Sabtu, 15 November 2008

Teman, Mungkin Nak tulis Tentang Najib.Com.

Udah lama teman tak tulis kat blog yang serba dhaif ini. Terus terang teman mengaku, bukannya teman tak mahu menulis. Banyak perkara boleh ditulis. Kalau jemu nak tulis tentang politik, teman boleh tulis tentang resepi masakan emak teman yang sampai sekarang teman tak pernah lupa. Atau teman boleh tulis tentang kerajinan isteri teman yang sanggup pergi waktu tengah malam ke pejabatnya,semata-mata untuk tengok lampu samada menyala atau telah dipadamkan. Atau teman boleh tulis tentang hal kesakitan teman yang membuat teman selalu berasa, kematian semakin dekat.

Betul, banyak benda yang boleh di tulis. Tapi bila penyakit malas datang, apa yang hendak di tulis akhirnya tak jadi ditulis. Contohnya semalam teman nak tulis tentang tentang apakah layak Najib.com menjadi Perdana Menteri Malaya. Teman berkira-kira nak tulis tentang Najib.com seperti dibawah ini:-

"Beribu-ribu orang bercakap dan membuat ulasan bahawa Najib.com tak layak jadi PM kerana dilihat tak bersih. Betulkah Najib.com tak bersih? Setahu teman Najib.com sentiasa bersih kerana beliau mandi dengan air yang suci lagi menyucikan. Tak pernah pulak teman dengar, dia mandi mengunakan air mutanajis seperti air kumbahan babi.Tak pernah pulak teman mendengar dia mandi mengunakan darah manusia. Sesungguhnya pada pendapat teman ,Najib.com bersih kerana dia mandi mengunakan air yang suci lagi menyucikan.

Teman tahu ada orang bibirnya terus muncung ke depan kerana mencemuh teman yang dianggap tak reti bahasa. Muncungkanlah bibir itu sampai satu kilometer!!. Teman peduli apa. Ini blog teman, teman punya fasallah nak tulis apa saja, termasuk memberi tafsiran bahawa sesungguhnya Najib.com adalah bersih.

Kalau tanya Rosmah, isteri comel si Najib , dia pun akan bersetuju dengan tafsiran teman. Rosmah bukan setakat bersetuju malah menambah ,bahawa suaminya bukan saja bersih tapi berbau wangi termasuk yang keluar dari punggung suaminya.

Dari sudut kebersihan tubuh, teman yakin seratus peratus Najib.com bersih. Kalau Altantuya masih hidup dan pernah terserempak secara sengaja atau tidak sengaja dengan Najib.com dimana-mana saja di alam maya ini, tentu beliau setuju Najib.com tersangatlah bersih dan wangi bagaikan bau kasturi.

Bukan setakat tubuhnya bersih, bahkan akhlaknya pun bersih. Kalau Bang dollah dari jalur keturunan ulamak, Najib.com pun apa kurangnya. Pernah seorang kawan beritahu teman bahawa Datuk sebelah ibu kepada Najib.com adalah seorang yang ilmu agamanya agak tinggi. Dan datuknya pernah jadi Imam di Genting Highland. Tentu, darah 'imam' yang baik dan mulia mengalir dalam batang tubuh Najib. Tak percaya, pergi tanya artis wanita yang entah siapa nama dia,yang boleh mengesahkan kecantikan keperibadian Najib.com. Jangan tanya Altantuya sebab dia telahpun mati. Tambahan pula Najib tak kenal Altantuya walaupun Altantuya dikatakan mengenali bakal PM Malaya yang ke 6.

Teman juga tahu banyak pihak yang mendakwa Najib.com terlibat dengan skandal pembelian itu dan ini semasa menjaga Kementerian Pertahanan. Masalahnya teman tak pasti betul atau tidak penglibatan Najib.com. Mungkin ianya merupakan fitnah team bang Dollah untuk memburuk-burukkan Najib.com. Kalau ianya bukan fitnah, sebaiknya Bang Dollah dan teamnya mereportkan kes-kes tersebut pada BPR. Selagi tak ada dakwaan, teman menganggap Najib.com adalah bersih dari sudut perskandalan seperti bayi yang baru dilahirkan.

Mungkin, kalau Najib.com tahu pendirian teman yang cukup adil terhadapnya, pasti beliau akan melantik teman sebagai Penasihat Strategi mengantikan Razak Baginda yang mungkin tak mahu bekerja untuk sesiapa lagi. Razak Baginda sekarang mungkin berpendapat adalah lebih afdol baginya berpuasa sunat setiap hari seperti satu waktu dulu"

Demikianlah lebih kurang yang ingin teman tulis sekiranya teman rajin menulis. Tapi nak buat macam mana ,teman masih malas nak tulis apa apa.

Tengoklah nanti, kalau semangat rajin muncul semula , teman akan tulis apa saja yang melintas di kotak minda teman. Tak kiralah samada orang baca atau tidak. Yang penting anak bongsu teman yang baru lulus UPSR, WAJIB membacanya!!!

1 ulasan:

radens albanjari berkata...

salam sheikh,
aduhhhhh...rindu banget tulisan sheikh,baru ini dapat baca posting terbaru. Wow! penangan pena sifu masih 'berbisa' dan bisanya bisa melemahkan saraf Najib.com

Selamat kembali menulis sifu'ku.

Maaf teman dah cilok awai-awai lagi entri mike..halal!