Khamis, 6 Mac 2008

Sajak Buat Dollah Al Hadhari

Teman bukannya seorang romantis. Bukan juga seorang insan yang kasar. Kata isteri teman, suaminya ini seorang yang penyayang dan suka bergurau senda. Dalam sakit, teman boleh tersenyum lagi, terutama bila terpandang barisan pelawak Malaya yang diketuai oleh Dollah Al Hadhari.

Dan jangan beritahu orang, dulu teman suka tengok filem hindustan. Setiap kali menonton filem hindustan di kaca TV, sering airmata teman tumpah. Sedih konon menengok hero dan heroin hindustan yang akhirnya dapat berkahwin selepas melalui beberapa halangan.

Bila hari ini, teman baca sajak kawan teman yang beliau tulis dalam blognya, teman rasa suka pulak. Ada sajak yang boleh membuat airmata teman mengalir seperti semasa menonton filem hindustan . Ada sajak yang boleh membuat teman bengang dan marah. Tapi sajak yang ditulis oleh kawan teman ini, tak berjaya membuat airmata teman tumpah ataupun marah. Teman rasa suka. Bukan kerana apa, teman tak sangka dia yang suka main bola dan amat manja dengan isterinya , pandai rupanya menulis sajak yang berunsur politik.

Sekadar menghilangkan rasa letih dan lelah membantu kempen calun Pas atau pembangkang yang lain sepanjang musim pilihanraya umum ini , maka teman 'copy' dan 'paste' sajak kawan teman yang seorang ini,ke dalam blog teman. Biar kawan teman itu terasa dihargai bakatnya yang terpendam.

Moga-moga lepas ini dia akan lebih rajin bersajak dan mengurangkan kegilaannya ,bermain bola sepak . Mana tahu silap hari bulan beliau boleh muncul sehebat sastawan negara seperti Allahyarham Usman Awang.( Ini Motivasi!)

Dipersilakan baca dengan aman walaupun negara Malaya indeks jenayahnya semakin meningkat:-

TAKBIR IKHLAS SEBUAH PERJUANGAN

Berwatak bersih yang penuh retorik
Bertopengkan had dan hari yang polemik
Bernada keras yang dalamnya lembik
Sampai bila kau kan terus beraksi jijik
Memalitkan banjinganmu dengan taik
Sedang mereka terus leka dan asyik
Dalam kehancuran wayang yang realistik

Kuda hitam mu
Menang berlawan di pentas kuasa
Menabur onar melepas rasa
Mengikis rakus khazanah negara
Menindas hak mereka yang ada
Dan dialah ketam yang merencana
Mempamer aksi yang penuh dusta
Membina hirarki yang bakal membinasa
Membolot lahap isi negara
Melacur demokrasi yang kian senja
Sedang kau sering terlena
Dalam lena yang sering ditertawa
Lena yang sinis penuh lagha

Anjing anjing mu
Mengangguk angguk kala setuju
Menggeleng geleng di dalam mahu
Menyalak garang demi mengampu
Menegakkan setiap lafaz yang palsu
Demi kuasa wang dan nafsu
Biar jelata terus sendu
Biar si miskin terus membisu
Biarkan semua sengsara dan lesu
Sedang anjing anjing mu itu
Bongkak menjilat susu dan samsu
Lahap meratah bangkai berbau

Dan kita
Yang cintakan agama bangsa dan negara
Jangan gadaikan maruah tercinta
Jitukan prinsip dan saf yang ada
Gerbang kemenangan pastikan tiba
Biar sedikit tapi berharga
Asal terkurang salakan dusta
Dari banjingan yang lahap dan dahaga
Laungkan kalimah kebenaran kita
Ayuh bertakbir bersama-sama
Yakinlah Allah bersama kita

TAKBIR

2 ulasan:

kak ja berkata...

Assalamu'alaikum...LOVE the sajak... konkrit, tepat, jitu lagi padu, membangkitkan semangat dan kesedaran secara halus...bg mereka yg mahu brfikirlah.. tahniah utk penulisnya.. (dan juga tukang copy and paste..)

sheikh teluk intan berkata...

Salam, puan ja-anuar.
Penulis sajak itu berasal dari Alur Setar,Kedah. Beliau masih muda berbanding dengan saya yang sudah tua.

Moga komen puan dapat jadi bahan bakar semanggatnya.

Salam.