Teman masih sakit dan tersangat lemah. Tapi hari ini cuba gagahkan diri menulis apa yang terlintas dalam kepala otak teman .
Sebelum teman merapu dan meraban , teman mengucapkan terima kasih kepada sahabat teman ISA yang dua kali menulis tentang teman dan meng'up'kan posting teman yang lepas dan menjadikan komen teman di blognya sebagai entrinya baru-baru ini.
Terima kasih juga pada Baginda Reformasi, MrKolumpo, Al Husseyn, Shalehuddin, Puan Ja dan 'A' yang bertanya khabar. Dan tak lupa pada pengunjung yang masih sudi singgah kat blog , seorang tua yang laeh dan lelah. Juga tak lupa kepada Al banjari kerana ada menyebut nama teman pada blogger , Ibnu Hasyim di Permatang Pasir baru-baru ini.
Seperti yang teman sebut sekejab tadi, teman masih sakit. Sepanjang dua bulan ini , teman asyik keluar masuk hospital. Rasanya , masa teman semakin dekat. Tapi masalahnya, teman mahu hidup lebih lama lagi. Amal soleh yang nak dibawa masih tak cukup dan belum mantap lagi.
Hari-hari yang teman lalui , penuh dengan kesakitan dan kadang-kadang hinggap rasa sepi. Selain sakit, teman cukup merasa sedih yang amat sangat, seorang kawan yang teman anggap 'adik' berhijrah untuk jangka masa yang agak lama ke Melbourne, Australia. Namanya Affan @Tarmizi. Bila dia beritahu dia nak berhijrah, teman menanggis sendirian. Teman tak suka pada perpisahan. Tapi nak buat macam mana?
Dalam keadaan bersedih, seorang kawan sejak dibangku sekolah sehingga kini, seorang peguam dari kaum Cina yang beragama Kristian telah memeluk islam berserta isteri dan tiga orang anaknya. Teman menanggis gembira. Dia minta supaya teman memberi nama baru padanya. Teman cakap, pilih saja nama Zubir. Dia setenggah mati ketawa. Katanya, tak boleh dua orang adik beradik punya nama yang sama!!!!.Lalu teman cadangkan nama Mohd Najib. Dia menolak. Katanya cukuplah Najib yang tak kenal Altantuya tapi Altantuya kenal dia, menjadi pemilik mutlak kepada nama itu. Akhirnya , dia pilih nama Ahmad Imran.
Oklah. Lama teman tak merapu tentang perkembangan politik Malaya.
1. Ghoppernyer Kerajaan 1Malaysia bukan saja takut menghadapi Pilirihanraya , tapi takut pada Majalah Kartun. Tak percaya tanya Zunar.
2. Ghoppernyer di Ipoh hari ini, tiga orang Adun Pakatan Rakyat dan beberapa penyokong ditahan dan dikasari Polis kerana berhimpun di Pejabat SUK sempenana sidang DUN Perak. Puak UMNO munafikun yang berbaju kuning , yang turut berhimpun di depan Pejabat SUK , tidak dikasari tapi disuruh beredar cara lembut. Mungkin seruan Polis UBN berbunyi: " he.. he he ..bang sayang oiii...dik sayang oiii.., baliklah ke rumah masing-masing. Yang tak puasa boleh balik makan dengan aman. Kami letih nih. Eh.... eh....aku lupa pulak hari ini , aku puasa ke tidak!!!."
3. Dah banyak kali Tok Guru Nik Aziz menyeru supaya UMNO menukar dasar parti tersebut kepada Islam. Teman berpendapat: Tukar dasar saja tak menjadikan UMNO sebuah Parti yang islamik kalau para pemimpin masih dari spesis Abdullah bin Ubai bin Salul. Kalau hukum Islam seperti sebat kerana minum arak pun dicari seribu alasan untuk tidak dilaksanakan kerana takut dikutuk oleh dunia barat dan timur maka amat afdol sekali , UMNO terus dengan dasar yang sedia ada.
4. Teman kesian pada Najib PM 1Malaysia kalau betul cakap seorang kawan dari UMNO yang beritahu teman bahawa anak kepada Yassin dan Wak Hamidi, sentiasa cari jalan untuk memalukan Najib.Contohnya dengan meletak Rohaizat sebagai calun UBN di Pematang Pasir baru-baru ini. Tentu mereka awal lagi tahu keperibadian calun pilihan mereka . Kata kawan teman yang telah sekian lama menjadi ahli UMNO lagi demi memudahkannya mendapat projek kerajaan , kedua ekor manusia ini akhirnya akan mendesak Najib turun tahta seperti mana yang dilakukan oleh anak Yasin pada Bang Dollah dulu. Kedua ekor manusia ini merasakan waktu macam lambat berjalan . Mereka mahu jadi PM dan TPM 1Malaysia secepat kilat.
5. Lebih kurang Najib berkata baru-baru ini bahawa puasa adalah proses tarbiyyah yang baik dari sudut dalaman dan luaran. Menitik air seni teman mendengarnya. Bangga beb kerana kita ada PM 1Malaysia yang pandai bercakap pasal tarbiyyah. Bayangkan beb, minggu depan Najib jadi imam Jumaat , kat Masjid Negara dan mengetuai tadarus selepas solat tarawikh. Jangan gelak beb, bukankah Najib adalah cucu bekas Imam Genting Highland!!!!!.
6. Nak berbuka dah nih , teman undur diri dulu yer. Maaflah, teman ari ini banyak merapu dalam keadaan badan yang cukup lemah.
49 ulasan:
Menitik jugak air seni Teman mendengor cerita mike...
Diiringi doa sahabatku.
Semoga Lap Top terus berketik-ketiuk menyulam kata senyengat bahasa untuk tatapan 1Malaysia dan bacaan Najib juga...
Salamualaikum,,,,,,,,,, sey tertarik dgn ayat ayat Tuan yg nak kembali kepada nya,,,,,,, kalau itu kehendak nNya tuan , pergi lah,, kat sana nanti lebih baik dari yg kat sini,,,,,,,,, jiko udah di jemput maka jgn lah minta tangguh kecuali ada perkara yang belum dapat di selesai kan,,,,,,,,, semoga Tuan mendpat reda Tuahn yg Maha Agung,,,,,,,,,,,,,,
As-Salamu 'Alaikum! ceria Sheikh! ana kalau sakit sikit pun macam tu lah...ingat macam nak pi, cukup bagi wasiat anak bini semua...tapi rasanya tak berapa puas hidup kalau belum tengok Islam tertegak di Putra Jaya! Slamat menambahkan ibadah dibulan yg mulia ini!
Salam Pak Sheikh..
Serasa saya bagai dibelai penuh kasih bila saja saya menjenguk tulisan Tuan.. dan saya masih merindui kasih itu..
Moga Tuan mendapat keredhaan jua Tuhan yang Maha Agung..
Salam Pak Sheikh..
Ketabahan Tuan inspirasi kami..
Assalamua'alaikum wb kekanda paduka,
semoga dirahmati Allah SWT selalu,
berbanggalah kerana sisa hidup kita yang berbaki ini, kita masih tetap menghirup nafas dlm perjuangan untuk menegakkan agama Allah...
moga2 kesudahan yg baik utk kekanda paduka dan utk kita semua yg berjuang dlm satu aqidah ini...amin
setiap yg hidup pasti pergi tak kembali lagi...
salam ukhwah dan perjuangan...
Allahuakbar!
Assalamualaikum Ya... Sheikh Paduka Raja,
Dalam keadaan uzur masih mampu menaip lagi, itu sudah kira orait..., apa pun keluhan panggilan Ilahi adalah lumrah bagi mereka yang sedang lemah dan sakit.
Seperti yang teman selalu katakan Mati itu sudah pasti, Hidup hanya Insyallah sahaja. Tingkatkan amalan dan taqwa, selebihnyapasrah padanya. Allah itukan Rahman dan Rahim, apa mau takut.
Walau apa pun teman sentiasa mendoakan semoga sifu dan semua kawan2 bloggers dan semua umat Nabi Muhammad Saw yang terdahulu dan terkemudian dari diri teman yang mulia ini sentiasa berada dalam keredhoanNYA.
Insyallah... selagi masih ada oksigen free kepada kita semua, selagi itu kita wajib bersyukur kepadanya...
Salam sifu,
Alhamdulillah..dapat juga wak akan khabar tulen dari tuan berkaitan duduk perkara mengapa tuan sepi selama ini.
Syukur kepada Allah.
Salam dari wak raden albanjari
Bhai..
Lu sakit aper? teruk sangat ker...
Takper... sakit tue semua haq Allah... ader time dier bagi sakit.. ader time dier bagi sihat...
kita kena banyak bersyukur...
Gua doakan lu sihat dan panjang umur agar dapat tambah amal ibadat lagi. InsyaAllah
Salam Pak Sheikh,
Semoga kesejahteraan milik Pak Sheikh jua. InsyaAllah.
Salam..Tuan Sheikh...
Saya tak risau bila tuan berkata bergitu, sekurang-kurangnya tuan ingat akan mati..tetapi SELALUNYA bila seseorang yang berkata demikian selalunya lambat lagi....jangan risau tuan... sempat lagi nak makan lemang pada 1 syawal nanti.... sempat lagi nak buat korban pada hari raya korban nanti....
Salam Pak Sheikh, akhirnya Pak Sheikh muncul juga, terasa sepi bila tak dapat baca tulisan Pak Sheikh,saya berdoa semoga Pak Sheikh sentiasa sihat sejahtera..
Salam pak sheikh, lama tak dengar cerita. Semoga sihat dan kembali menulis.
Salam Sheikh,
Gumbira benar rasa di ati, Sheikh sudah kembali bersemangat nak menulis. Rindu bangat nak baca tulisan Sheikh.
Mati hidup semua di tangan Tuhan. Tp kalau boleh mintak, saya nak mintak Sheikh jgn mati dulu. Banyak lagi agenda hidup yg masih belum terlaksana, sbg sorang pejuang, kan? kan kan kan?
Salam Pak Sheikh...
Di dalam bulan yg penuh barakah ini saya berdoa semoga Pak Sheikh cepat sembuh dan dapat meneruskan 'kerja2 yang masih tertangguh' demi untuk perjuangan menegakkan Islam di negara yg kita kasihi ini...TAKBIR !!! ALLAHUAKBAR !!!
Salam Pak Sheikh...
Teman tertanya-tanya juga ke mana menghilangnya Pak Sheikh sebab lama blog tak ber'update'
Hari ini baru teman tau yang Pak Sheikh tak sihat. Teman doakan semoga kesihatan Pak Sheikh akan bertambah baik dan insyaAllah sihat sepenuhnya seperti sedia kala.
Doa M3M, sentiasa bersama Pak Sheikh.
salam pak sheikh,
alhamdulillah pak sheikh dah sihat sikit. semoga boleh mengerjakan ibadah puasa dengan baik.
kalau najib jadi imam solat, rosmah tentunya nanti akan jadi penyampai kuliah subuh untuk muslimat. syarah bab tabarruj, aurat serta macam mana menjadi isteri yang solehah
salam tuan sheikh
ate ade tuan menitip kat TBO keme tanye ngape tuan ;eboh lebah aje ropenye sakit, keme doekan moge yor cepat sembuh boleh kembali berblog balik
moga pak sheikh sihat sediakala.
doa saya dari jauh.
Salam Pak Sheikh
Sakit, sabar adalah ruang2 pahala yang Allah sediakan untuk kita. Semoga kita semua dalam perlindunganNya.
Dalam sakitpun masih mampu berblog. Ituler hebatnye Pak Sheikh ni ..
salam pak syeikh
semoga allah memberi rahmat dan keberkatan kepada pak syeikh dan keluarga.
selamat berpuasa.
wassalam
asrol , kelate
alam,
dah agak dah...
apa pun semoga kembali mendapat nikmat kesihatan. Leh la merapu banyak sikit!
selamat berpuasa
salam,
terubat rindu. moga sihat syeikh
Salam Zubli,
Lama tak dengor cereter. Taman suka mike singgah sini. Teman selalu ke blog mike.
Salam Pak Oncu,
Amin. Betul cakap Pak Oncu tuh
Salam sahabatku Alhussyen,
Terima kasih atas nasihat. Teman pun kalau Allah izinkan mahu hidup lebih lama untuk lihat UBN lingkup.
Salam Din,
Pak Sheikh menulis dengan penuh kasih sayang buat semua orang yang beriman.
Salam Ros,
Terima kasih sudi ziarah. Pak sheikh ni bukan sumber inspirasi tapi sumber merapu.
Waalaikumussalam abgBro,
Terima kasih sudi ziarah kat sini. Apa yang adinda abgBro cakap betul sekali. Kita akan pergi dan takkan kembali..
Allahuakhbar!!!!!
Salam Isa,
Pak Sheikh sebenarnya malas nak tulis dalam keadaan sakit. Semuanya , rasa tak selesa.
Posting Isa hari ini, ada kelas!!!. Lima bintang dari Pak Sheikh!!!
Salam Albanjari,
Terima kasih kerana sudi ziarah. Pak Sheikh selalu berkunjung ke blog ABO. Semakin rancak. Baguslah. Pak Sheikh tumpang bangga.
Salam C++,
Bhai dah lama sakit. 13 tahun dah. Ada masalah balance disorder, lelah dan buah pinggang.
Apapun, gterima kasih mendoakan bhai yang tua dan lelah nih!!
Salam Aisyah Jamal,
Semoga kesejahteraan buat puan juga. Terima kasih kerana sudi ziarah. Salam buat suami dan anak2
Salam Manjungmari,
Terima kasih sudi ziarah. Blog akhi bertambah ummppphh.
Pak sheikh rasa lega bila akhi sebut orang macam pak sheikh sempat berhari raya aidil fitri dan berhari raya korban. Semoga Allah perkenankan. Amin.
Salam Cucu Awang Teh,
Pak sheikh tulis kerana nak beritahu, pak sheikh masih idup lagi. Cuma sakit saja.
Apapun, terima kasih kerana sudi ziarah.
Salam A-I-B,
Terima kasih kerana masih ingatkan Pak Sheikh. Dan terima kasih kerana mendoakan Pak Sheikh yang masih dalam keadaan sakit.
Salam Puan Ja,
Bukannya teman bersemanggat menulis. Kalau ikutkan hati mahu berhenti berblogging. Kalau ada sahabat-sahabat Pas, kat Teluk Intan , nak ambil alih blog ini, Pak sheikh sudi beri cara gratis.
Salam Tanpa Nama,
Terima kasih kerana mendoakan. Moga saudara pun terus berjuang untuk agama ini.
Salam M3M,
Terima kasih kerana sudi ziarah. Teman sentiasa membaca blog puan. Dan terima kasih mendoakan orang tua yang banyak merapu nih
Salam Anak Timur Laut,
Terima kasih ziarah dan mendoakan. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan ini.
Salam Azizi,
Terima kasih kerana sudi ziarah dan mendoakan pak sheikh. Moga zizi kat sana sentiasa dilindungi oleh Allah dan berjaya menamatkan Ph.D dengan jayanya. Amin.
Salam Telok Bakong
Terima kasih kerana sudi ziarah. Teman dah lama sakit dan masih sakit. Nanti bila sihat , nak rasanya teman balik kat Teluk Intan dan singgah jumpa mike dan kawan-kawan. Tak jauh dari Teluk Intan.
Salam Mamamat,
Terima kasih kerana sudi ziarah.
Saja teman Pak Sheikh tulis supaya kawan-kawan tak kata teman dah jalan..
Nama Blog baru Mamamat dah Pak sheikh masukkan dalam blog list pak sheikh.
Salam Asrol,
Terima kasih kerana sudi ziarah dan mendoakan. Semoga akhi sihat dan meneruskan perjuangan untuk menegakkan kalimatul hak.
Salam Said Mirro,
Terima kasih kerana sudi ziarah dan mendoakan . Dengan izin Allah, teman akan merapu selagi terdaya.
Salam al-brangi,
Terima kasih kerana sudi ziarah.
Teman nak tergelak bila baca posting Prof Dr Hamirdin, yang mengatakan muka akhi seperti orang yang pijak lembu. Lawak juga prof ini.
Jumpa lagi sahabat.
salam tuan sheikh yg disygi..
tuan sheikh sakit apa ye? sy turut berdukacita ttg ujian yg Allah beri pd tuan sheikh. harapnya tuan sheikh tabah melalui ujian ini. sakit itu penebus dosa. jd redha je la dgn ujian tersebut ye tuan sheikh. sy akan sentiasa doakan kesihatan n kesejahteraan tuan sheikh..
Bila dah sakit ni, elokle belajar bertaubat.
Jom masuk Islam.
Yak kemana ikut agama PAS ni.
Catat Ulasan