Subuh semalam, teman bangun dari tidur dengan semanggat.Teman bayangkan, Bang dollah dah keluar darikediaman rasminya. Tok Najib, diusung dengan kerusi roda, kerana lututnya lemah untuk melangkah keluar dari kediaman rasminya.
Pantas teman mengerjakan solat subuh. Akibatnya , terlalu khusyuknya teman bersolat, sehingga teman sempat bayangkan,Cet Det sedang menghentuk kepalanya beratus kali kat dinding.Sangat sesal si tua hensem itu, dengan pembentukan kerajaan baru yang diperdanamenterikan oleh Sheikh Al Kabir, Anwar Ibrahim.
Cis, tak khusyuk teman mendirikan solat subuh.
Selepas , solat dan berzikir dan berselawat serta berdoa, teman talipon kawan-kawan. Teman bertanya tentang sudahkah terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat dan leburnya kerajaan BN yang memang patut sudah masuk ke dalam laut China Selatan.
Kawan-kawan beritahu, Bro Anwar masih belum berjaya bentuk kerajaan.
Mendengar berita dari kawan kawan , teman bingung. Tak tahu samaada nak menangis atau melompat gembira.
Dan hari ini sudah 17 Sept. Kerajaan baru masih tak terbentuk lagi.Untuk hilangkan rasa bingung, teman cari gambar Bro Anwar yang berlambak di dalam internet .
Dalam diam, teman berbisik pada potretnya yang tersenyum manis:" Lu, sabarlah Anwar. Lu Merancang, tuhan adalah perancang yang terbaik".
Sambil membabaikan anak-anak teman yang telah bersedia berangkat ke sekolah , teman pun menjerit bodoh sebodohnya: " Hidup Anwar".
Tapi dalam hati teman berbisik:"Lu pandai pandailah jawab, 16 Sept lepas mengapa kerajaan baru tak terbentuk lagi. Gua tahu , lu ada seribu satu jawapan".
Dan biarkanlah teman masih terus dalam kebinggungan. Ataupun, teman cuba sedapkan hati, mungkin yang dimaksudkan oleh Bro Anwar ialah 16 September 2009.
1 ulasan:
kesian awak sampai bingung dengan perancangan anwar yang tidak menjadi..
nampak sangat awak ni taksub pada anwar kerana dalam solat subuh pun boleh terfikir rancangan bodoh anwar tue...
apa-apa pun semoga awak pjg umur dan tak pendek umur akibat kebingungan..amin...
Catat Ulasan