Isnin, 7 September 2009

Teman Takut Mati Dalam Keadaan Mencarut!!!

Hari itu , Pak aji terlantar di atas katil. Dipujuk oleh anak pinak untuk pergi hospital, dia tak mahu. Dia sendiri pun tak tahu mengapa tiba-tiba saja dia yang bertubuh sasa jatuh sakit. Masanya mungkin dah nak sampai kut. Nafasnya turun naik dengan kencang.

Setiap minit yang berjalan , kedengaran nafas pak aji semakin kencang dan dalam keadaan itu seorang teman baiknya, menyeru dengan suara yang perlahan: "diam , pak aji sedang nak pergi dah nih. "

Maka seorang yang berkopiah putih yang mengaku ahli parti Islam , berkata:"Tak apa , sekarang jugak saya ajarkan dia mengucap".

"Pak aji mengucap. Ikut saya: ashadu ala ila ailallah, waashhadu ana muhammadar'rasulullah".

"eh..apa nih ka..u tak ke..nal a...ku sia..pa ke? . A..ku ta...hulah meng..ucap, pu**mak. Kalau kau datang sini , majoriti Melayu, kau mati"

"Ji, apa yang aji merepek nih.... "

" bi..laaaaa pu....lak a...ku me...re..pek nih. Kha..lid mana..?."

'cukuplah pak aji... ikut saya mengucap"

"La..gi..lagi..gi meng..ucap...Bo...doh punya YB. Pu.*...mak".


Para saudara mara dan sahabat taulan pak aji menjadi kebinggungan. Mereka tak tahu nak buat apa. Kemudiaan secara otomatis tanpa disuruh oleh sesiapa, kesemua mahkluk yang bernyawa yang sedang berdepan dengan orang yang hendak putus nyawa, bersama-sama membaca surah Yassin. Mereke mahu Pak Haji cepat pergi dalam keadaan tak mencarut. Libang libu perasaan mereka melihat pak aji wira Melayu Nusantara masih mencarut walaupun dah nak jalan....

**********************************************************************
Kawan-kawan, jangan jadikan mencarut sebagai amalan walaupun di saat hati sedang membara. Bak kata Peim 1Malaysia , umat Islam kena transformasikan diri mengikut ajaran al qur'an. Dan isteri kepada Peim 1Malaysia, siapa lagi kalau bukan Kak Mah kita pula telah menitip pesan, agar jadikan tadarus amalan setiap hari , bukan setakat bertadarus di bulan Ramadhan saja. Bangga kita beb , ada peim 1Malaysia dan isterinya yang dah bercakap macam seorang ulamak!!

N3 ini , khas teman tuju buat diri sendiri yang sedang berada dalam kesakitan. Moga teman dan semua umat islam yang beriman dapat menamatkan kehidupan di dunia yang serba fana ini dengan kalimah toyyibah.

28 ulasan:

Isa berkata...

Salam Sifu,

Pak Aji tu tinggal kat seksyen mana? tengah nazak giler tu, boleh la teman pergi menziarah dan ada ole-ole kepala lembu balau untuk Pak Aji. Biar senang dia pejam mata.

Bertuah kita dapat Piem dan Isterinya yang soleh serta solehah... walau tudung masih menampakkan jambulnya... ha..ha..ha...

Sifu sedang gering... jangan banyak ketawa... biar teman sorang jer yang ketawakan mereka... ha..ha..ha...

(Jangan mati dalam ketawa udah le... siannnn kat Pak Aji yea..)

Din berkata...

Salam Pak Sheikh..
Budaya songsang jugak yang Pak Aji tu nak ikut.. Tak yah carut2 pun boleh sampaikan mesej dengan cara berkesan gak..

Rehatkan minda moga gering cepat sembuh..

hj Jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sheikh.
Saya rasa tak yah Pak sheikh nak risaukan pada kumpulan geng lembu tu perihal mengucap dua kalimah syahadat semasa nazak. Kumpulan Geng kepala lembu kalau mati mereka akan konfiden di jaga oleh puak PDRM dan FRU daripada seksa kubur nanti. Pihak SPRM, Peguam Negara dan SPR pula akan menjadi menjadi tukang jawab kepada Malaikat Munkar N Malaikat Nakir. Pihak SPRM, Peguam Negara dan SPR akan menjawab tiada kesalahan yang di lakukan olen Geng Kepala Lembu .Malah Menteri dalam Negeri pun akan menyokong penuh segala ulasan dari SPRM , Peguam Negara dan SPR perihal kelaku Geng Kepala Lembu .
So Pak Sheikh tak yah nak susah hati atau gurindam jiwa perihal kedudukan Geng Kepala Lembu semasa sekaratul Maut mereka.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Pak aji tu tinggal kat mana? Pak sheikh dah lupa. Seksyen 23 gamaknya.

Betul kata Isa. Kita kena gembira kerana piem 1Malaysia dan isterinya dah hampir jadi ulamak yang beramal solah . Sesungguhnya Isa, Kak Ros tak menampakkan rambutnya yang berjampul. Yang kita nampak bulu roma kepala dia saja.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Din,

Betul , Pak aji tu tak payah mencarut kalau dia nak bersuara. Bersuara itu hak demokratik dia. Mungkin spesis UBN memang gitu gamaknya, Din.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tuan Haji Jamaluddin,

Apa yang tuan haji cakap tu betul dan sangat baik buat saya.

Kalau puak tu baca komen Tuan Haji, tentu dia orang melompat suka.

Terima kasih Tuan Haji kerana sudi ziarah. Dan salam perjuangan.

Teluk Bakong berkata...

ha ha aji carut

C++ berkata...

Bhai..

Gua rasa dier tue Aji Dam kot... hahaha... dier suka main dam aji... hahaha

seladang.... berkata...

Nasib baik pak aji tu mencarut je...buat nya dalam keadaan nazak tu dia menguak dan mengeluarkan bunyi 'umnoooooooo.......'!!!lagi payah di buatnya...he...he...he...

abgBro berkata...

salam paduka sheikh...

gelihati teman membaca n3 paduka nih...tp wlaubgaimana pun ia satu nasehat yg berguna terutama buat pejuang bangsa supaya jangan jadi bangsat...

salamm paduka

Allahuakbar

KUNYiiL berkata...

jgn mati dlm keadaan mcam mamat yg ghairah maki mb sel masa dialog d seks.23 udah le... klu mati dlm keadaan brutal siol...wukakaka

sheikh teluk intan berkata...

Salam Telok Bakong,

Kata kawan kita dia aji dam. Apa pun kita mohon Allah beri petunjuk kat dia dan kita semua.

sheikh teluk intan berkata...

Salam C++,

Di akhir zaman ini ramai aji dam. Itu sebab kalau nak tunaikan ibadah haji, guna duit yang bersih, hati yang bersih dan mesti ada niat untuk meninggalkan perjuangan karut marut nasionalisme Melayu yang entah apa-apa.

sheikh teluk intan berkata...

Salam kawan lama yang bernama Seladang,

Teman setuju benor, buruk betul kalau puak nih ketika nazak menguak umnooooooooooooooooooo. Teringat lawak Mat Sabu tentang arwah Ghafar Baba.

sheikh teluk intan berkata...

Salam abgBro,

Pak Sheikh tulis untuk peringatan kita semua, terutama kepada yang merasakan dunia ini dia yang punya dan boleh buat sukahati termasuk mencarut semaunyer.

Allahuakhbar!!!!!!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam KUNYiiL,

Terima kasih kerana sudi ziarah kat sini. Betul, semoga Allah jauhkan kita dari mati dalam keadaan yang tak bagus.

Zubli Zainordin berkata...

Sheikh Teluk Intan,

Teman rasa teringin bebenor nak mencarut barang sekali seumur hidup.

Sejak Teman baligh dengan pekena Mastang Ghani mee, dan belajar heran digamit sisi Padang Temberang, belum pernah lagi.

Tapi, itulah.

...ada kala ku rasa teringin mencarut kuat-kuat pada YB YB. Tapi bila kah semua itu akan jadi pasti, aku tak berpeluang lagi.

Tapi keberpermerteringinan Teman ini, terpadam sebentar tadi mendengar nasihat 2Malaysia itu.

Cik Lee berkata...

Pak Syeikh : Semoga cepat sembuh. Bulan Ramadhan ni ciklee mintak jauh dari mencarut. Nak sambut nama piem pun ciklee nak jauhkan takut tak husnu zhon plak. Semoga kita sama2 dapat rahmat dan maghfirah sempena Ramadhan yang mulia ni..

Tabib Haji Norjae berkata...

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

pak aji tu mencarut sbb tak dpt tender sembelih lembu lg agaknya. tu yg jd mcmtu. lembu2 pun senyum je tgk telatah pak aji tu.hehe
[my blog]

al-brangi berkata...

Apa khabar Pak Syeikh. Harap cepat sembuh Ya Akhi

LensaPR berkata...

panjang umur deme ...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Zubli yang sentiasa diingati,

Sori , tak parasaan ada komen lagi ghopernyer.

Mengapalah mike mengingatkan teman kepada Mee Mastan Ghani dekat Padang temberang. Rasa nak balik kampung nak pekena mee yang berummmpph itu.

Gopernya ada manfaat juga 2Malaysia ini kepada mike, sehingga keberinginan untuk mencarut YB YB UBN, tak dilafaskan. Tak baguskah lagi Peim kita dan isterinyer itu?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cik Lee,

Baguslah kalau kita tak mencarut semasa dan sesudah ramadhan. Kritikan pada pemimpin negara bila-bila sajakan bisakan?

Semoga kita semua akan sentiasa dirahmati oleh Allah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Norjae,

Terima kasih kerana sudi ziarah. Moga Tuan Haji juga sentiasa diberkati oleh Allah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Fajridil,

Apa yang disebut oleh Fajridil, adalah satu kelaziman buat geng lembu nih.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Al-brangi,

Pak sheikh masih sakit.Tapi semangat perjuangan masih tegap, insyaAllah. Dan terima kasih kerana mendoakan teman.

sheikh teluk intan berkata...

Salam LensaPR,

Teman masih hidup... Mike nak teman jalan ke? Ok,nanti lepas raya kita jumpa kat restoran itu.