Rabu, 11 Februari 2009

Teman Terlayan Spesis Umno Dan Sekutunya!!!

Teman bukannya jenis cerodik. Masuk keluar universiti bukan bermakna kita akan jadi cerodik yeop bang oii...

Security Guard yang keluar masuk universiti selama berpuluh tahun pun, tetap tak berapa cerodik. Para pensyarah yang ada Phd dalam bidang kajian masing-masing pun sering jugak menonjolkan kebodohannya dalam bidang yang bukan bidang spesialisasi mereka . Apa nak heran yeop bang pondan ooooii!!

Bila ada orang kata, teman nama saja keluar masuk Universiti tetapi tidak cerodik, tidak kritis, tak buat kajian dan tak pandai analisis dan menulis tanpa fakta tapi berdasarkan persepsi , sikitpun teman tak kisah.

Ada orang ngata teman, "mike dah pencen, maka eloklah duduk diam dan baca Al Qur'an" . Pun teman tak kisah. Teman tahu apa yang teman buat yeop bang pondan oooii!!!

Kalau ada sesiapa yang menganggap tulisan teman bagaikan Hikayat Seribu Satu Malam, pun teman tak kisah. Dan bila ada yang perli , supaya teman kumpul tulisan teman untuk dijadikan t cerpen atau nobel untuk dicetak oleh Dewan Bahasa Pustaka, pun teman tak kisah. Dan yang paling membuat teman ketawa hampir pecah perut, ada pulak mangkuk ayun yang mengharapkan teman terjun ke dalam Sg Perak bersama Laptop teman yang dah semakin meragam. Naman sedikit pun teman tak kisah.

Puak yang tak puas hati dengan tulisan teman , ada hak untuk bersuara. Teman hormati hak demokratik mereka. Walaubagaimanapun mereka bukan lawan teman. Buang gas saja kalau teman lawan puak-puak ini seperti yang boleh dilihat di shout box di sebelah kanan ruangan blog ini.

Cuma teman nak beritahu, kalau puak ini ada sedikit kecerodikan ,mereka boleh buat blog masing-masing. Dan hentamlah teman dan kawan-kawan seperjuangan teman.

Tapi yeop bang pondan ooi....mungkin teman tak akan layan blog penganut faham UMNO. Tambahan pula, teman udah cakap tadi bahawa teman tak nak berlawan dengan puak-puak UMNO tegar yang setakat duduk dianak tangga pejabat UMNO. Buang gas saja, yeop pondan oooi!!!

Yang teman nak lawan yeop bang ooii, ialah parti UMNO rasuah. Teman gunakan blog ini untuk melawan. Sukahati temanlah, yeop bang pondan oooii jika teman tulis dalam bentuk dan gaya apa sekalipun. Teman dengan cara dan gaya tulisan teman. Biorlah apa orang nak kata. Teman peduli apa. Teman pun menulis bukan dibayor oleh sesiapa.

Dalam keadaan teman tak cerodik, teman tahu , kalaulah pembaca yang menjenguk di blog ini terdiri dari puak-puak UMNO totok, meminta supaya teman tulis secara ilmiah , teman tak akan ikut perintah mereka. Tahap pemikiran mereka bukannya tinggi sangat, walaupun ada pelajaran tinggi. Kalau hati perut mereka dah buta , teman menulis secara ilmiah pun puak nih, tak akan pandang dengan kedua belah mata. Susah yeop bang pondan oooi, kalau hati perut dah buta!!!

Cuba yeop bang pondan tengok, apa dah jadi pada tulisan para pejuang dan sarjana bahasa Melayu yang telah membentang ratusan kertas kerja yang tinggi mutu keilmiahannya mengenai kesilapan kerajaan UMNO/BN memperkenalkan Bahasa Inggeris untuk pembelajaran Sains dan Matematik. Janganlah buat buta yeop bang pondan oooi, kertas-kertas kerja itu dipandang sebelah mata oleh Menteri UMNO.

Pun teman tak hairan , Al Qur'an kalam Tuhan pun di pandang enteng oleh pemimpin dan pengikut UMNO yang buta perut., inikan pulak tulisan para sarjana yang pakar dalam bidang mereka. Apatah lagi tulisan di blog teman yang memang tak ada kelas dan merapu nih, duhai yeop bang pondan oooi....

Apapun teman tak kisah. Teman akan tulis dengan gaya teman sendiri di blog teman, walaupun tak disukai oleh puak-puak UMNO yang bangang, bengap dan tonggong.

Golongan ini boleh terus berjuang dalam UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang tersangat hebat.Kalau tak percaya baca coretan sahabat teman yang blognya boleh dilawati disini di dalam ruangan komen bagi entri teman sebelum ini dimana beliau menyatakan:

Dalam soal undang2 dan perlembagaan umno putar alam.
Dalam soal ugama umno putar alam.
Dalam soal kewangan umno putar alam.
Dalam soal sejarah umno putar alam.

Dalam soal jawap kubur pun nanti orang-orang umno akan putar alam juga sama itu malaikat.

Tapi apa boleh buat, pasal dah banyak makan duit haram, hati dah gelap, cakap apa pun bukannya diorang sedar... dah spesis haram jadah jadinya.

Maaflah kawan-kawan, hari ini teman terlayan spesis UMNO dan sekutunya..

18 ulasan:

Isa berkata...

Salam Pak Sheikh,

Nasib baik ada perkataan "Ter" iaitu Terlayan puak-puak rasuah tu.
Lain kali bolayan jer....

Kalaulah kepala manusia ni boleh adjust macam kepala robot, ambil screwdriver kasi tune dan set balik memory cip yang ada dalam kepala otak diorang "APA ITU UMNO/RASUAH DAN SEJARAHNYA"

Masalahnya tak boleh, sebab diorang semua dah capai taraf KARAT pakai clorox pun tak boleh hilang. Camna tu?

Mrkolumpo berkata...

MELAYAN PUAK UMNO MMG MCM TU LAH YOB BANG OII (HEHEHE SUKE DENGAR BRO PAKAI AYAT TUH)
TEMAN PUN SAMA JUGAK LAH...PUAS DOK NASIHAT ..TARBIYAHH..BAGI BUKTI SIAP CABAR BUAT SEMAYANG HAJAT..EMMM ALIH2 TAKUT..SENYAP SUNYI..KALAU DAH NAMA BERKARAT..BERKARAT LAH YOB BANG OIII

Seladang berkata...

Pemimpin Umno memang cerdik. Cerdik cari duit isi kantong sendiri dan kroni. Cerdik gula-gulakan ahli dan rakyat! Cerdik menyurukkan rahsia hingga tidak terdakwa! Cerdik mengurat sampai ke Monggolia! Cerdik tubuh kerajaan haram dengan sepuluh jari mengangkat sembah! Cerdik memutar belitkan kamus: Mereka yang menegakkan kebenaran ialah Penderhaka! Cerdik pujuk orang dengan duit! Cerdik ugut orang dengan SPMR (BPR)! Cerdik jadikan SPR sebagai mahkamah! Cerdik rampas mandat rakyat!Cerdik menyalahgunakan jentera kerajaan, cerdik menukar rasuah kepada komisyen bila makan juta-juta! Macam-macam cerdik! Yang paling cerdik sekali ialah cerdik mengoyakkan kain untuk buat kain kapan menguburkan Umno/Bn!

akupun berkata...

baik..layan kadang kadang x pa...
izin ulang tayang artikel anda di blog akupun, dan sebar ke mail groups perisikrakyat@yahoogroups

salam.

fajridil adha berkata...

tuan sheikh, umno ni mmg purata ahli2nya mmg bijak putar alam. mereka akan sedaya upaya melakukan apa sahaja demi memastikan kantung mereka sentiasa penuh berisi dengan wang rakyat. oleh kerana itulah semakin hari semakin gelap hatinya. tapi mereka lupa, bukan selamanya mereka dapat melakukan apa sahaja. bila tiba masanya nanti, segala putar alam mereka akan memutarkan diri mereka sendiri. tatkala itu, hancurlah mereka kerana terbelit dengan tindak tanduk mereka sendiri yang selama ini terlalu mementingkan kepentingan peribadi dan mengabaikan kebajikan rakyat..

Mrkolumpo berkata...

salam syeikh

terima kasih kerana sudi menjengah blog kawan (ckp pahang teman jadi kawan)

kawan doakan agar abang syeikh semoga sentiasa sihat dan dirahmati Allah

sama2 kita berjuang menegakkan kebenaran

p/s : syeikh ada lelah ke?tak mau try hati unta ke syeikh..org ckp mujarab utk lelah dan meningkatkan power..hehehe kalau abang nak..bgtau saya..nti saya carikan..siap pos utk abg free of charge tanda persahabatan blogger

Aishah Jamal berkata...

Salam Pak Sheikh,
Bagus betul tulisan pak sheikh memperli puak-puak UMNO ni.
Wah..kah..kah...

Tanpa Nama berkata...

Wahai sheikh yg bijaksana, tulisan anta cukup meninggalkan kesan. Teruskan menulis kerana sedikit sebanyak akan tetap meninggalkan kesan kepada barua2 pecacai umno bien. Lebih2 lagi kepada penyokong kerajaan haram perak hari ini. Kemenangan buat Islam akan terus menyinar insyaAllah. Memang dasar penyokong umno ni bangang semuanya. Rakus dan busuk hati. Lihat saja bagaimana najib mongolia merampas perak yang seakan2 seperti yahudi israel. Semoga sheikh terus sihat dan beroleh kesempatan melihat tumbangnya kerajaan bn yang menghancurkan umat melayu dan mempermainkan hudud di bumi malaysia.

abdrahim kassim berkata...

Asal meka ngamok ni yoep...Meka lapo ke?

Nanti teman gorenkan jejemput untuk meka ye...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Saja teman mengatai nulis entri ini. Saja nak berseloroh dengan puak Umno dan sekutunyer . Teman setuju dengan mike puak nih hati perut dah kotor. Clorok ker clorofil ker dah tak boleh cuci. Doa sajalah bior kita tabah lawan mereka.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mrkolumpo,

Jangan berhenti berdoa Mrkolumpo. Mungkin doa teman belum makbul. Teman sayang campur menyampah dengan puak ni jugak. Bak kata org 'love and hate'.

Mengenai penyakit teman, bukannya lelah. Lelah di sini maksudnya letih. Terima kasihlah nak kirimkan daging unta cara gratis.

Teman punya penyakit nih 'balance disorder' dan penyakit batu karang.Orang jahat, tuhan uji dengan pelbagai cara.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Seladang,

Memang spesis Umno ni teramatlah cerdik. Bak kata arwah mak teman, cerdik tersalah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Akupun,

Teman izinkan. Mana-mana posting teman tak ada hal. Teman pun dah masuk kat situ. Terima kasih banyak.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Fajridil Adha,

Kita doakan puak nih berubah. Memang susah. Tapi kalau ramai yang berdoa, mungkin mereka berubah. Kalau mereka ok, kuat umat Islam kat Malaya nih!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Aishah Jamal,

Terima kasih sudi jenguk blog seorang tua yang semakin letih dan lemah.

Pak Sheikh punya pendekatan lebih kepada bentuk satira. Ada orang orang suka dan ada orang menyampah kerana tak ada nilai kesarjanaan yang tinggi.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama,

Terima kasih kerana mendoakan teman sihat. Moga teman yang dah semakin tua nih dapat melihat sebelum diambil oleh Allah, empayar UMNO/BN hancur lebur. Dan di atas puing-puing kehancurannya, kita tegak tegakkan daulah Islamiah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam AbdRahim,

Teman tak ngamok. Dan memang teman lapor. Isteri asyik2 pegi kursus. Letih masak dalam keadaan sakit macam ini.Poskanlah jejemput tu kat alamat ibnuhasyim. Kalau hantor ayam masak percik lagi ngam yeop bang oooi.

Mrkolumpo berkata...

he he he
ok...
kawan silap tafsir
lelah = letih
ha ha ha
mtk maap silap tapsir..
ni pak syeikh ni skrg kat mana yer??
tgk dari traffic feed tak jauh..puchong selangor jer