Yeop bang ooiii, ada orang kata ,Kerajaan Pakatan Rakyat Perak , hari ini telah ditelingkupkan oleh kebijaksanaan Najib dan gerombolannya. Tapi ada juga orang kata, Najib adalah 'mastermind' yang mengambil alih Kerajaan Pakatan Rakyat Perak secara tipu daya.
Teman jawab, janganlah cakap macam itu. Tak baik . Bukankah politik adalah satu permainan yang penuh berunsur kesenian. Siapa pintar bermain dan pantas bertindak , dialah yang menang. Cara menang , samada cara kotor atau suci tak ada dalam kamus. Kamus siapa? kamus dialah. Dia yang mana? Dia yang itulah.... Yang itulah yang mana? Yang itu....si bibir merah yang bagaikan digincu.
Yeop bang, kalaulah Niccolò di Bernardo dei Machiavelli masih hidup, tentu dia melompat macam mankee. Hatinya pasti dibaluti oleh kegembiraan yang teramat sangat. Ini adalah kerana salah satu ajaran seni perangnya ' the ends justify the means' telah digarap secara bijaksana oleh jutaan muridnya yang ramai tersebar di atas muka bumi ini, termasuklah si dia.
Yeop bang ooiii, janganlah mengatai bertanya 'dia' yang mana pulak?. Teman sangatlah letih nih!!!. Sejak sarapan pagi sampai sekarang asyik melompat ke beberapa blog seperti :-
Satu blog total, ISA, ABO, notoumno ,harimau-menaip dan banyak blog dan laman web lagi demi mengikuti perkembangan terkini kat Perak. Dan malu teman nak cakap, sebenornya teman belum mandi sejak pagi tadi!!!.
Pasai teman belum mandi nih, mohon sangatlah , janganlah dikaborkan kat semua orang di atas muka bumi ini ,nanti besor kemaluan teman yeop bang oooii!!!
Aiii, Yeop bang menanggis? Janganlah menanggis. Teman tahu yeop bang sedih kerana sedar bahawa Sultan pun turut sebak kerana sebagai orang yang tahu undang-undang , dia tentu tahu mengapa dia memerintahkan si Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besor.
Saborlah ye yeop bang....Mungkin Sultan masih bernostalgik dengan Perjanjian Pangkor yang berlaku pada 20 Januari 1874. Mungkin kerena itulah , baginda setuju supaya hamba sahayanya kat Pulau Pangkor mengantikan Nizar sebagai Menteri Besor Perak.
Sebenornyer yeop bang, sejak petang tadi , teman meto betoi pada hamba sahaya yang begitu ramai memaki hamun Sultan Perak disebabkan Nizar diperintahkan letak jawatan dan tidak berkenan dengan permohonan Nizar untuk membubarkan DUN Perak.
Dan Nizar hingga ke saat ini degil pulak tu , tak mahu ikut perintah Sultan. Dia cakap dia masih Menteri Besor yang sah. Dia dengan beraninya telah menunjukkan sikap 'derhaka'. Dan ramai pulak tu hamba-hamba sahaya yang menyokong si Nizar . Dan terdapat hamba sahaya yang semakin berani bermulut celupar terhadap Raja. Bukankah bahaya tu...yeop bang oiii?
Ada yang terlepas cakap : "Apalah guna Raja, kalau tak boleh diharap dalam melindungi kepentingan rakyat tapi lebih bahagia hatinya menjaga kepentingan UMNO/BN".
Ada yang bermadah , satu nada dengan si Hang Jebat : "Raja adil di sembah, Raja tak adil disanggah".
Dan banyak lagi maki saranah yang buat teman meto pada hamba-hamba sahaya.
Yeop bang...kita tak boleh derhaka pada Raja. Raja Melayu sebenornyer bukanlah calang-calang makhluk. Masih ramaikah hamba-hamba sahaya tak tahu bahawasenyer , Raja Melayu berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnian yang pernah menguasai pemerintahan di atas darat dan angin?.
Mengikut kepercayaan datuk nenek moyang kita dahulu , katakanlah Raja murka, hamba rakyat jelata , jangan main-main dengan Raja . Dia boleh sumpah hamba-hamba sahayanya. Misalnya kalau Raja berkata " Maka beta sumpah kamu jadi babi", maka jadi babilah hamba-hamba sahaya.
Yeop bang terfikir ker macam yang sedang teman fikir sekarang nih , iaitu ada tak kemungkinan , si Lim Kit Siang dan kawan-kawannya dalam DAP akan meleleh air lior mereka melihat seekor babi hasil sumpahan raja? !!!!
Oleh itu yeop bang oooiii .... baiklah kita diam saja. Jangan cari pasai!!!!!
Kalau ada orang yang kepala otaknyer gatai dan bertanya: "Kamu nak derhaka pada raja?".
Maka adalah lebih selamat bagi yeop bang untuk berdiam diri saja dan berdoa pada tuhan : "Ya Allah, hambaMu bermohon supaya hamba tidak menjadi hambaMu yang derhaka kerana menyembah makluk yang Engkau cipta. Ya Allah, hambaMu bermohon supaya hamba-hambaMu yang berlagak bagaikan tuhan, dijauhkan dari menganggu kehidupanku. Amin Ya Rabbi ".
Yeop bang , setelah melihat kemelut politik di Perak hari ini, ada orang yang merasakan seolah ada kerjasama diantara setan dan iblis untuk memporak perandakan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pemerintahan hamba tuhan yang bernama Mohammad Nizar.
Untuk sejukkan hati dan otak yeop bang , teman berpendapat ,adalah lebih afdhol jika rakyat jelata melihat kemelut politik ini sebagai satu suratan takdir tuhan . Mungkin ada hikmahnya yang kita tak tahu.
Atau Mungkin tuhan mahu menguatkan keazaman pejuang-pejuang kebenaran yang hakiki untuk merampas Perak dari gerombolan Parti Rasuah pada PRU yang ke 13 nanti. Dan sesungguhnya teman MASIH MAHU NIZAR KEMBALI MENJADI MENTERI BESOR PERAK!!!!!
Oleh itu yeop bang, sampailah masa dan saatnya, teman akan mengerakkan plan B.
Plan B nih , yeop bang ooiii, bukanlah ' grand design' tapi sekadar sebuah plan yang teramat mudah. Oklah, teman buka rahsia. He..he.. teman sebenornyer berhajat nak tubuh Parti baru. Parti itu teman namakan Parti Republikun Malaya.
Tanpa fikir panjang-panjang, Presiden Parti itu , bukannya orang lain. Orangnya adalah teman sendiri , duhai yeop bang ooii.....
Syahdan, isteri dan anak-anak teman secara otamatis , teman lantik sebagai ahli jawatankuasa. Penaung parti akan ditentukan kemudian. Yang pasti bukan Raja Melayu.
Teman lebih cenderung untuk melantik Penaung Parti , seorang ulamak yang zuhud ,bertakwa, profesional dan beramal solleh . Siapa dia? Nantilah teman cari, mengunakan teropong batiniah ke seluruh alam. Harap-harap dapatlah ulamak keturunan Ahlul Bait. Tentu best punyiaa. Berkat yeop bang ooiiii !!!!! kalau dibandingkan dengan kalimah 'daulat'.
Yeop bang ....boleh tak tolong drafkan Perlembagaan parti baru teman? Teman tak pandai undang-undang. Maklumlah , teman tak peronah jadi Ketua Hakim Negara. Yang penting misi parti ini adalah untuk menyatukan Umat Islam di Perak khususnya , Malaya dan di dunia amnya untuk berdepan dengan gerombolan kuffar dan munafikun yang semakin berani menginjak dan mempersendakan umat dan ajaran Islam. Gerombolan kuffar dan munafikun ini, berada di keliling pinggang kita!!!
Mari kita tegakkan sistem Khilafah Islam sedunia. Parti teman akan bersama dengan mana-mana kumpulan Islam untuk misi suci ini. Teman nak mulakan perjuangan ini kat Perak. Sebabnya mudah: Bukankah teman anak jati Perak? Yeop bang berdoalah supaya kemelut politik gila babi di Perak seperti yang berlaku pada hari ini dapat dielakkan pada masa depan.
Tapi yeop bang ooii.... perjuangan ini bukannya mudah. Terlebih dahulu kita kena perhebatkan kepala otak kita dengan ilmu dunia dan akhirat. Kita kena perkuatkan jiwa dengan zikrullah. Amalan solleh pula kena diperbanyakkan. Dan kemudian barulah kita akan menjadi umat yang kuat dan hebat . Bila umat Islam kuat dan hebat , maka segala kemelut yang melanda dengan izin Allah dapat diselesaikan.
Semoga plan B teman ini tak akan membuat Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjadi risau . Bro Anwar pun janganlah pulak tiba-tiba menjadi sasau . Parti teman tak akan melibatkan diri dalam politik pilihanraya yang semakin kacau bilau.
Yeop bang.....teman sekarang nih semakin kurang percaya dengan sistem demokrasi yang lahir dari kepala otak beberapa orang ahlul falsafah Yunani yang kononnya hebat. Apatah lagi teman dapati , sistem demokrasi ala Malaya semakin tempang .
Yeop bang.... janganlahlah marah pada teman .Mungkin kotak pemikiran teman sehari dua ni mengalami sedikit gegaran. Ianya terjadi secara tak sengaja iaitu sejak teman ulang baca kemarin, buku-buku Allahyaham Dr Kalim Siddique, seorang sarjana sains politik yang amat teman hormati. Cubalah yeop bang baca buku-bukunya.
Kalau yeop bang tak ada buku-buku tu dan tak ada duit nak beli , buatlah muka tak malu untuk meminjam dari librari teman. Tapi pulangkanlah semula buku-buku itu selepas khatam dan hadam dibaca kerana ianya adalah lebih berharga dari sebilah keris Taming Sari!!!!!
Aiiii, yeop bang...dah tidur ker atau masih marah atau masih menanggis?
Bersaborlah yeop bang..... bukankah teman masih ada? Lagi pun yeop bang, pasti berbangga kerana berkawan dengan teman , seorang Presiden Parti Republikun Malaya!!!!
15 ulasan:
Yeop,
Bila Iran ditukar menjadi Republik Islam Iran, dia dah tak pakai Shah Iran lagi tapi dia pakai Presiden.
Malaysia pun boleh macam itu juga ke Yoep. Tak pakai lagi Perdana Menteri dan..........(takut tulah)
Salam Sheikh,
Nanti kalau ada jawatan kosong dlm Parti Republikan tu, tolonglah habaq kat saya.. Saya nak cuba memohon.. Walaupun saya ni pembaca blog Sheikh yg cukup setia, saya taklah pulak nak cuba sondol Sheikh mintak jawatan..Saya nak masuk secara bersih.. Walaupun sekadar dapat jawatan tukang tangkap katak pun, saya redha.. Janji bersih..
Assalamu'alaikum wrt. wbt. Tuan Sheikh Yeob,
Yeop bang.....teman sekarang nih semakin kurang percaya dengan sistem demokrasi yang lahir dari kepala otak beberapa orang ahlul falsafah Yunani yang kononnya hebat. Apatah lagi teman dapati , sistem demokrasi ala Malaya semakin tempang .
Mengulas kenyataan yang tuan sheikh di atas, saya telah lama berpendapat bahawa sesungguhnya ideologi dan falsafah demokrasi itu adalah fatamorgana sahaja. Demokrasi dijadikan alat atau "lesen" bagi menghalalkan perilaku dengan memberi gambaran kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan mereka sendiri.
Tuan Syeikh,
Saya berpendapat sebegini; sekiranya demokrasi itu adalah sesuatu yang mutlak maka Maha Pencipta tidak akan menurunkan Rasulullah SAW sebagai khatam-ul-anbiya dan al-Quran itu penghulu segala kitab. Maka tidak akan diperkenalkan sistem pemerintahan khalifah Islam sebagai ganti sistem demokrasi yang lebih banyak merosakkan daripada memberi manfaat.
Tuan Syeikh,
Oleh yang demikian, kita kena kaji balik dan betulkan kiblat kita tentang halatuju kita dalam membentuk satu peradaban yang mendapat keredhaan Maha Pencipta.
Wallahu'alam...
Maka muntahlah bat keluar lembu d sg melayu bukit si guntang mahameru.ada pun Iskandar itu ada 3 anak..demang lebar daun pun berwaadat,
Salam Pak Sheikh,
Aduusss... makan dalam, menusuk kalbu.
Ada borang parti baru tak? Biarlah saya jadi ahli parti yang bernombor 000000000000001.
maaf sheikh,
tersilap eja tadi-Republikun, bkn Republikan.. Jauh beza tu, kan Sheikh?
Salam sheikh, baru tersinggah, rugi lambat jumpa.
Anyway, congratulation! Anugerah 5 Bintang. Belum terjumpa "Penghibur kritis" seumpama ini terutama tajuk Majlis Muhasabah Pemimpin UMNO Sudah Bermula!! Alhamdulillah, ceria sikit bila beberapa hari asyik berduka.
Teruskan anugerah Allah ini.
Yeop bang jadi Presiden parti baru ye bang..?
Sejarah akan berulang lagi.
Jikalau bukan simbol parti ini, si buah Durian dua bijik, belum pun perlembagaan dapat didraf, putin hantu kopek sampai dulu...
Perhatikan Gunung Semangdoi udah rata weh.
Gerangan hantu kopek ini cukup suka benor dengan individu bertaraf Presiden...Timbalan mahupun Naib.
Namun, Anak Perak sejati mike, teruskan juga ler penubuhan Parti Republikun Malaya, sebab kami para kulaan terus memberi sokongan.
Tak mike jer dapat rasa balunan puntin nya. Kami nak gak...
Salam Abdrahim,
Kalau Malaya menjadi seperti kerajaan Republik seperi Iran, kita terpaksa merangka mekanisma yang bersesuaian dalam sosio-politik negara ini bagi tujuan perlantikan seoran Presiden.
Saya pula`akan memastikan kita tak akan berlaku zalim kepada Raja. Raja Melayu tidak sekejam Shah Iran. Nanti teman fikir dimana kedudukan raja kalau Malaya menjadi sebuah Republik.
Pembentukkan Republik di Malaya dari segi kata-kata memang senang untuk kita lafaskan. Tapi bila` sampai kepada pendetilannya, kita mungkin dapati sedikit kompleksitinya. Oleh kerana itulah perlu kita segarkan otak dengan ilmu dan pengalaman orang lain.
Panjang topik ini kalau hendak kita bincangkan.
Salam Cik Ja,
Kerajaan Republik idaman hati adalah berteraskan Islam. Kerajaan ini bukan seperti kerajaan di Timur tengah yang melaksanakan hudud tapi aspek pemerintahan dan kepimpinan boleh dipersoalkan. Saya berjanji kalau kerajaan bentuk itu wujud, saya akan pastikan bahawa kerajaan ini akan memertabatkan peranan kaum wanita.
Oleh kerana Cik Ja seorang wanita saya akan menghormati perasaan dan limitation yang ada pada wanita. Adalah tidak sesuai, wanita seperti Cik Ja saya beri jawatan yang ada kaitan dengan tugas menangkap katak.
Mungkin jawatan yang sesuai dengan perasaan halus dan bentuk fizikal wanita, ialah sebagai jururawat kepada katak-katak yang sakit.Dan saya yakin cik ja mampu melakukan tugas itu dengan berkesan.
Salam Zh.Ibrahim,
Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini.
Mengenai falsafah dan amalan demokrasi yang berdasarkan prinsip 'suara majoriti adalah betul secara mutlak' adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Apapun dalam berberapa hal yang berhubungkait dengan amalan dan perjuangan mengikut falsafah dan amalan demokrasi secara umumnya masih diperdebatkan oleh sarjana Islam, khusus di kalangan ulamak dan pejuang harakah Islamiah.
Memang mudah kita bercakap bahawa dalam Islam semua sudah sempurna. Ini tidak dinafikan. Namun demikian , perlu di ingat Al Qur'an bukan kitab poltik yang mendetilkan bagaimana sesebuah kerajaan sepatutnya dibentuk. Yang terdapat dalam Al Qur'an panduan secara umum tentang pemerintahan Islam.
Maka disinilah peranan ulamak dan para sarjana Muslim memerah otak untuk merangka sebuah sistem pemerintahan Islam dengan mengambilkira pelbagai sudut.
Kita tak boleh berfikir secara umumiyyat sdahaja. Kita perlu mengali khazanah Islam seperti Al Qur'an , assunnah, sejarah dan sumber-sumber yang lain.
Memang apa yang kita anggap mudah, sebenarnya amat kompleks dan oleh kerana itulah kajian tentang bentuk pemerintahan Islam masih terus dikaji supaya ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kalau nak bincang isu ini secara menyeluruh, ianya bukan mudah. Apapun , kita mempunyai pendapat yang sama bahawa demokrasi dalam bentuk asalnya dan mengikut acuan barat tidak akan membawa kita jauh ke depan.
Wallahuaqlam bissawab.
Salam tanpa Nama,
Saudara peminat buku Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang rupanya. Bagus sangat. Dan kerana itu, mudah bagi saudara untuk memahami haluan tulisan saya ini.
Tahniah!
Salam Isa,
Mike memang cekap berfikir dan tahu maksud yang tersurat dan tersirat entri ini. Kita satu kepala.
Mengenai borang keahlian, parti ini tidak perlu mengisi sebarang borang keahlian. Ianya terbuka kepada semua orang Islam yang mempunyai tujuan yang sama.
Kesian mike, kerana tak dapat menjadi ahli yang pertama. Nak buat macam mana, dah nasib.
Salam Dewan Muslimat Pas,
Terima kasih kerana sudi singgah. Saya sebenarnya bukan kritis sangat. Sekolah pun tak tinggi. Tapi cuba menjadi pelajar yang sentiasa belajar.
Sekali lagi terima kasih kerana sudi menziarahi blog seorang tua yang semakin tua dan lelah
Salam ZiZi,
Teman pegang jawatan Presiden ni ni sekejab saja kerana teman akan diapa-apakan oleh hantu kopek.
Sebenornyer yeop bang , teman bukan jenis makan sorang. Nanti kita buat pembahagian secara`adil hak merasa balunan putin hantu kopek. Tapi mike kena tolong periksa terlebih dahulu ,di antara kedua hantu kopek itu, yang mana satu jantan dan betinanya.
Lepas tu mudah korje kita yeop bang oooii.
Catat Ulasan