Sabtu, 13 Jun 2009

Pemidato Hebat UBN Di Dun Manik Urai : Dengarkanlah!!

Asalamualaikum...Warahmatullahiwabarkatuh,

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Apa khabar semua? Ada baik? Semoga baik belaka hendaknya. Terimaaaa kasihhhhhhh kerana sudi hadir mendengar ceramah kempen saya ini. Saya mewakili PM yang kita kasihi yang hendak datang berkempen disini tapi beliau terlalu sibuk 1Malaysia!!!!!

Berdirinya saya disini adalah untuk bertemu muka dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya berasa gembira dengan kehadiran yang begini ramai. Ini membuktikan rakyat kelantan mahukan perubahan, bukannya kemunduran seperti yang dapat kita sama-sama saksikan di bawah pemerintahan Pas di Kelantan ini. Betul tak?

(Satu suara memekik: "Betul belako. Tak ada betul melainkan betul belako")

Terima kasihhhhhhhhh , kepada saudara yang memekik menyokong cakap saya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ada golongan, terutama Pas yang menyatakan UMNO dan Barisan Nasional tak diterima oleh rakyat lagi. Dah tak relewan lagi. Kononnyalah.

Percayalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, UMNO dan BN telah lama memerintah 1Malaysia. Tak ada Parti dalam dunia ini yang boleh bertahan lama di alam maya ini melainkan UMNO dan BN. Sebab apa? Sebabnya UMNO dan BN betul-betul pandai memerintah. Bukan setakat itu saja, bahkan UMNO dan BN mempunyai pemimpin yang hebat. Kesemua pemimpin UMNO dan BN , tak melakukan korupsi. Tak ada kronisme. Kami berjuang untuk bangsa , negara dan agama. Oh silap.......

Maaflah ,kita kena dahulukan agama. Saya ulang balik. UMNO dan BN berjuang untuk agama , bangsa dan negara. Ya, kita mesti utamakan agama Islam. Dalam bab agama Islam ,Umno dan BN telah dan akan terus perjuangkan dengan sungguh-sungguhnya sehingga peluh yang terakhir. Buktinya, UMNO DAN BN telah membina banyak masjid, Universiti Islam, Bank Islam, Sekolah Islam, Tandas Islam, Keretapi Islam, Kapal terbang Islam, Tol Islam, Penjara Islam dan banyak lagi. Betul tak?

(Suara yang sama memekik lebih kuat:"Betul belako. Tak ada yang tak betul melainkan betul belako")

Terima kasihhhhhhhhhhhh kepada saudara yang memekik dengan kuatnya menyokong hujah saya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian .Ada golongan tertentu berkata bahawa kami anti hudud. Sesugguhnya ini adalah fitnah yang sengaja diada-adakan. Kami akan tegakkan syariat Islam termasuk hudud bila Amerika, England, Rusia, Perancis, Jepun ,China, dan negara-negara lain menegakkan hukum hudud . Mengapa UBN tunggu negara-negara itu tegakkan syariat Islam? Sebabnya , negara yang kita cintai ini , kena pastikan negara yang lebih maju dari kita melaksanakan hudud terlebih dahulu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ,kalau kerajaan Umno dan BN yang mulakan, secara langsung kita akan dituduh sebagai sebuah negara yang ektremis agama yang perlu diperangi . Kita belum mampu untuk berperang dengan kuasa besar. Dan lebih memualkan , bila kita beli lebih banyak peralatan perang dan beli lebih banyak jet pejuang dan kapal selam nanti, Pas dan Pakatan Rakyat akan tuduh pemimpin UMNO dan BN membeli kesemua itu dengan tujuan memakan komisyen.


Cukup teruk buruk sangka , Pas dan Pakatan Rakyat . Mereka tak tahu, pemimpin UMNO semuanya bersih dari rasuah. Bersih dan noda dan dosa. Setakat tepok ponggung perempuan yang melambangkan kasih sayang sesama insan, takkan masuk nerakakan? Kalau ada diantara kami berzina atau meletupkan orang dengan C4, terus kami minta Allah ampunkan dosa. Allah Maha Pengampun kan? Betul tak?

( Orang yang tadinya menjerit kuat, terus naik ke pentas dan berkata: " Tok berhenti sekejab, Kawae nok pinjam Microphone sekejab". Dan dia pun memekik bagai nak pecah gegendang telinga pendengar: " Betul...tersangat betul. Tak ada yang betul melainkan betul belako")

Terima kasihhhhhhhhhh. Bersemangat betul kawan kita nih, siapa nama?

(Maka bangunlah orang yang memekik tadi dan memperkenalkan dirinya: "Orang panggil saya Imam Sauti")

Ohhhhh cantiknya nama itu!!!!.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian contohilah Imam Sauti . Nanti lepas habis pilihanraya kecil , Imam Sauti datanglah ke pejabat saya di Putrajaya. Saya nak bincang sesuatu.

(Orang yang mengelarkan dirinya Imam Sauti kelihatan mengangguk sambil memekik: "Hidup Datuk!!!!!)

Tuan-tuan dan puan sekalian , sebelum saya beredar kerana banyak tempat lagi yang saya kena pergi berkempen, saya ingin mengumumkan untuk membangun kawasan Dun Manik Urai ini .

Untuk peringkat permulaannya, kerajaan UMNO dan BN akan membina sebuah bangunan seperti KLCC di sini. Batu asasnya akan dirasmikan oleh Y.Amat Berhormat, Perdana Menteri yang kita kasihi yang telah diiktiraf oleh isterinya sebagai seorang lelaki yang paling penyabar di 1Malaysia ini. Ini bukan projek Mee Segera tetapi telah dirancang sebelum merdeka lagi!!!.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian sekiranya saya tersilap bahasa, terkasar bicara, tercakap bohong, maafkan saya. Saya ini insan biasa walaupun ada title Datuk Seri. Dan jangan lupa, esok selepas solat subuh , saya akan turun membantu membuat kerja kampong bersama rakyat jelata disini kerana saya diminta oleh PM yang kita kasihi untuk menoreh getah. Tapi pokok getah ada tak kat sini?

(Imam Sauti menjawab dengan kuatnya: "Semua jenis pokok ada Tok , termasuk pokok demokrasi")

Baguslah kalau gitu. Saya mengucap terima kasihhhhhhhhh kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana meminjamkan telinga mendengar ceramah saya. Ok tak ceramah saya ini?

(Imam Sauti menjawab dengan suara yang kuat:" Tak ada yang ok, melainkan ok belako!!)

Terima kasihhhhhh. Kehebatan pidato ini, saya pelajari dari buku Ilmu Pidato, tulisan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang belajar di peringkat Ph.D dalam bidang komunikasi. Buku beliau berkaitan dengan ilmu berpidato boleh dibeli di kedai buku di 1Malaysia. Silalah beli, supaya tuan-tuan dan puan-puan boleh menjadi pemidato yang hebat seperti saya.

Akhir kata, undilah Pas, oh silap teknikal. Undilah BN untuk kemajuan didunia dan akhirat.

Kabir!!!!!!!!!!. Oh silap lagi. Takbirrr!!!!!!!!!!!!!

(Dijawab oleh Imam Sauti:"Takbirrrrrrrr Tok.............")

Oklah, minta diri dulu yer. Mari kita bersalaman.

Maka berebutlah lebih kurang 30 orang pendengar bersalaman dengan DatukSeri .

"Ehhhh pocuttt.......lebih kurang 30 orang aje ke?. Nampak macam ramai?"

"Ini pun dah kira ramai Datuk. Yang lain pokok pisang" Jawab Imam Sauti.

29 ulasan:

ISA berkata...

Salam Sifu,

Wow... makan dalam tu... rasanya macam kenal je... dengan imam sauti tu... di mana yea.. ha.ha..ha...

Dah 51 tahun memerintah, baru sekarang UBN ada pemidato yang terbaik (kononnya)... lantak dioranglah...

Yang penting... benamkan UBN. Itu matlamat utama... salam perjuangan.

radens albanjari berkata...

salam pak syeikh,
Kalau macam inilah mantapnya pemidato terhandal UBN hantar ke Manek Urai,wak angkat tangan,tak terjawab dgn hujah teman,jauh sekali utk wak patah2kan,mau birat lidah wak kena belasah..wak angkat bendera hijau..mcm ni! bendera putih bagi kat depa..!!

Kah..kah..kah,kreatif betul sifu teman ni!

A-I-B berkata...

Salam pak syeikh,
Sapa pemidato terhebat tuh!.... Kalau betul dia pemidato hebat tak kan 30 org jer... yang hadir. Rasanya pemidato tu... dari kalangan pendukung kerajaan perpaduan. Patut pun asyik tersasul jer!...

Kah!...3x. Jauhkan lah aku dari prasangka buruk.

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

pemimpin UBN mmg handal dalam mengeluarkan kata2 dan janji2 manis. rakyat pun banyak yg tertipu sbb disuapkan dgn wang yg manis2 dimulut mereka.
[my blog]

kak ja berkata...

Salam Sheikh, bagus gak ada bnyk pokok pisang.. In case pemidato hebat tu kena baling bertubi2 dgn botol mineral water ke, kasut ke, ada gak tempat dia nak tumpang berlindung..

Tp rasa2nya Imam Sauti ni yg patut kena baling dgn kasut, kan Sheikh kan? kan kan kan?

Unknown berkata...

Manik Urai...pidato

matgeramgiler berkata...

salam tuan sheikh,
kebangkalian peristiwa diatas akan berlaku semasa prk manik urai adalah 99%.

citra_trindah berkata...

Betul...tersangat betul. Tak ada yang betul melainkan betul belako"
kah kah.. kreatif tok sheikh ni.,
tak dak sambungan ke pidato ni..?

sakariya berkata...

Salam tuan sheikh,

Sepatutnya Imam Sauti tengok betul-betul lidah pemidato tu bercabang ke tidak? itulah rupanya pemidato ameno berceramah depan 30 orang yg dirasuah.

Malam sikitlah ameno nak menang!

C++ berkata...

Bhai...

Lawak la lu punya citer... hahaha... ader kelas gitue... hahaha

lanterajiwa berkata...

salam... bro.. mohon tolong buat posting utk malam seni di Sg Sumun - Pentas Kita... Karya Kita...

terima kaseh.

Ex-UMNO berkata...

Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Itu anda tulis,yang orang lain kata PAS sdg dipimpin oleh TG yg dah menopose.Sdg berpecah tunggu rebah.Ini semua kuasa sape?Sudah pasti kuasa Allah Taala.

said mirro berkata...

salam,
masih berbisa tu!

Tanpa Nama berkata...

Tolak gelaran Dato' ................
Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan......ramai orang/ahli PAS marah......sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno...

Saya mendapat berita...... Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato' untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie......

Ini bukan kali pertama rupa2nya....

Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato' dari TYT Penang.....

Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia...... negeri lain yang PAS perintah jangan harap...

Walaupun sebenarnya ....itulah prinsip beliau kerana...Dato' tiada membawa apa2 makna di dunia ni.....beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ....kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari "Mardho Tillah....." bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang.....

Bak kata Mat Toi juga......." semua dunia tu......."

Prinsip pemimpin PAS lain......ha ha .....saya tahu

Tanpa Nama berkata...

Dalam cerita UG, kita pandang adalah fitnah umno/bn....tetapi selain itu juga bagaimana berpunca dari dalam...kita tak kaji...TGHA menjadi mangsa.....sebenarnya idea ini bukan dari TGHA.....2 orang yg berperanan bersungguh2 iaitu Ustaz Nasha dan Mustapha Ali....kejap cakap A, kejap cakap B....kejap cakap C....akhirnya yang menjadi mangsa TGHA dan TGNAA

Kalau kita cakap itu strategi pemimpin...lain kali kita bincang....tapi sekarang kita tak sedar 2 orang nie.....adakah di "plan"kan utk menggodam PAS dari dalam? mungkin tak benar...tapi kita check.....Dan saya menyokong kedua TGHA dan TGNAA ...kerana mereka berdua dapat menyelamatkan keadaan...

Kenapa Ustaz Nasha di plan utk melawan keluar Ustaz Hassan Shukri....bukankah Ustaz Hassan Shukri juga Ulama? kenapa perlu berlawan sesama ulama..kalau masa tu Ustaz Hassan masih mampu dan waras...jadi digunakan hal Kohilal utk menjatuhkan dia...kenapa pula Ustaz Harun Taib berlawan utk ganti Timbalan Presiden sessi 2007, kenapa ulama perlu berlawan dengan ulama lagi....dan kenapa kali ini pula Husam dan Mohamad Sabu bertanding untuk berlawan dengan Ustaz Nasha?

Sejak bila TV3, Utusan Malaysia berminat dan membela serta memberi ruang kepada Ustaz Nasha nie.....kita kata kita tak percaya dan boikot kedua media tu?

Tapi duri dalam daging sebenar...kita kena siasat...bukan untuk memecah belahkan parti atau ahli2 kita....sebab kita bercakap kerana kita sayangkan parti kita....adakah betul ada atau tidak?....kenapa Ustaz Nasha sekarang hilang....dah berapa hari tak datang parlimen? Dia ke mana? hanya muncul dalam sessi jumpa TGNAA masa tarik balik dakwaan hari tu.....lepas tu hilang, mesyuarat AJK Pas Pusat pun tak hadir.....kenapa takut? kalau berani kerana benar...muncullah....segala apa yg berlaku tak perlu takut sebab dia benar....berhujah lah dengan kenyataan kebenaran....kalau TGNAA salah (sebab ada orang kata TGNAA dah nyanyok macam penghujung hayat Imam Bukhari).....

Dan kenapa pula setiausaha akhbar TGHA dipecat? mana pergi Roslan SMS....apa kaitan mereka berdua.....? Kenapa Roslan SMS dikeluarkan dari YDP Kelana Jaya oleh ahli2 di kawasan itu?

Dalam kemenangan PR2008 dan PRK akhir2 ini kita dimenangkan oleh ALLAH dengan cara ALLAH mengubahkan hati2 Cina dan India kepada menyatakan sokongan kepada kita...(tak kiralah kalau ini strategik politik mereka) tetapi boleh ke jadi kalau bukan kuasa ALLAH untuk mengubah hati2 mereka? dan sekarang nie hati mereka mula kendur kepada kita, kita tak dapat nafikan....pergilah buat study dan tanya kepada Cina dan India satu Malaysia....mereka udah mula "cuak" dengan PAS...."hati mereka terluka dan kepercayaan mula kurang" atas cerita UG ini....

Adakah ini kita katakan kesilapan strategik kepimpinan (Ustaz Nasha atau Mustapha Ali) yang ahli tak faham apa maksud sebenar UG ini.....atau ianya di "plan" kan oleh orang luar yang lebih pandai ber "strategik" untuk memporak-perandakan PAS?

Strategik apa yg digunakan? kerja amal jamaei apa yg dia ikut.....?Tarbiyah marhalah takrif dan takwin mana yg dia guna....kerana dia .....PAS telah porak peranda sekejap.....?

Kalau betul kesilapan Ustaz Nasha....dia kena dan wajib untuk letak jawatan.....demi memulihkan imej PAS dan meredakan kekalutan serta pandangan serong kepada PAS....dia boleh jadi ahli biasa....pulihkan imej dirinya dulu baru nanti dia naik semula....

Wallahu A'lam

Semuga kita menjadi orang yg berfikrah dan beramal......

Kemaafan dipohonkan pada semua..yang tersentuh dan terguris....

Salam Perjuangan Demi Memartabatkan Islam

Allahu Akbar, Allhu Akbar, Allahu Akbar

Prof. Era Pasca berkata...

hahahaha soklan...

siapa 'SAYA' atau Dato' Seri tersebut? hehehe

Tanpa Nama berkata...

Mahukah Nasha letak jawatan? Rasanya tidak, lainlah kalau dah genap dua penggal. Kerana pencen ADUN hanya di berikan selepas 2 penggal jadi Ahli Parlimen. Rasanya tidak ada jawatan lain yang memberikan pencen terhadap jawatan yang di pegang begitu sengkat. Nampaknya jadi Ahli Parlimen ni suka datang datanglah, tak suka tak apa ,tak perlu bawa MC seperti petugas lain yang perlu bawa surat cuti sakit bila tak datang kerja. Hai! memang bertuah jadi Ahli Parlimen.
Munkin dalam tahun 2020 pemuda Malaysia akan menjadikan ADUN atau MP sebagai pilihan utama mereka semasa memilih pekerjaan.

Prof. Era Pasca berkata...

salam tuan sheikh post baru taun... rindu nak bace nih... hehehe

Anakbukitgantang berkata...

salam ziarah,
mungkin tuan yang arif boleh buat senarai semak dan nilai sendiri KPI (key performance index) prestasi PAS dikelantan-semua petunjuk yg dipilih berdasarkan statistik, so semaklah.

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/07/menilai-kpi-index-pakatan-rakyat.html

Sebahagian petikan artikel dari siri beberapa artikel mengenai political marketing dan Key Performance Index adalah disini

MENILAI KPI INDEX UNTUK KELANTAN!


Apakah pula HASIL bagi rakyat Kelantan setelah 20 tahun lebih PAS memerintah Kelantan?

Pengukuran boleh dibuat melalui senarai semak dan soalan -soalan ini.


a) Menangani gejala sosial melalui pendekatan ugama -GAGAL


b) Menangani isu penagihan dadah (sub gejala sosial) dikalangan belia melalui pendekatan ugama- GAGAL

c) mengurangkan jangkitan HIV (sub gejala sosial) melalui pendekatan ugama-GAGAL


d) Menguruskan dgn baik sumber balak negeri, pemuliharaan hutan simpan dan penanaman semula balak dikawasan yang telah ditebang bagi mengelak banjir/banjir lumpur, memastikan bekalan air mencukupi melalui penyediaan kawasan tadahan air yang mecukupi serta memulihara kepelbagaian flora dan fauna bagi mewariskannya untuk generasi akan datang, (rujuk laporan Jabatan Alam Sekitar dan laporan di bawah subtajuk; pembalakan haram di Kelantan, banjir lumpur serta bekalan air yang sentiasa terputus) - GAGAL

e) Menguruskan keperluan asas rakyat seperti pembekalan air- GAGAL

Alangkah malang bagi rakyat Kelantan setelah 20 tahun memerintah, Kelantan menduduki tempat nombor wahid untuk GRO/Pelacur Melayu, Penagihan Dadah dan jangkitan HIV......inikah KPI HASIL (pembangunan modal insan atau pembangunan ummah???) yang dikehendaki oleh rakyat Kelantan?


Rujukan

Laporan Alam Sekitar-Alam Sekitar dan sumber Asli


Statistik penagih dadah-gejala sosial


Statistik jangkitan HIV-gejala sosial

Statistik GRO/Pelacur Melayu yang berasal dari Kelantan- gejala sosial

IndukYati berkata...

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya..

Tanpa Nama berkata...

Salam Sheikh! Laman tak update, apahal? Harap enta sehat adan ya.

Redhuan D. Oon berkata...

pemberi komen 80% jumlahnya berbanding hadirin ceramah dalam alkisah tu. Makin hebat Sheikh blog ini. Makin sihat. ALhamdulilah

Tanpa Nama berkata...

imam sauti adik mat laksamana yang mengaku tuhan tu ke??

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Sheikh,

kenape lama tak update?
semoga Pak Sheikh sehat2 hendaknya.

-A-

Atuk Banjar Masin berkata...

Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.

Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.

Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.

Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.

Akhirnya melayu/Islam akan dijajah oleh kaum kafir ini.

Mrkolumpo berkata...

salam pak syeikh...saya doakan agar pak syeikh sihat wal afiat dan berbahagia hendaknya...telah hampir sebulan tidak nampak sebarang pergerakan posting baru dari pak syeikh...timbul rasa risau dan tertanya2..harap pak syeikh seihat dan berada dalam rahmat Allah....

Wak Labu Farm berkata...

Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.

Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.

Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.

Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.

cahaya malam berkata...

salam..

terpaku mendengar koment saudara tentang hukuman sebat dalam blog Isa..

syabas..

salam ramadhan..
semoga memperoleh kemanisan ramadhan..

;)

salam..