Rabu, 28 Januari 2009

Andainya Najib Berserban dan Berjubah.Bagaimana Kita?

Kalau anda ternampak Najib berserban dan memakai jubah, jangan terkejut. Juga jangan terkejut kalau Rosmah memakai jilbab. Keduanya mungkin sedang dalam proses mengubah imej.

Bukankah Najib sejak BN kalah dalam PRK P 36, seolah terbangun dari tidur yang di uliti oleh mimpi bertemu dengan wanita dari Mongolia telah dengan sariusnya menyeru supaya spesis UMNO mengubah imej dan budaya Pemimpin dan Parti UMNO itu sendiri? Takkan kita tak peduli kut, cakap seorang cucu kepada bekas seorang Imam Genting Highland pada suatu ketika dahulu.

Kawan, cuba bayangkan bila Najib terserempak dengan anda di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala lumpur. Dan dengan senyumnya yang manis yang terpancar dari seulas bibir yang bagai digincukan, Najib menegur anda: "assalamualaikom ya akhi. Anta apa khabar? Harap-harap anta kenal ana. Ya, ana al fakir yang bernama Najib Tun Razak".

Mungkin, anda akan terus menjawab salamnya dan bertanya: "betulkah anta Najib Tun Razak? Sekali tengok macam mamak dari Mumbai sedang melakukan dakwah gerakan Tabligh".

Atau pun anda terus memeluknya dan berkata:" ya, Sheikh Najib, anta berubah 360 darjah. Sesungguhnya ana tak sabar menunggu bulan Mac anta di tabalkan sebagai PM yang ke enam".

Kalaulah teman pula ditakdirkan terserempak dengan Najib dalam berkeadaan seperti itu, teman terus lutu kepalanya dan teman sergah dia: " Oiii, mangkuk apakah jadah kau menyamar macam nih ? ".

Mungkin Najib akan jawap: "Ana tak menyamarlah. Ana bawa imej baru pemimpin UMNO".

Teman pun mungkin berkata: "Baguihlah .Sekali tenguk nampak warak.Tapi bila tengok dari sudut yang lain, anta nampak macam wakrak".

Najib mungkin termanggu dan bertanya : "Wakrak tu apa ke bendanya?Otak bijak ke?

Maka dengan rasa kasihan, teman mungkin menjawab:" Najib , kenapa engkau bangang sangat. Wakrak tu macam orang yang tak guna seduit pun .Jenis orang jahatlah".

Mungkin waktu itu wajah Najib yang putih kemerahan kelihatan bertambah merah: "Anta jangan cakap macam itu. Sayu hati ana mendengar anta kata ana bangang. Anta pun bangang kerana tak tahu bahawasanya ana serta isteri dan anak pinak sekarang ini nak berimejkan sebiji seperti Tok Guru Nik Aziz. Tak mahu ana jadi macam Dollah Badawi Yankee. Itu sebab ana kena tukar imej. Ana nak jadi PM Malaya yang kelihatan lebih Islamik ".

Secepat kilat teman mungkin mencelah: " Kalau anta nak jadi macam Tok Guru, cuba anta terlebih dahulu sahut cabaran penarikbeca yang mahu anta bersumpah seperti berikut:- "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya, Mohd Najib bin Abdul Razak tidak pernah berzina dengan mana-mana wanita yang tidak sah saya bersetubuh dengannya dan saya tidak pernah mengambil wang secara tidak halal sama ada melalui perbuatan rasuah, penyelewengan dan apa jua cara tercela yang lain".

Najib mungkin menundukkan kepalanya. Dia mungkin lebih selamat diam membatu tanpa seribu bahasa tetapi kemudian merunggut dengan nada yang perlahan: "Ohhhh.. mampuih aku dipanah petir akibat dimakan sumpah".

Teman mungkin sekali lagi menghentak si Najib dengan soalan yang teman olah dari fakta yang telah disebut oleh kawan teman si Penarikbeca dalam blognya yang berbunyi seperti berikut:-

"Kira-kira 26 tahun lalu, iaitu pada 20 April 1983, anta pernah menyatakan:"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan."

Dan pada 20 April 1992, anta menyatakan kepada para wartawan bahawa "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan dikalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu". Adakah anta telah bertaubat nasuha kerana mengeluarkan kenyaataan-kenyataan yang pada zahirnya boleh membatalkan anta punya iman?

Najib menjawab: "Asyik-asyik ana di suruh bertaubat. Susah... ohhh susahlah.Ana cuma nak tukar imej dan budaya supaya rakyat jelata akan mengkagumi seorang Perdana Menteri yang watak dan peribadinya yang kelihatan amat islamik".

Teman yang ada masa ketikanya boleh naik angin satu badan , berkemungkinan besar akan terus merentap serban dan jubah Najib. Dan sekali lagi teman luku kepala Najib sepuluh kali. Dan teman akan berkata: " Sesungguhnya, pemimpin-pemimpin UMNO ,umumnya , sampai bila-bila pun tak akan sanggup melakukan perubahan berdasarkan keikhlasan. Imej dan budaya UMNO tetap dari dulu sehingga sekarang sudah sebati dengan imej dan budaya Abdullah bin Ubai bin Sahlul".

15 ulasan:

teluk ensen berkata...

Mike betui kelakor ...ade ke mike melutu kepala sang najib. Mana maunye ... tulah kaghang. Kalau tak nak tulah mike kena luku kepalenye 5 enam puluh kali,takcukup 10 kali je ...

ISA berkata...

Betui tu Pak Sheikh, kalau luar saja berubah dan dalamannya macam tu jugak, lebih elok jadi pokka...

Lepaih tu bukan setakat lutu kepala saja, kita ketok sampai mampuih.... baru depa ada akai kot...

abdrahim kassim berkata...

Meka jangan lupa, sifat makhluk itu baharu.

Dulu lain, sekarang lain.
Dulu bujang, sekarang dah kahwin...

Gelombang Rakyat berkata...

Adoi!

Adeh!

Aduh!

Adoy!

Adeday!

Adushy!

Aadoiy!

Adih!

Adoiyayee!

Ad...(Tak sempat, sebab gone!)

azlishukri berkata...

jenuh saya memikirkannya..

Tanpa Nama berkata...

Teman rasa la....

boleh runtuh jambatan bailey di Bota dek kerana aura Najib berserban.... hahaha

sheikh teluk intan berkata...

Salam telukensen,

Terima kasih sudi ziarah kat sini.

Teman nak lutu 10 kali saja. Tak boleh lebih. Kalau lebih sekalipun, Najib boleh pengsan, inikan pulak berpuluh kali. Teman kesian dia. Dia baik orangnya. Tak percaya tanya bininya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Kalau kita ketuk depa sampai mampuih, macammana pulak otak depa ada akai. Ketuk biorlah seadanya sambil berdoa supaya segala kemunafikan mereka akan dihilangkan hendaknya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Rahim,

Memang kita makluk baru. Banyak buat kesalahan. Tok Najib teman lutu kepalanya setakat dalam imaginasi saja. Dia pun orang baik dalam menjaga Rosmah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Zubli,

Mike ni suka buat teman ketawa.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Muhammad Azli Syukri,

Terima Kasih kerana sudi jenguk kat sini.

Eloklah saudara jenuh berfikir.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cencurut,

Bukan setakat jampatan itu boleh runtuh, bahkan seluruh Hutan Amazon boleh terbakar bila terkena aura Najib.

Gelombang Rakyat berkata...

Teman rasa begitu juga. Orang baik baguih tang kepalanya.

Macam kite berdue ler. Kite tetap kota ape kite kate.

Kalor 10 kali dilutu, benjoi plak, ada yang jadi macam pos terkini ISA - Ikut Suka Aku - 200 orgasma nya, dan melebihi gas biasa ma..!

Yeop, kita kan dalam bidang training. Itu ler nak peringatkan sesama kengkawan. Teman pernah bagi taklimat dan taklipat kepada peserta kursus OHSA.

Bila sebut kepala, kita perlu jelaskan dengan terang.

Sebab bila teman cakap pase helmet, peserta tanya ini untuk kepala ateh ato kepala bawah.

Woit, bawahpun ada? Maklum Lah Teman bukan Hadhori, jadi tak faham sangat basa level ini kotegori.

Ini nak tanya, maksud mike lutu kepala 10 kali itu, yang ateh ke bawah?

Sebab yang Teman tahu telor manusia belah bawah.

Kalau telor yang dia ini ateh, sayup pulak suara yang tadi itu, maka lebih baik ler Teman jumpa Erdogan, sekarang jugak, biar dia bahasa Turkikan pemimpin Malaysia plak.

Dak gitu Yeop..?

Tanpa Nama berkata...

ader time telor manusia kat tengkuk la... tue masa persembahan tarian Singa... hehehe..

Tanpa Nama berkata...

apa kena sheikh ?

kalau berterusan pemikiran yg kusut masai macam sheikh ni ... alamat mati dalam munafiq lah jadinya.

jangan megah dgn keturunan raja sumatera tu.

jangan malukan Amir Hamzah.