahun 1979. Dan pernah pegang jawatan dalam parti. Tapi sejak sakit ini, tak boleh aktif seperti dulu. Memang Parti ini banyak kekurangan. Tetapi ana akan terus bersama jamaah ini selagi hayat masih ada.

Apapun terima kasih sudi ziarah kat sini. Maafkan ana kerana lambat respon, kerana terlalu lemah badan ini.

Doakan anak sihat ya akhi. Dan terima kasih kerana sudi ziarah kat sini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Maaf banyak-banyak kerana lambat respon. Sehari dua ini badan Pak Sheikh terlalu lemah.

Apapun terima kasih kerana sudi kunjung kat sini. Anta tak pernah tidak meninggalkan komen. Pak Sheikh amat mengharga Isa.

Dan Pak Sheikh setiap kali n3 baru Isa, jarang sekali tak membacanya. Pak Sheikh tabik dengan kerajinan Isa menulis. Bangga sanggat.

Terima kasih sekali lagi Isa.

sheikh teluk intan berkata...

Salam A-I-B,

Terima kasih kerana buat kunjungan kat sini. Sori lambat respon. Badan lemah dan sakit.

Dan terima kasih mendoakan Pak sheikh. Semoga akhi pun sentiasa dibawah payung kasih sayangNYA.

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku al-brangi,

Terima kasih sudi ziarah. Sahabat seorang yang baik. Ana suka baca n3 anta. Dan kalau sihat mahu jumpa anta kat Bangi. Kita tak jauh dari segi tempat tinggal. Tapi sayang, ana terlalu lemah nak pandu kereta. Ujian tuhan pada ana yang banyak dosa.

Oh ya, ana tulis n3 ini, kerana nak suara isi hati yang terbuku kerana sayangkan pada jamaah Pas yang ana sertai sejak tahun 1979.

Salam dan takbir 3kali.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama,

Terima kasih kerana sudi ziarah. Dan maaf kerana lambat respon. Pak Sheikh masih sakit.

Bila hati mendesak untuk menulis demi kebaikan Pas, maka Pak Sheikh pun tulis secara ala kadar. Itu pun sekadar menginggatkan insan-insan yang lupa diri.

Apapun terima kasih sekali lagi kerana sudi jenguk dan tulis komen.

Jumpa lagi dan salam.

sheikh teluk intan berkata...

Salam abgBro,

Terima kasih sudi singgah. Maaf lambat respon. Badan terlalu lemah.


Memang keduanya meneima keputusan dengan hati yang terbuka. Baguslah.

Kita harap semuanya akan bersatu memantapkan Pas dengan cara masing-masing. Pas perlu lebih perkasa dan lebih cerdik dari kawan-kawan dalam PR. Musuh juga harus dihadapi dengan segala kekuatan hujah dan kita tenggelamkan dalam kubur menjelang PRU yg ke 13 nanti.

Allahuakhbar!!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku Manjungmari,

Terima kasih sudi ziarah. Ana gembira sambira sangat. Kalau separuh sihat, nanti ana cuba update blog.

Betul kata akhi, mari kita kuatkan jamaah ini. Inilah jamaah Islam yang masih boleh dipercayai. Kalau kita tegur bukan kerana benci, tapi kerana kita sayang kerana Allah perjuangan Pas ini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Sahabatku Raden Din,

Terima kasih kerana sudi ziarah Pak Sheikh. Cukup gembira hati ini dengan ziarah Raden Din.

Pak Sheikh boleh dikatakan selalu jenguk blog Raden Din. Banyak maklumat yang Pak Sheikh peduli.


Teruskan menulis. Pak Sheikh akan terus menyokong Raden Din. Takbir!!!

Telok Bakong berkata...

Salam TUan Sheikh TI


Alhamdulillah mike up balik, Takbirrr

sheikh teluk intan berkata...

Salam Teluk Bakong,

Terima kasih ziarah sini walaupun sedang berkabung.

Pak Sheik sebenarnya amat tak sihat. Kalau sihat mahu balik kampung dan jenguk mike kat sana.

Tak tahu lagi bila Pak Sheikh nak update blog lagi. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan. Takbir!!!!

Lebai Mangkuk berkata...

Salam Tn Sheikh T Intan,
Selamat kembali bermesra kelaman blog.

Walaupun kita berlainan pendapat, tetapi lebai selalu kelaman tuan,

Secara peribadi, lebai sangat ingin bertemu tuan, kebetulan kita sama2 tinggal di T Intan.

Besar harapan lebai jika diperkenankan untuk bertemu sambil berkenalan dengan lebih dekat.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Lebai Mangkuk,

Berlainan pendapat tidak mengapa. Terima kasihlah kerana sudi ziarah kat sini.

Teman ni lebai, nama saja Sheikh Teluk Intan tetapi pada hakikatnya duduk dekat dengan Rumah Najib , pemimpin lebai. Sejak mak teman meninggal pada tahun 2005, teman jarang sekali balik Teluk Intan, iaitu di Padang Tembak.

Kalau lebai nak datang , dipersilakan datang ke Putrajaya. Teman belanja minum kopi dekat Alamanda. Itupun kalau teman sihat.

Akhirkata teman doakan lebai selamat sejahtera dunia dan akhirat. Amin.

Lebai Mangkuk berkata...

Ribuan jutaan Terima Kasih terhadap response dari tuan.

Kebetulan, Lebai tinggal di Taman Jaya yang sangat berhampiran dengan Padang Tembak.

Sekali lagi ribuan jutaan terima kaseh terhadap undangan tuan itu.

Oleh kerana fakta umur dan kesihatan yang tidak mengizin kan memandu jauh, Lebi tidak mampu menunaikan hajat tuan.

Di sini Lebai sentiasa berdoa keatas kesejahteraan tuan sekeluarga, terutama nya kesihatan tuan.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Lebai Mangkuk,

Tak jauh rupanya rumah lebai dengan rumah teman kat Padang Tembak.

Nantilah,InsyaaLLAH ,kalau teman sihat dan balik kampung, teman usahakan pertemuan kita.

Dan terima kasih kerana Lebai sudi mendoakan teman yang sedang sakit. Semoga Allah memberi kesejateraan pada Lebai dan keluarga. Amin.

hussin berkata...

salam sheikh,

tepat sekali. pasti ada sebabnya. teguran tak kemana selagi pas berslogan "Ikut $topa Ali", ccaya laa.

dan ia sudah tentu ada kena mengena dengan "minyak pelincir" dari pihak perancang yang membawa kepada pertemuan dlm gelap (pdg) kerana pihak perancang itu bukan calang2 orang yang tidak sunyi dari menghulurkan "minyak pelincir" semasa pertemuan. berani mereka bersumpah bahawa mereka tidak dihadiahkan dengan "minyak pelincir" sbg saguhati/imbuhan bagi meneruskan lakunan mereka? ada berani?

mereka ingat tiada yang tahu?

Allah Maha Mengetahui.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Saudara Hussin,

Tentang pertemuan dalam gelap, satu alam buna dah tahu dan Pak Sheikh berpendapat ia tak perlu diungkit lagi.Ianya telah menjadi sejarah yang agak hitam pada Pas. Harap-harap puak yang terlibat tak ulangi lagi dan jadikan ianya satu pelajaran yang mahal harganya.

Mengenai Stopa Ali, nak cakap susah tak cakap pun susah. Tak dinafikan , dia pun banyak berjasa pada Pas dan masih istiqamah bersama perjuangan Islam yang Pas adalah wadahnya.

Tetapi ramai ahli Pas mahu dia melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agong Pas atas sebab-sebab saudara sendiri pun tahu.

Pak Sheikh juga berpendapat ramai lagi yang boleh mengantikan tempat beliau. Semasa dia dilantik, Pak Sheikh terkejut bangat. Seolah Pas sudah tandus dengan pemimpin yang berwibawa, terutama dalam menghadapi medan perjuangan yang jauh berbeda dari dulu.

Harap-harap Tuan Presiden yang kita kasihi mendengar sungutan dan rintihan ahli bawahan yang mahukan Setiausaha Agung yang lebih serasi dengan suasana sekarang. Amin.

hussin berkata...

salam sheikh,

setakat kita mengharap tak akan ke mana. bab pdg tu, cara tindakan yang terpampang di depan mata tidak meyakinkan saya ia sudah habis cerita, sudah ditutup. peranan "minyak pelincir" adalah untuk melicinkan segala mekanisme agenda yang telah dipersetujui.

ramai yang tidak puas hati dengan keadaan yang ada kini. ada mereka ambil kesah? make dono ada. nape agaknya? kerana tampuk kuasa dlm cengkaman depa, yang dengannya depa boleh tentukan arah tuju pas. apakah kita hanya mampu menjadi penumpang sahaja, dan membiarkan depa buat sesuka hati?

pas dah jadi dap, dimana setiausaha agong berkuasa sepenuhnya. pas bukan lagi milik jemaah sementelah milik rakyat. konsep pas dilihat sudah menjurus kepada "Ikut $topa Ali (I$A)! kalau tak, masakan semasa press conferece presiden, setiap kali menjawab soalan pemberita, presiden perlu tunggu apa yang tersembur dari mulut $topa ali dan hanya mengiyakan sahaja?

wallahu'alam.

hussin berkata...

satu lagi sheikh,

lihat nasib anual bakri, x-setpol mb kelantan, yang dicap sebagai penasihat yang bodoh. siapa pula yang menuduh begitu? anual diketepikan dan diganti dengan wan nik, su jpr pas pusat yang pernah diketuai $topa ali. see how they manupulate the situation to replace anual with their own. this is politics and politics are subjected to perceptions. ketika mb kelantan memerlukan setpol, dia pula hilang ke sungai congkak kerana menghadiri program pgs selaku su jpr. siap memuji $topa ali sebagi seorang yang ikhlas. mana prioritynya? siapa pula pengarah pgs? nampak tak sheikh? mereka sedang mengepung tgna. dalam keadaan kesihatan beliau, tak mungkin tgna dapat bertahan kecuali akur dengan agenda yang telah dipersetujui. kalau tidak mana mungkin nik abduh begitu bersungguh supaya jangan sekat ayahanda drai menolak kerajaan perpaduan? kenapa jelas sekali nik abduh sebut "kerajaan perpaduan"? mungkin nik abduh juga sudah dijanjikan dengan "minyak pelincir" jika berjaya membawa tgna menyetujui "kerajaan perpaduan'? jelas nik abduh turut gilakan "kerajaan perpaduan".

nasha kata, tak pernah bincang pun pasal "kerajaan perpaduan dengan umno". yang pas berkecamukan ni bukankah kerana "kerajaan perpaduan"? nasha berbohong, tak ngaku jumpa umno. kemudian jaja dipersetujui oleh majlis syura ulama selepas diakui oleh orang yang ditemui! pembohongan ini pula diendorse oleh perwakilan pada muktamar 2009. akibatnya? where we are in now...

tak nafi $topa banyak jasanya kepada pas. apa orang lain tidak ada jasa? apa anual bakri tidak ada jasa menangkis kerenah umno di kelantan? tak ada jasa mempertahankan kerajaan pas kelantan?

tengok sahaja nasib pas ganu, sehebat2 $stopa ali, hancai. dia sendiri pun ditolak di tempat sendiri! Allah dah awal2 dedahkan kepada kita, cuma kita wala' tidak bertempat. nak tunggu petunjuk yang macam mana lagi?

wallahu'alam.

Mrkolumpo berkata...

salam dan selamat buat pak syeikh..lama menyepi diri..rindu nak baca blog dari pak syeikh..apa2pun doa saya agar pak syeikh sentiasa sihat dan cergas..aminnn

yes berkata...

Terima kasih tuan Sheikh kerana telah berterus terang. Puas hati teman bila baca tulisan tuan, rasanya banyak lagi perkara perkara yang telah di lakukan oleh pemimpin yang akan membawa kehancuran Pas.
Teman tak nak menulis panjang lebar kerana ia seolah olah membasuh kain di tepi jalan, tetapi harap pemimpin pemimpin Pas akan menilai segala perbuatan dan perkataan mereka dan membuat pembetulan. Jangan anggap jika tuan tuan pemimpin teratas, ahli ahli Pas akan menurut sahaja apa yang tuan tuan.

MISAIMERAH berkata...

Salam Tuan, saya dah baca tulisan tuan. Pedas ,kelat,masin semua ada..

Tanpa Nama berkata...

Salam Sheikh, teruskan menulis -sampaikanlah walaupun hanya satu ayat!

Semoga Allah berikan tuan kekuatan dan keupayaan kesihatan yang diperlukan,jumpa lagi.

Bila Diary Bercerita berkata...

Lama Pak Sheikh tak menulis.
Tapi sekali tulis bagaikan peluru keluar daripada muncung senapang.
Nak tembak sapa tu? ha..ha..

Tanpa Nama berkata...

mula mula egm(3 orang)..lepas tu kat PAS SElangor pulak..alih2 Khalid Jadi mangsa..masalah kalau ada pemimpin boneka

Prof. Era Pasca berkata...

salam pak sheikh

Salam ziarah tuan empunya blog,
saya baginda® ada buat blog baru,
kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..

Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..

Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda...

Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
Sekian...

Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk-linkan sekali blog anda sama..

sila ke link Berita Hairan Online..

http://beritahairanon9.blogspot.com/

dr:
Era Pasca
http://bagindareformasi.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya adalah blogger Sosialis Hijau. Saya mohon pada tuan untuk keluarkan link saya dari blog tuan kerana blog saya telah di ceroboh. Bukan saya yang menulis blog bermula pada 22/3/10. Saya mohon sangat2 jasa baik tuan keluarkan blog saya dengan segera.

Sila hubungi saya di 019-4342479 untuk apa2 pertanyaan.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

pukimak ko bodoh macam babi

perfectwater75 berkata...

Salam,

RADEN PERFECTWATER75 mohon menziarah.. Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada SYEIKH untuk terus beristiqamah.. Semoga ujian yang sedang ALLAH berikan kepada SYEIKH dapat diharungi. Semoga kesembuhan yang ditunggu akan tiba dalam masa terdekat. Ana tak mahu komen tentang PAS, biarlah anta sahaja yang komen kerana ia layak kerana anta ahli di dalamnya. Bagi ana, anta tetap sahabat walaupun tak pernah berjumpa.

thx!

Perak Reform berkata...

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.

Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.

Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?


Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,

http://perakreform.blogspot.com/


dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.

Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.

azizi berkata...

semoga pak sheikh terus dikurniakan idea2 yg bernas, mencabar pemikiran, dan membentuk kita ke arah yg lebih baik.
* dan juga kesihatan, iman yg sihat.

MatMenara berkata...

Tuan,

1. Idealisme sangat penting kerana Islam itu adalah idealisme unggul daripada Allah sebagai panduan manusia.

2. Parti mesti ada idelisme yg bertunjangkan Islam, tidak kira PAS atau UMNO.

3. Kelemahan pimpinan adalah hal lain yg bersifat sekunder dan sukar dikawal.

4. Jika idelisme tak betul macamana parti nak berjalan betul. Yg idealisme betulpun belum tentu parti berjalan betul apatah lagi idealisme yg tak betul. Idealisme adalah pentunjuk dan petunjuk mesti berlandaskan Islam

Ex-UMNO berkata...

Tiga purnama sudah berlalu, namun tiada sebarang berita dari mu.

Kami sentiasa berdoa agar tuan sheikh sentiasa sihat walAfiat dan kembali aktif ke laman blog bersama kami.

reek berkata...

UMNO = Untuk Makan Nasi Orang

This is a new generation of lazy malays who evolved from their lazy ancestors. Not surprising la! Wait for the next generation of lazy malays on the future with better parasitic economic policies.

Saturday, May 08, 2010

cool man berkata...

Know what malay pig? A suck babi hutan pendatang from Indonesia, pencuri of Tanah Orang Asli, should be caught by all the Chinese whom you have insulted.

They will then pack you in a pig basket, parade you round Chinatown in KL, to let the Chinese pelt rotten eggs, throw shit and pour all the pig shit from the nearby pig farms on your head.

Then let them take you out of your pig basket and roast you over an extremely hot fire until you become barbecued pork. After that chop your stinking carcass and leave it in the streets of rural for all those vultures and crows to feed on. Good riddance to bad rubbish.

Why only malays? You think this country is yours alone? What has the government really done for the pribumis and the Orang Asli? Look at how Umno has screwed up Sabah Indonesians and Filipinos getting citizenship and enjoying the same benefits as you the moment they hop off the boat!

You go ask the government to stop all that then I will stop thinking you are speaking through your asshole.

Podah! You are nothing but a chauvinist malay pig like the rest.

It seems like Malaysia is still not ready for globalisation because of a bunch of anti-social racist morons like you. Our country already independent for so many donkey years but sorry to see still got such shortsighted moron like you.

Bangsa melayu failed in the past 30 years with lots of help from Umno but still failed! Then they blame the Chinese cheat la, marginalise them la, this la that la……….so much excuses! If you are pariah, forever you are pariah!

If you malay pig race lazy, no matter how much with the government help, it will back to square.

For me, I just speak up what I had observed and not like the malay race who is always jealous about other race success. Bad hearted.

What the hell you ask all the Chinese to get out from Malaysia in your comment post? It is proven you are another racist moron bastard!

Malay failure is the fact! It has been happened since 30 years ago and not just now. If you keep on denying it proven again you are just another loser or hypocrite!

Truth - what is so proud of asking Chinese to be like your kind of robbers, liars, cheaters in Malaysia? Kaum tongkat yang langsung tak tahu malu! Yes, you motherf***ker are stupid, lazy, fanatic, thus you need tongkat forever! Dick head!

Kaum tongkat still can survive in most of the zoos overseas. See the UPM red shirt "Orang Utan". At least they could be the laughing stock to this world.

If malays with 50% population in Malaysia none of them success, then I reckon you jump to the sea. That so!

Once again, with you racist pig moron, Malaysia wouldn't go far as far as globalisation is all about!

You are truly one of those Umno babi hutan with shit plastered all over your brain and fulfilling Hang Tuah policy in reverse! With babi hutan like you whose brains are filled with tahi babi - it would be melayu akan hilang di dunia!

yoy berkata...

All I can conclude concerning this farce is 1Malaysia Police = 1Malaysia Worst Hooligans = 1Malaysia UMNO = 1Malaysia Dirtiest Politicians.

Redhuan D. Oon berkata...

Sejak bulan satu tada bunyi, ok lagi kah Syeikh Teluk Berkilat ni? Dengar uzur

Anyway just to say SALAM and pray you get well from an old feerend. I doing a new blog copy your stail here: Malaysia My 1

Redhuan D. Oon berkata...

Sheikh,
Maaf saya eja Syeikh sebelum ini. Semalam saya pergi ke Pejabat Harakah kerana dijemput bekas-bekas sahabat lama untuk majlis makan kambing bakar sempena menyambut Syarrulll Ramadhann.

Hebat ya? Sambut bulan tak makan pun kena makan?

Anyway, i met with KJ, Md Lutfi, Tian Chua, Hayatul Kamil, dan ramaaiii lagi bekas-bekas yang cukup baik kepada saya sehingga saya rasa malu kerana pernah mendurhaka kepada mereka 15 tahun dahulu.

Dan siapa yang memesongkan saya masa itu? Tidak lain dan tidak bukan Sheikh Teluk Intan itu sendiri. :)

Hello bro, telefon la wa... rindu mau dengar suara keramat.

Redhuan D. Oon berkata...

Selepas saya terima satu phone call dari Sheikh kita ini, saya terpaksa memperbetulkan kesilapan saya sebelum ini. Memang bukan Pak Sheikh kita yang memesongkan saya. Tidak ada siapa di depan Allah kelak yang boleh kita salahkan atas segala kesalahan diri kita sendiri melainkan diri kita jua.

Masing-masing akan disoalkan secra demikian. Apa lu buat? Bukan, Apa Pak Sheikh buat? Atau apa PAS atau Umno buat?

Jawapan saya, "Saya buat parti Islam sendiri - PADI". :)

piewahid berkata...

salam,
setuju dgn pandangan pak sheikh. harus bijak membezakan antara dasar perjuangan dan kelemahan individu.

PAS bukanlah maksum, ianya perlu sentiasa ditegur kerana membawa sebuah jenama (Islam) yg maha tinggi dan sempurna.

menyokong perjuangan yang tidak menjadikan al-Qur'an dan as sunnah sbg dasar perjuangan ATAU dasar yg murni tetapi didokong oleh insan2 yang fasiq dan munafik adalah fitnah terhadap perjuangan Islam itu sendiri.

Mrkolumpo berkata...

salam pak syeikh
semoga pak sehat hendaknya
saya minggu hadapan 18 jan 2011 akan ke teluk intan kerna ada site project situ.harap kalau pak syeikh ada masa dan sehat boleh kite berjumpa dan bersua muka..sudah hampir 2 thn mengenali pak syeikh hanya melalui blog..teringin juga nak bersua muka

harap pak syeikh cek blog n dpt mesej saya

mrkolumpo 0192752496

piewahid berkata...

salam sahabat,
t kasih berkongsi sedikit pengalaman dan memberikan saya nasihat/ motivasi yang bermakna di blog saya.

bila memikirkan ujian Allah yang sahabat lalui, terasa saya 'tidak sakit' langsung.

saya doakan kita sentiasa redha, beroleh shifa' dan dikukuhkan iman dengan ujian2Nya.

al-brangi Online berkata...

salam ya akhi,
gembira sangat bila tgk ya akhi mula menulis kembali.

hari ini bru dapat bukak pc semenjaka hari semalam.

moga
allah memberi kesihatan pada ya akhi sekeluarga