Jumaat, 24 April 2009

Fatwa Terbaru Kabinet Tuan Haji Najib!!!

Mungkin kawan-kawan dah tahu tentang fatwa kabinet Tuan Haji Najib yang terbaru. Kalau tak tahu silalah baca berita yang teman kutip kat Berita Hairan hari ini seperti di bawah ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah,terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil.

"Anak perlu dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka. Bagi pasangan yang bercadang menukar agama, mereka sepatutnya menyelesaikan terlebih dulu semua masalah berkaitan tanggungjawabnya. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.

Persoalannya adakah fatwa ini telah dirujuk kepada para Mufti di Malaya yang bijak bistari atau berdasarkan konsensus anggota kabinet Tuan Haji Najib yang terdiri dari pelbagai rupa jenis makhluk yang suci lagi menyucikan, termasuklah Menteri yang jaga urusan agama yang baru dilantik? . Saja tak mahu ingat namanya beb!!!

Berdasarkan sejarah Kabinet UBN telah terbukti, mana-mana ostad yang tahu agama dan di jadikan menteri seperti orang baru tuh, bila tak diperlukan nanti akan diterajang setelah dibelacikan dan dipandir-pandirkan semaksima yang mungkin oleh gerombolan UBN . Biasalah tu beb!!!

Teman tunggu riaksi Mufti Perak yang teman hormati dan dikatakan akrab dengan Menteri Pasola. Ngapa masih belum keluar suaranya dalam isu fatwa baru nih?!!. Mungkin Mufti tu sedang sibuk membelek-belek kitab tentang kewajipan mentaati Ulil Amri kut ataupun sedang berada di tangga Istana Raja sebelah sana. Maklumlah, iklim politik Perak masih panas beb!!!

Buat sementara ni cukuplah teman salin dan tampal sebuah email yang di 'forwardkan' oleh Puan Ku Ja,SDKA yang memberi riaksi terhadap Fatwa baru Kabinet Tuan Haji Najib. Moh kita baca beb!!!.

mangchik mangchuk wrote:

Assalamu a'alaikum. Saya ada soalan yg ingin dikemukakan untuk mendapat pandangan ustaz:

Anak anak mualaf. Seperti yang berita di sini , cabinet sudah memutuskan anak anak mualaf akan dikekalkan mengikut ugama asal ibuayah mereka sehingga mereka "come of age". Ma maksud, wa pu ce tau. Agaknya sampai umoq depa 21 tahun la kut. Apaka pandangan islam berkaitan dengan isu ini.

Mohon jawapan jika ustaz berkesempatan, wassalamu 'alaikum.

Mangchik Date: 2009/4/23
Subject: Re: Pertanyaan
To: mangchik mangchuk
From: emran ahmad

Wa'alaikumussalam,

Perkara biasa di akhir zaman, nabi saw dah janjikan akan muncul fitnah dan permasalahan di mana org ramai akan menjadi pening dgn pelbagai masalah ganjil yg akan muncul dan pelbagai hal pelik2 akan timbul.

(lihat kitab al- fitan wa al-malahim oleh Imam Ibnu Katsir)

benda halal jadi haram, haram jadi halal, kemudian yg bercakap benar dianggap pendusta dan yang berdusta di anggap benar.

Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

yg bercakap di TV, medan ceramah ialah pendusta, org yg jahil akan agama manakala yg alim dan berilmu dihalang, disekat dan tidak didengari suaranya.

anak-anak mualaf

Anak-anak sejak lahir adalah Islam (spt dlm hadis yg berbunyi setiap anak yg lahir itu adalah dlm keadaan fitrah dan ibubapanya yg akan menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi - hadis sahih riwayat Muslim dll.

Fitrah bermaksud sudah Islam, krn manusia sejak asal dianggap memiliki tauhid rububiyah iaitu tauhid yg mengakui Allah ialah tuhan, wujudnya tuhan dll.

kemudian anak itu menjadi syirik kerana ibubapanya, baik menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi. kerana mengikut cara hidup ibubapanya lalu terpesong.

Andainya manusia mengetahui betapa pentingnya mengekalkan anak dgn cara hidup Islam nescaya mereka sanggup bekorban apa sahaja utk tetap tinggal di gua atau hutan dan memakan daun-daun kayu demi mengelakkan anak mereka terpengaruh menjadi syirik dgn cara hidup kuffar.

Yg dikehendaki oleh agama itu ialah Tauhid Uluhiyah (tauhid ibadah) dan juga tauhid penyerahan dan pengakuan serta mentauhidkan Allah pada asma wal sifat yang selayaknya bagi DIA mengikut ajaran quran dan as-sunnah.

Namun krn anak yg lahir itu didedahkan oleh pengaruh hidup yahudi, nasrani, majusi maka menjadilah anak itu tercemar dgn syirik dan jauh dr Fitrah iaitu Islam.

- Membiarkan anak-anak ditangan ibubapa yg syirik adalah salah dan berdosa krn itu dakwah Islam wajib disampaikan walaupun kpd kanak-kanak ! spt Rasulullah berdakwah kpd Ali bin Abi Talib (sepupunya) yg masih kecil.

- Anak-anak bukan hak ibubapa, boleh dan perlu diculik, dirampas, dibawa kahwin lari ke Siam atau saya boleh nikahkan bila anda mahu...:) sekiranya ibubapa tidak bertauhid atau tidak mengamalkan cara hidup tauhid krn melaksanakan tuntutan tauhid ialah Hak Allah ke atas semua manusia dan kewajipan itu tersangat penting melebihi segala ketaatan makhluk.

-Isteri boleh menderhakai suami atas tujuan tauhid, seperti Asiah isteri Firaun yang menjadi teladan suri sepanjang jalan.

anak-anak ialah alat, ibubapa ialah alat, apabila alat itu menghalang usaha mentauhidkan Allah atau mensucikan ibadah hidup kepada Allah maka alat itu perlu ditinggalkan.

Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar." (Al-Anfaal : 28)

- Kesimpulan, anak-anak muallaf sebenarnya adalah Islam sehingga mereka mumayyiz dan kemudian memilih cara hidup mereka sendiri apakah Islam, yahudi, nasrani atau majusi disebabkan oleh pengaruh ibubapa mereka.

keputusan kabinet dari aspek apapun mengarut dan jauh dari maksud syarak.

Usaha kita ialah mengerakkan dakwah kpd kanak-kanak supaya mereka diselamatkan tauhid mereka dan kekal di dalam fitrah dr kecil sehingga menemui Allah"

...........................................................................................................................

Nota: Demikianlah jawapan Ustaz Emran Ahmad mengenai fatwa kabinet Tuan Haji Najib. Mungkin selepas Program Jom Heboh kat Lumut Perak esok, Mufti yang akrab dengan Menteri Besar Pasola akan beri riaksi dengan hujah yang lebih kukuh dan ampuh, sekukuh Bukit Chandan .Dia bukankah Mufti yang hebat beb?!!!!

7 ulasan:

ISA berkata...

Salam Sifu,

Biar apa pun dalil dan nas yang diberikan berlandaskan Al-Quran dan Hadis, Kabinet kerajaan sekular ini akan menolaknya.

Maka teman telah mencabar mereka supaya kembali kepada asas Rukun Negara yang pertama. Sila lawati ke blog teman dan berikan buah fikiran sifu.

Baru beberapa minit saja teman postingkan isu ini. Sekadar luahan dan cabaran bodoh dari teman kepada kabinet dapur mereka yang sememangnya BODOHHHHHH....

Reformis Jalanan berkata...

Terima kasih sheikh....lawatlah selalu ye. Jgn lupa tiggalkan komen. =)

Tanpa Nama berkata...

Cuba baca :

http://www.pemimpinrakyat.blogspot.com

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Mike pun tahu teman dah komen isu ini kat blog mike.

Nak suruh mike cabar Haji Najib , mike sedang dalam berpantang. Lama sangat tuh!!!

sheikh teluk intan berkata...

Reformis Jalanan,

Terima kasih. Teman dah lawat blog mike. Nanti teman lawat lagi.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama 22.51,

Teman dah lawat blog tuh. Bagus jugak. Musim sekarang, orang sibuk promote orang lain jadi pemimpin Pas.

Seladang berkata...

Dalam hal agama Islam, Kerajaan Najib Rosmah + Mahathir berpandukan kepada Ulamak Kepala Haruan! Di mana ada untung disitu ada fatwa membolehkannya.