Sabtu, 22 Mac 2008

Noh Omar Kena Rawat Adiknya Terlebih Dahulu!

Teman terbaca diKLpos cerita tentang rawat merawat. Kawan-kawan bacalah walaupun ada yang elergik dengan nama Noh Omar, seorang menteri kepada kerajaan BN yang hampir lingkup dan terkenal kerana kemangkukan ayunnya .

"Rawat Umno Kelantan dulu baru tanding Presiden" Noh Omar
Oleh Bernama
Sabtu, 22 Mac 2008

KL: Tengku Razaleigh Hamzah hari ini dinasihatkan supaya memulihkan keadaan Umno di Kelantan terlebih dahulu sebelum bercita-cita merebut jawatan presiden parti.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Noh Omar berkata adalah lebih wajar jika anggota Parlimen Gua Musang itu menumpukan membantu memperkasakan semula Umno di negeri tersebut.

"Saya tak nampak mengapa Tengku Razaleigh nak tawarkan diri sebagai presiden parti sebab kalau betul beliau hebat, Kelantan sepatutnya kena bantu dulu.
"Ini di Kelantan banyak bantuan kita (kerajaan Barisan Nasional) beri tapi Umno di Kelantan kalah lebih teruk lagi (pada pilihan raya umum 8 Mac lepas ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun jubli emas Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini hari Sabtu.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar Tengku Razaleigh tidak menangguk di air keruh berikutan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan tahun ini.

Katanya sekiranya benar bekas Menteri Kewangan itu berhasrat ingin memulihkan Umno, beliau seharusnya melaksanakan matlamat itu dengan memberi tumpuan penuh kepada Kelantan.

"Adalah lebih baik kita mainkan peranan masing-masing. Macam saya dari Umno Selangor, saya ingin mantapkan Umno Selangor, perpaduan di negeri Selangor kerana kekuatan bukan datang dari kepimpinan semata-mata, tapi lahir dari perpaduan.

"Bila kita bersatu, baru ada perpaduan. Bila kita ada perpaduan, baru kita ada kekuatan. Bila ada kekuatan, baru ada kejayaan. Asas penubuhan Umno sendiri ialah perpaduan," katanya.

Khamis lepas, Tengku Razaleigh membuat kejutan apabila menyatakan hasrat bersedia bertanding bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini.

Teman tak mahu ulas kenyataan Noh Omar. Cukuplah teman petik satu komentar dari seorang pembaca Klpos seperti berikut:-Aku pun benci dia gak!. Nak nasihatkan Ku Li konon.. Kalu kita suruh dia rawat dan pulihkan adik dia yang kena tangkap pasal dadah tu, amacam???? Hoi!! Ingat orang lupa ke kau punya kes, hah? Written by diah iskandar, on 22-03-2008 15:53, 15:53

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Tanpa Nama berkata...

komen noh omar pd ku li aku x marah sgt.tapi tindakan noh omar menyerahkan pejuang islam pattani pd askar siam untuk disiksa dan dibunuh buat aku nk pitam.apa nk jd dgn lakhanat ni,x takut ke dgn bala Allah dan doa orang yang dikhianati dan dizalimi, xkan ada hijab.Kau akan rasa bahangnya,insyallah.