Khamis, 29 Januari 2009

Ramlang Porigi Mahukah Anda Jadi Jutawan?

Malam ini teman diterkam oleh semangat berkobar-kobar untuk mengemaskini blog teman yang tak sehebat manapun ini. Lalu teman pun mula menulis.

Walaubagaimanapun tak lama kemudian , kepala teman terasa pusing. Teman pun berehat sambil memicit kepala teman. Rambut teman yang agak panjang turut teman tarik-tarik perlahan. Beb ,teman malaslah nak mentadaradah Panadol!!!

Nak suruh isteri picitkan kepala, tak sampai hati pulak. Selepas Isya' dia sudah tidur. Maklumlah dia keletihan. Dari pagi buta hingga hampir senja dia bertungkus lumus bekerja di pejabat. Kesibukan isteri membuat teman selalu bercakap dalam hati:' kawin satu lagi baru adinda tahu!!!'.

Tapi teman setakat cakap dalam hati sajalah. Kalaulah di luahkan, mungkin isteri teman akan mengambil tindakan buang daerah terhadap teman yang sedang sakit miskipun tahap kegatalan sebagai seorang lelaki masih sama seperti 35 tahun yang lalu. Masih gatai beb!!!

Sekarang jam menunjukkan 2 pagi. Kepala yang pusing semakin reda. Mata pulak belum berapa mengantuk. Nak baca buku , terasa malas pulak. Apalagi, teman pun mula berfikir untuk sambung tulisan teman yang terbantut lebih kurang jam 9.30 malam tadi.

Ah, dah hampir 15 minit , teman masih tak dapat nak sambung tulisan asal teman yang berkisar tentang Ramlang Porigi yang telah dipecat jawatannya oleh majikannya , yang bernama JAKIM. Beb, teman tak sebut JAKUN ya!!!!

Bila teman teringatkan JAKIM, teman teringat anak jawa Bagan Datuk yang bernama Ahmad Zahid Hamidi. Bila teman teringatkan Ahmad Zahid Hamidi , teman teringatkan keganasannya bertinju dengan seorang lelaki yang dikatakan meminati anak perempuannya.

Beb, Zahid Hamidi bukan calang-calang orang. Tubuhnya sasa. Kaki tinju merangkap Menteri yang jaga hal Ehwal Agama!!!.

Dan teman tak akan lupa sampai hujung nyawa mengenai fatwa Ahmad Zahid yang paling mengoda hati dan perasaan iaitu , larangan beliau supaya pegawai-pegawai Persekutuan yang ditempatkan di negeri Perak supaya jangan sekali-kali menghadiri sebarang mesyuarat yang diadakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, Perak Darul Riduan. Beb!! hebat betul ahlul kitab sekor nih!!

Ada orang beranggapan bahawa Ahmad Zahid Hamidi adalah orang Bang Dollah. Maklumlah keduanya anak ulamak. Tapi tak mustahil juga Ahmad Zahid Hamidi adalah orang Bang Najib. Bang Najib juga ada susur galur ulamak. Datok sebelah ibunya adalah bekas Imam Genting Hihgland. Beb tolong jangan gelak. Kalau tak percaya tanya pada Bang Najib sendiri !!!.

Beb, teman dah letih dan malas nak menulis lagi . Jam dah hampir 2.40 pagi!!!!

Sebelum teman berhenti menulis , teman nak berhikayat seketika iaitu bahawasanya teman pernah jugak jadi orang penting di Bahagian Sumber Manusia di salah sebuah syarikat gergasi di Malaya pada suatu ketika dulu. Teman tahulah sedikit sebanyak tentang Akta Pekerja ,Undang-undang Buruh , Perhubungan industri , Mahkamah Perusahaan dan yang seumpama dengannya.

Berdasarkan kenyataan Ramlang Porigi (pegawai sokongan), teman turut berpendapat bahawa pemecatan beliau adalah tidak mengikut prosidur. Mengikut firasat teman , sebaiknya beliau tak perlu merayu supaya jawatan yang disandangnya dikembalikan kepadanya. Oleh itu teman nasihatkan supaya beliau terus menyaman JAKIM.

InsyaAllah berdasarkan maklumat yang teman perolehi, sahabat kita , Saudara Ramlang Porigi yang telah ditindas oleh orang yang tahu agama tapi sanggup jadi pengampu penguasa jahiliyah, akan menang sekiranya kesnya dibicarakan di Mahkamah. Tahap keyakinan teman berdasarkan kes-kes yang seumpama itu adalah 99.9%.

Dan sekiranya pihak JAKIM mendapati mereka akan kalah dan demi menjaga kemaluan ,lazimnya pihak yang berkenaan akan meminta supaya diadakan rundingan di luar Mahkamah. Dengan demikian teman dengan ikhlasnya , menasihatkan supaya Saudara Ramlang menuntut bayaran ganti rugi dari pelbagai aspek , sekurang-kurangnya RM 1 juta. Ianya adalah lebih berbaloi daripada mendapat semula jawatan asal dan beliau akan dipetisejukkan sehingga punah harga diri.

Ngantuk dah nih.......moga teman dapat mimpi yang indah-indah!!!!

9 ulasan:

said mirro berkata...

Salam,
Fuh! masih berbisa, masih berbisa..

ISA berkata...

Salam Pak Sheikh,

Apa kelas RM1 juta, ana cadangkan minta RM puluhan juta, biar diorang bankrup terus...

abdrahim kassim berkata...

Sheikh,
Kalau meka nikah seorang lagi alamat tak berisilah blog ini. Tambah-tambah kalau dapat yang muda.

Jangan diratibkan niat tu Sheikh, nanti jadi betul-betul..

kak ja berkata...

Salam Sheikh,
Kagum benar saya dgn kebolehan Sheikh ni..

Ramlang Porigi tentu bersorak gumbira bila mengetahui yg dia berpeluang jadi jutawan segera..

Ehem.. Sheikh ni dlm sakit2 pun masih bersemangat nak berpoligami.. Cuba try tanya isteri Sheikh, kot2 dia merelakan.. Bolehlah kita semua pakat2 tolong carikan calon sesuai..

Tp andai ditakdirkan isteri Sheikh naik murka lalu Sheikh dibuang daerah, apa kata kalau Sheikh berhijrah sj ke Sg Petani ni?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Saidmiro,

Terima kasih masih ingatkan teman.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Teman sebut sekurang-kurangnya RM 1 juta. Kalau Ramlang dapat demand lebih, baguih jugak. Negara kita pun susah nak bangkrap kerana Najib.com dah kata " Fundamental Ekonomi Negara kuat".

sheikh teluk intan berkata...

Salam rahim,

Kalau betul meratip niat kawin lagi satu boleh jadi betul-betul, maka mulai malam ini teman meratiplah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cik Ja,

Teman tak ada kebolehan untuk dikagumi.

Kalau isteri bagi teman kawin lagi seorang , Cik Ja bolehkah tolong carikan calun yang cantik dan punya pegangan agama yang kuat.

Sekiranya teman dibuang daerah, teman tak suka pi Sg Petani. Teman nak bertapa di surau taman sejati.

Tanpa Nama berkata...

Pergh... aper kelas 1 juta.... ADUN PR pon boleh dapat 50 juta.... so... sure boleh paling kurang 25 juta... hehehe