Hari ini teman terbaca wawancara Minguan Malaysia dengan Tok Syed Hamid Albar. Teman tak tahu, apa lebel yang pernah diberi oleh PM Malaya yang telah pencen terhadap Tok Syed. Adakah Tok Syed turut dikelompokkan sebagai pelawak seperti si Ali Rustam dan Mad Taib. Atau Tun Mahathir berkata:"aku lebih layak dinobatkan sebagai raja lawak berbanding Tok Syed".
Apapun, selepas membaca wawancara beliau, teman sendiri kalau disuruh memberi label kepada Tok Syed, teman pun boleh konpius. Tengok wajahnya dari satu sudut, teman teringat penjual batu cincin kat Wisma Yakin.
Bila tengok wajahnya dari sudut yang lain, teman teringat seorang Professor semasa di UM dulu yang bercakap begitu fasih tapi bila penyakitnya datang dia berlari secara 'slow motion' di tengahari buta yang panas terik dari Bangunan Librari ke Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Cis, tak patut sungguh teman membayangkan Tok Syed dengan imej-imej yang tak layak baginya. Untuk berbaik sangka, teman labelkan Tok Syed sebagai Menteri Dalam Negeri yang tahap kebangangannya baru diperingkat 98%. Maknanya dia masih dikira cerdik dibandingkan makhluk yang kebangangannya di tahap 100%.
Oleh kerana kecerdikannya masih ada, teman teruja juga dengan pendapat bernasnya semasa bercakap tentang I.S.A. Pada pendapatnya, keamanan negara ini diantaranya adalah hasil dari pengekalan akta yang dianggap zalim dan kejam oleh sesetengah pihak. Dan beliau mengesahkan penahanan seseorang di bawah akta ini adalah bukan dibuat secara sukahati. Dia cuba memberitahu sesaorang itu hanya akan ditahan di bawah ISA sekiranya didapati individu atau kumpulan tertentu boleh menggoncang keselamatan negara.
Dan minda teman cukup tercabar bila dia menyatakan pihak polis telah membuat kajian bahawa rakyat negara ini bersetuju dengan akta yang dicop oleh ramai makhluk yang bernyawa sebagai akta paling sial yang pernah diujudkan oleh sesebuah kerajaan yang tunggu masa untuk tumbang.
Puhhh, cukup hebat Polis di bawah kepimpinan anak Ulamak Tajwid yang sanggup mendengar suara hati rakyat. Akan tetapi anak Ulamak tajwid sesungguhnya terlupa memerintahkan orangnya supaya bertanya pada anak bongsu teman yang sejak pandai membaca dan mula pandai berfikir, tak pernah setuju dengan akta gila babi ini. Mungkin anak Ulamak Tajwid tak pernah ditanya oleh anaknya sendiri tentang akta ini sehingga merasakan, anak teman setaraf anak-anaknya.
Tapi, bagaimana nasib teman yang anaknya selalu bertanya dan memerlukan jawapan? Separuh bingung teman dibuatnya apabila anak bongsu kesayangan teman yang baru lulus UPSR selalu bersoal jawab dengan teman seperti berikut:-
Anak: ISA ini orang kata bercanggah dengan kitab.Betulkah Walid?
Teman. Anakku, ISA ini sesuai dengan kitab. Tapi bukan kitab Al Qur'an. Kitab itu ialah kitab agama Abi Jahal, agama jakuniyyah, agama syaitaniyyah dan agama umnoiyyah.
Anak : Kalau begitu mengapa ISA ini dipertahankan?
Teman: Anakku, sungguh sukar walid menjawab soalanmu. Walaubagaimanapun , supaya anakku tak bertanya lagi, eloklah walid beritahu sekali saja iaitu: Pemimpin munafik sahaja yang amat bergantung pada akta ini untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak berani bangun memperjuangkan keadilan, menggugat kebobrokan pemerintah yang pondan dan munafik.
Anak: Pernah tak di zaman Fir'aun, akta seperti ini ada?
Teman: Anakku, Nabi Musa a.s menentang Fir'aun yang mengaku dirinya tuhan. Tapi sejahat-jahat Fir'aun,dia sanggup berdebat dengan Nabi Musa a.s. Walaupun Fir'aun tahu ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Musa a.s boleh menggugat kestabilan politik pemerintahannya, tak pernah kita dengar, Nabi Musa a.s disumbatkan ke dalam penjara tanpa bicara seperti I.S.A".
Anak: Kalau begitu kerajaan hari ini lebih teruk dari dari kerajaan Fir'aun.Bukan begitu walid?
Teman: Tak boleh cakap macam itu anakku. Nanti engkau akan di'ISAkan'.
Anak: Mengapa walid takut dengan kerajaan yang dipimpin oleh orang pondan dan munafik. Kita perlu berani menentang akta zalim ini, walid!!!!
Teman : Anakku, engkau mempunyai seorang bapa yang penakut. Hanya yang mampu walid lakukan ialah berdoa agar golongan munafik yang mempertahankan I.S.A akan dihancurkan oleh Allah.
Anak: Walid, takbir!!!!
Teman : Allauhuakhbar.
Oh, penat sungguh teman kalau terpaksa melayan soalan anak bongsu teman. Walaubagaimanapun, teman berbangga mempunyai anak seperti itu.
Katakanlah Tok Syed mempunyai seorang anak seperti anak teman, tentu dia akan mencampak anaknya ke Kem Kamunting kerana baginya kem tahanan itu adalah seperti sebuah hotel bertaraf 6 bintang.
6 ulasan:
Allahuakbar!
Lama menyepi Sheikh?
Salam Sheikh,
Ingatkan Sheikh majuk membawa diri kemana2, sebab tu dah lama tak muncul dgn entry baru.. Tp Sheikh ni, sekali dia timbul, perrrgghhh.. cukup asam garam gulanya ... Harap lepas ni Sheikh tak akan menghilang lama mcm sebelum ni.. Rindu sesgt nak baca tulisan Sheikh..
Salam Akhi Mudim,
Memang teman agak lama menyepikan diri. Faktor utamanya, teman terkena penyakit malas menulis. Walaubagaimanapun , banyak masa teman habiskan dengan membaca buku-buku yang selepas dibeli tersadai dekat rak buku.
Faktor lain ialah kesihatan. Maklum saja, umur semakin lanjut. Penyakit baru muncul satu persatu.
Akhirkata, teman mengucapkan terima kasih kerana akhi sanggup meluangkan masa yanng berharga berkunjung ke blog teman yang serba dhaif dan laeh ini.
Salam Cik Ja,
Teman bukannya majuk. Teman boleh saja majuk membawa diri ke mana-mana kalau Cik Ja masak Bihun Hailan tetapi tak mahu jemput teman makan bersama.
Sebenarnya Cik Ja, teman tak mahu mengikat janji untuk tidak lagi menghilangkan diri. Kalau teman rajin, muncullah teman dengan entry baru. Kalau malas,teman akan cuba mengunjungi blog Cik Ja yang semakin meriah. Tapi, jangan lupa bihum hailam yang satu Malaya mengatakan, Cik Ja pandai memasak makanan kegemaran teman.
salam ya akhi,
wow! sengatan kedua yg berbisa.
hantam lagi pak sheikh..
aiseh.. nampaknya penyakit ana dah berjangkit dengan pak syeikh... tapi baguslah pak syeikh dah menulis kembali.. camana album...? nak kena order dengan dr. hasyim dulu ke?
Catat Ulasan