Lama jugak teman tak kemaskinikan blog teman ini.Hari ini teman nak cuba buat entri baru. Teman mencuba nih!. Harap harap , percubaan teman tak lingkup ditengah jalan!
Di kesempatan ini saja teman nak beritahu, teman jenis yang selalu ketinggalan keretapi.Selepas sehari Bakaq Haq aka Penarikbeca ditahan polis, seorang kawan telah menalipon memberitahu teman tentang penangkapan sahabat kita itu.
Terkejut juga teman mendengar khabar buruk yang menimpa si Bakaq. Kawan yang menalipon hanya memberitahu pada teman ,Bakaq ditangkap tapi bila teman tanya apa kes, dia sendiri mengaku tak tahu punca sebenarnya.
Dalam keadaan itu , tak banyak yang dapat teman lakukan . Hanya sempat teman berdoa agar Bakaq dibebaskan segera. Teman tahu walaupun bakaq bukan jenis manusia yang banyak harta tapi dia hampir mustahil merompak bank untuk belanja hidup. Dia juga bukan jenis manusia yang punya potensi untuk ditahan kerana rasuah kerana dia tak pernah pegang jawatan penting dalam syarikat korporat atau kerajaan.
Selepas beliau dibebaskan dari tahanan polis, barulah teman tahu punca beliau ditahan. Teman mengeluh dan bertanya pada diri sendiri, adakah Bakaq sudah lupa di antara makluk yang suci di dunia ini, ialah Polis, khususnya Polis Malaya.
Sebagai Pasukan Polis Malaya yang suci lagi menyucikan terutama ketuanya yang lahir dari benih Ulamak Tajwid dan Taranum, sepatutnya Bakaq jangan sentuh walaupun seinci kesucian Polis Malaya. Tanpa polis yang serba suci lagi menyucikan, rakyat Malaya akan hidup dalam ketakutan kerana para samseng dan penyamun bebas melakukan apa saja yang merasuk dalam minda mereka. Tapi lihatlah Bakaq Ooii, Malaya cukup aman. Rakyat Malaya merasa cukup selamat di waktu tidur dan jaga berkat kesucian Polis Malaya.
"Bakaq ooii , di Malaya mana ada kes rompakan, rogol, penculikan, samun menyamun ,pengedaran dadah dan yang seumpama dengannya. Semua penyamun , perogol, peliwat, dan penjahat telah lama bersara dari professi masing-masing kerana takutkan 'bala' dan 'daulat' dari makluk suci dan menyucikan. Itulah sebab, Malaya boleh berbangga kerana kadar jenayahnya adalah sifar. Masihkah Bakaq tak faham-faham lagi?".
Mungkin semasa Bakaq ditahan untuk di siasat, setiap pegawai Polis telah memberi kerjasama yang secukupnya. Teman bayangkan, pegawai polis yang suci dan menyucikan telah menempatkan Bakaq dibilik tahanan yang seumpama bilik hotel 5 bintang. Dalam imaginasi teman, Bakaq telah dilayan dengan penuh sopan oleh pegawai polis yang suci dan menyucikan.
"Maaf Bakaq, teman macam terasa hang telah mengeluarkan setempayan airmata kerana tak sanggup meninggalkan bilik tahanan yang indah serta selesa dan pegawai-pegawai Polis yang telah memberi layanan penuh sopan santun kerana sifat mereka yang suci dan menyucikan.Tapi Bakaq, nak buat macam mana, hang terpaksa keluar jugak. Ini juga merupakan bukti bahawa pegawai-pegawai polis yang suci dan menyucikan adalah begitu baik hati.Makluk-makluk suci lagi menyucikan maha mengetahui bahawa anak-anak dan isteri tercinta hang , mahukan hang pulang ke pangkuan mereka".
"Oleh itu bersujud syukurlah bakaq, kerana hang telah dikeluarkan dari tahanan selepas dua malam menginap di bilik tahanan yang selesa dan indah dan di kelilingi oleh makluk yang suci lagi menyucikan".
Sebagai penamat bicara, teman pula nak tabik pada makluk-makluk yang suci lagi mensucikan kerana mulai hari ini teman semakin seriau dengan 'karomah' pasukan mereka. Mungkin teman nak cipta wirid baru untuk amalan harian yang lebih kurang begini bunyinya: " Ya, makluk suci lagi menyucikan,mohon ampun atas segala kesilapan".
(Nota: teman teringat sebaris lagu yang teman lupa penyanyinya yang lebih kurang begini bunyinya : "ala-ala Datuk, jangan saman")
6 ulasan:
salam ya akhi..hehehe..posting yang hebat. sehebat bilik pak bakaq yg berstatus 5 bintang. Huhz! tanpa buang masa ana cilok posting ini.,krn ana tahu jika ana ditangkap kerana mencilok posting anta,sudah tentu ana juga akan dilayan seperti pak bakaq.Tentu sekali ana akan menangis penuh tempayan utk meninggalkan bilik khas dan layanan agung dari makhluk suci itu. Selamat kembali berblog pak sheikh.!
Mungkin teman nak cipta wirid baru untuk amalan harian yang lebih kurang begini bunyinya: " Ya, makluk suci lagi menyucikan,mohon ampun atas segala kesilapan".
Nie sudah kira ajaran sesat nii...
Salam Pak Sheikh,
Setiap kali teman lalu rumah ni asyik tertutup je, penuh dengan semak samun dan di kawal ketat oleh Pak Polisia, tu yang dah lama tak menjengok. Nasib baik ari ini tergerak nak menjengok, Pak Polisia pun dah takda, mungkin dah balik untuk kemas bili tahanan bertaraf 5 bintang tu.
Apa khabar, Pak Sheikh ada ok ka..., kesian juga dengan nasib Pak Bakaq tu, dan kemungkinan akan didakwa sebab mencemarkan logo polisia. Walau apa pun agi saya ia hanya manifestasi kecewa seorang rakyat kepada institusi yang kononnya cepat, mesra dan betul tu.
Bagi saya pula yang sememangnya kecewa dan geram dengan sikap polisia (walau pun bukan semua yang sebegitu), berasa terhina jika logo yang membawa mesej yang baik di kotorkan oleh tangan2 polisia yang mementingkan diri dan sang penguasa.
Terutama sekali perkataan ALLAH dan MUHAMMAD di kiri kanan logo tersebut tercemar dengan sikap mereka2 ini. Untuk apa kita hormat pada mereka jika mereka sendiri tidak hormat pada logo yang mereka junjung.
Itulah yang selalu saya katakan pada kawan2, perjalanan politik dan undang2 Negara Malaysia ni saling tak tumpah macam dalam filem Tamil. Dimana Pak Polisia dan Sang Penguasa adalah kepala samseng yang sebenar.
p/s: Teman masih sangsi dengan kehilangan syabu dari dalam balai polisia yang waktu itu ada 60 anggota bertugas. Teman nak tergelak la pulak dan lucu dengan cepat, mesra dan betul ni... sampai tahap nak terkucil akibat gelihati dengan kecekapan mereka.
Budak yang hilang sejak January tu dah jumpa ke elum yea.... pelik kan???
Wassalam
AimanCRS
Salam pak Syeikh. Merujuk kepada berita Utusan Meloya hari ini, seorang lans koperal saksi kes dadah di Johor Bharu ditemui mati dengan ditembak di kepalanya.
Hati ana berat mengatakan ianya berkait rapat dengan kes dadah yang hilang itu. Dan tidak mustahil jika perkara itu dilakukan oleh rakan setugas mereka.
Hakikatnya, ana tak dapat bayangkan jika apa yg terjadi dekat Malaya hari ini menyerupai cerita-cerita kongsi gelap Hong Kong, malah lebih dasyhat lagi. Jika diperhatikan PM dan ketua polis negara dari benih-benih yg suci dan terpilih. Namun, ianya tak terjemah pada hari ini. Mungkin ana yang tak pandai pilih permata atau kaca.
Pak Sheikh, dulu ada gambaq ensem berambut panjang kat blog. Dah buang dah ka? Hai, takkan tak nak dok bilik 5 bintang yg suci cam pak sheikh tulih tu!!! Takkan takut kot? Try la sekali...hehe.
Anyway, keep up the good job.
"Polis Malaya" atau Polis Di Raja Malaysia?
Catat Ulasan