Anwar dalam ucapannya sempena sambutan 'black 14' , dua hari lepas telah memberi mesej penting. Yang teman suka ialah tentang keyakinannya bahawa PM malaya hari ini, akan menjadi Ketua Pembangkang pada bila-bila masa.
Berdesup darah teman dibuatnya. Dan dalam hati ini, tertanya-tanya, Anwar ini merapu ,meraban atau bercakap dalam tidur?. Mungkin tidak kut. Anwar pemimpin 'world class'.
Pemimpin 'Word Class' , tak akan merapu dan meraban macam teman. Bila dia bercakap, tentu dia tahu apa yang dia cakap. Dan dia takkan bercakap semata-mata mahu bercakap. Dia kena jaga statusnya sebagai pemimpin bertaraf dunia.
Sekiranya apa yang Anwar cakap bahawa Bang Dollah akan jadi Ketua pembangkang tak lama lagi akan jadi sebuah kenyataan, teman cuba membayangkan secubit senario di Parlimen seperti berikut:-
Bang dollah: Sebagai Ketua Pembangkang, saya terpaksa bangkang. Saya bangkang..............
(kesemua ahli Parlimen menunggu sambungan ucapan Bang dollah yang tergendala seketika)
Yang dipertua: Kepala Batas, apa yang hendak dibangkang?......teruskan. Semua yang hadir tak sabar hendak mendengar. Jangan berhenti lama sangat.Masa itu emas.Emas itu duit.
Bang dollah: Bukan sengaja saya berhenti. Tapi tiba-tiba saya teringat pesan kawan-kawan, "Paklah sebelum cakap , fikir dulu".........nilah saya sedang berfikir.
Yang Dipertua: Tadi apa pasal tak berfikir dulu sebelum hendak bangkang............
Bang dollah: Sebab tadi tak terfikir nak bangkang. Saya hampir-hampir bersetuju, kerana saya ingat Parlimen dikuasai oleh BN. Mujur saya ingat, saya dah jadi Keua Pembangkang.
Yang DiPertua: Silakan teruskan ucapan
Bang dollah: Saya tak bersetuju dengan Dasar Kerajaan sekarang yang terlalu memanjakan rakyat. Beri Pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke peringkat Universiti.
Mahfuz tiba-tiba bangun sambil tersenyum
Mahfuz: Yang dipertua: Saya minta laluan.
Yang Dipertua: Kepalas batas, Pokok Sena minta laluan
Tiada jawapan dari Bang Dollah
Dewan mula riuh rendah. Terpaksa Yang Dipertua menenangkan keadaan.
Yang Dipertua: Kepala Batas mengapa diam dan pejam mata. Ni, Pokok Sena minta laluan
Masih tiada jawapan.
Yang Di Pertua: Yang berhormat Kepala Batas mengapa diam. Oooiii Tidurkah!( Yang dipertua menjerkah)
Terkejut bang dollah dan terus bangun.
Bang Dollah : Kita mesti memastikan kerajaan ini mantap, mendapat sokongan rakyat. Kita akan pastikan rakyat mendapat yang terbaik. Inilah janji Kerajaan Barisan Nasional
Dewan jadi hinggar binggar.
Yang di Pertua: Apa yang Kepala Batas cakap ni?.
Lim Kit Siang : Dia tidur yang DiPertua. Dia tersedar terus cakap hal yang banyak merungsingkan kepala otak saya.
Bang dollah: Siapa kata saya tidur? Saya tadi berfikir.
Yang Dipertua: Kalau berfikirpun, tadi Pokok Sena minta laluan. Kepala batas setujukah beri?
Bang Dollah: Oh, macam itu ke? Saya tak beri pada pokok Sena. Saya menyampah dengannya .Saya mahu terus beri ucapan. Kita akan melancarkan koridor di Putrajaya.
Haji Abdul Hadi: Yang dipertua, dalam Islam, salah satu syarat untuk menjadi pemimpin ialah akal mesti berada dalam keadaan stabil.
Bang Dollah: Yang DiPertua, mengapa Marang bercakap, siapa beri dia jalan. Dia ingat saya tak waras kah? Betul-betul mencabar saya. Saya Perdana Menteri.Hormat sikit.
Tidak diduga Yang dipertua terus berdiri di atas meja dan terus bertempik dengan kuatnya.
Yang Dipertua: Hei Kepala Kepala Batas , aku dah tak tahan dah ni. Kemuliaan Dewan ini telah tercemar ,kerana Kepala Batas berperangai anih.
Bang dollah : Yang berdiri atas meja tak pelik wahai Yang dipertua?
Wan Azizah: Yang Dipertua , Kepala Batas perlu dihantar jumpa Psikiateri. Serius penyakitnya.
Yang Dipertua dengan penuh kemaluan turun dari meja dan terus duduk di kerusinya. Dan dengan suara yang kuat dia berucap ringkas.
Yang Dipertua: Dewan di tangguh sehingga besok! Minta Rembau bawa Kepala Batas berubat!
3 ulasan:
Salam Pak Sheikh,
Minta izin keluar dari blog dulu, esok sambung baca lagi, tak bleh tahan ketawa sorang2, kebetulan pulak baca di tempat awam ni, nanti orang kata saya gila pasal ketawa sorang2.
Baru baca sampai "Lim Kit Siang : Dia tidur yang DiPertua. Dia tersedar terus cakap hal yang banyak merungsingkan kepala otak saya.
Sori Bro, tak dapat teruskan bacaan ini. Cadangan skrip ni jualkan pada group Raja Lawak Astro.
Wassalam : AimanCRS
ish..butnya satu hari syeikh masuk parlimen, tak keluar kepala kepala batas...
aduss... tak tahan gelak tok syeikh.. boleh tahan imaginasi tok syeikh nih... nanti balik teluk intan boleh ajak tok syeikh minum kot.. long life tok syeikh.
Catat Ulasan