Sabtu, 14 Februari 2009

Ada 10 Alasan Lain , SPR Lambatkan PRK Di Kedua Bukit.

Kelmarin dan hari ini teman jatuh gering. Lemah abis seluruh badan. Oleh kerana itu, nak tulis kat blog teman , rasa macam satu beban. Lebih mudah rasanya teman angkat Bukit Gantang dan hempukkan ke atas Datuk Seri Hantu Kopek .

Tapi teman jenis tak boleh bergolekan atas katil tanpa buat apa-apa. Lalu, teman pun melompat macam 4 ekor katak kat Peghak dari satu blog ke blog yang lain.

Entah berapa jam teman asyik melompat-lompat sini sana. Akibatnya ,yeop bang, teman menjadi semakin lemah. Tapi syukurlah, teman belum lagi dimangkatkan oleh Allah. Belom sampai ajai lagi. Alhamdulillah.

Setelah sekian lama melompat , teman terlompat kat blog Saudara Sofi Wahab, Ketua Penerangan Pas Negeri Melaka. Tulisan beliau bertajuk: 10 Sebab SPR lambatkan PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau. Kalau yeop bang dan yong kak rajin, maka bacalah tulisannya kat sini.

Yeop bang ooii, ghoper-ghopernya tulisan beliau telah di salin dan ditambal kat banyak blog, termasuk kat Sabahdaily.com

Teman jatuh suka dengan komen seorang hamba tuhan yang bernama Zulkiflee kat sabahdaily. Komentarnya macam nak serupa dengan tulisan Sdr Sofi Wahab. Tapi selepas membacanya , teman dapati ada jugak kelainannya. Tapi jangan pulak yeop bang menyangka teman yang menulis komen itu dan menyamar sebagai Sdr Zulkiflee. Tak baik tau!!!

Cumanya teman nak beritahu 'trick' teman, bila teman sakit atau tak ada idea, maka jalan mudah yang teman lakukan ialah menyalin dan menampal keseluruhan ataupun sebahagian tulisan bloggers lain yang ngam dengan kepala otak teman sebagai entri baru di blog teman.

Yeop bang ooii, 'trick' ini bukannya luar biasa sangat. Dan komentar Sdr Zulkiflee ini, adalah sebahagian dari 'trick' teman hari ini!!!

Bloggers lain yang sakit atau malas atau kekeringan idea untuk meng'update' blog masing-masing pun buat kerja ini.Tak percaya tanya pada abang , teman punya isteri yang juga ada blognya , yeop bang ooii!!!

Tak salah yeop bang ooii , perbuatan 'copy n paste' tulisan orang. Teman bukannya mengkudetakan tulisan orang lain. Teman cuma salin dan tampal kat blog teman dan teman cukup jaga etika dalam bab mengambil tulisan orang lain dengan menyebut sumber asal tulisan itu diambil.

Yeop bang ooii, perbuatan teman adalah berpuluh kali juta lebih beretika dari si 'dia' yang melakukan kudeta ke atas sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah di Peghak baru-baru ini.

Ikutkan hati mahu teman mencarut setiap kali teman tertengok muka beberapa mangkuk ayun yang terlibat dalam kudeta tersebut. Nasib baiklah teman terus berisytifar!!!

Itupun masih ada orang yang kata, teman ganas. Orang yang tak kenal teman, mungkin kata teman jenis yang brutal. Dia orang tak tahu berapa banyak airmata teman tumpah semasa pada suatu ketika dulu teman rajin bebenor menonton filem hindustan!!!!

Lembut hati teman ni yeop bang oooii!!!

Okaylah , teman nah mula nak merapu dan meraban. Baiklah teman salin dan tampal sekarang juga komentar Sdr Zulkiflee. Teman pun nak meneruskan kerja melombat dari satu blog ke blog blog yang lain untuk mencari tulisan yang sesuai dengan selera teman untuk teman salin dan tampal kat blog ini. Janganlah marah yeop bang ooii pada teman. Kalau marah , bak kata almarhum Tan Seri P.Ramlee dalam filem 3 Abdul : Nanti mengkome kena jual!!!


Zulkiflee on February 14th, 2009 at 12:16 am

1) Memberi masa yang secukupnya untuk PR menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan pengundi apatah lagi PR sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong BN lebih-lebih dengan berlakunya isu rompakan kuasa di Perak.

2) Memberi masa yang secukupnya untuk PR dan konco-konconya yang tertentu mengatur strategi dan manipulasi daftar pemilih, pendaftaran pengundi hantu dan lain-lain.

3) Memberi masa untuk PR berkempen sepuas-puasnya sedangkan BN tidak diberikan permit untuk berceramah khasnya di Perak.

4) Memberi masa untuk PR menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

5) Memberi masa untuk PR menyelesaikan perbalahan dan perebutan antara DAP dan PKR yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau .

6) Memberi masa untuk PR memperkenalkan bakal calonnya yang sememangnya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Jadi oleh kerana masanya panjang maka calon ini boleh turun padang dan berkhidmat untuk rakyat dari hari ini sehingga 7 April 2009.

7) Memberi masa untuk pemimpin dan ahli PKR menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agong Umno yang berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.

8) Memberi masa untuk calon PR berkempen.

9) Memberi peluang kepada Karpal Singh bersandiwara dan menyusun strategi selepas beliau mengkritik Anwar Ibrahim.

10) Memberi peluang kepada PR/PKR mencari seberapa banyak wang untuk ditaburkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

Ini adalah bukti kedua SPR dilihat bersikap telus dan adil. Ada kemungkinan SPR di bawah kepimpinan Abdul Aziz Yusof lebih baik dan telus dari SPR dibawah telunjuk Abdul Rashit Abdul Rahman.

10 ulasan:

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

ghupa2nyer tuan sheikh ni peminat bollywood juga.hehe. klau tgk dr segi jln ceritanya xpe, jgn tgk pd bentuk badan heroin nye shj. nnt terjojol plak mata tuan sheikh. hehe.
berbalik pd komen sdr zulkiflee, apa ke jadah yg dia merapu ni? mgkin zulkiflee ni dah kena makan nasi kangkang dek buatan najibunbodowi agaknye. sbbtu seboleh2 dia nak memutarbelitkan fakta demi mendaulatkan pemimpinnya yang disayanginya tu.

Faqih's Politician berkata...

Salam. Marilah sama-sama menyebarkan maklumat mengenai ISLAM & POLITIK!, http://pakatanrakyatcommunity.blogspot.com

Seladang berkata...

Kalau dulu semua Menteri buat kenyataan akhbar di Permatang Pauh kemudian Kuala Terengganu, kini ke Bukit Gantang dan Bukit Semambu! Lamalah kosong Pejabat Menteri-Menteri di Putrajaya kerana mereka menaburkan habuan dan fitnah di kedua bukit tersebut!

Kali ini aku rasa Najib akan lemas di lurah antara dua bukit hantu kopek!

Isa berkata...

Salam Pak Sheikh,

Itulah kerja PR selama ni, dan ketelusan SPR memang tidak dinafikan jika melibatkan PR.

Agaknya berapa trillion pula PR nak tabur di kedua bukit tersebut. Berapa lori sampah pula PR nak angkut polis kesana yea....

Ha..ha..ha.. PR yang di Perak tu dengar ceritanya boleh bertahan 2 bulan je... lepas tu BN takeover..balik... mamak pangkor tu boleh balik ke pulau bungkus sotong masin

sheikh teluk intan berkata...

Salam Fajridil Adha,

Dulu memang teman minat jugak tengok filem hindustan. Ceritanya mostly happy ending. Boleh sebak dan menitis airmata teman menontonnya.

Zubli tuan punya satu blog total yang linknya ada dalam blogroll teman ,pernah cakap pada teman, kalau nak jadi salesman yang ada kelas , belajarlah dari filem Hindustan.

Tentang komentar Zulkiflee cuba baca lagi. Ada unsur sinikal sebenornyer.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Fakih's Politician,

Terima kasih ziarah kat sini. Teman dah jengok saudara punya blog. Tersangat bagus. Tahniah

sheikh teluk intan berkata...

Salam Seladang,

Harap-harap Najib tak kembali ke alamat yang tetap bila dia lemas di lurah antara dua bukit.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Anta memang boleh baca yang tersurat dan tersirat. Ana amat berbangga.

PR sedang amat ngonseng sekarang nihhh.....ha ha ha ha(gelak raja) terutama yang bibirnya merah

kia71 berkata...

SALAM.

SPR nk adakn pilihanraya bagi seluruh dun perak serentak dgn PRK BUKIT GANTANG DAN PRK BUKIT SELAMBAU..

sheikh teluk intan berkata...

Salam kia71,

Baguslah SPR nak adakan pilihan raya seluruh Dun Perak. Kalau kompem, baguihlah. Rakyat Perak pasti bergembira.