Pernah teman siarkan tulisan seorang gadis yang mengelarkan dirinya 'Dark Angel' yang bertajuk : BN : Boleh Pergi Jahanam di blog teman.
Dimusim pilihanraya yang lepas,dia tidak ketinggalan menulis tentang pandangannya terhadap BN dan BA. Tulisannya bersahaja. Dan teman suka sangat membaca tulisannya. Ada keunikan yang tersendiri.
Selesai PRU baru-baru ini dia berehat menulis untuk sementara waktu. Dia sibuk. Tapi semalam dia kembali semula 'ke arena pemblogan'. Sebagai tanda gembiranya teman kerana dia dah kembali, maka teman 'copy dan paste' keseluruhan entrynya ke dalam blog ini. Blognya boleh dilawati disini.
Ehem~
Mengumumkan ketibaan aku semula ke arena pemblogan. Heh~
Sorry ye kengkawan. Sibuk mcm lebah. Lebah pun tak busy mcm ni sebab lebah busy kutip madu, aku busy kutip ilmu. Hehe~ semalam baru balk dari Melaka. Last week gi mana tah. Lupa. This week nak gi Johor. Nak kutip ilmu gak kat sana. Hehe~
Ok enough about me. Meh kita sambung citer menda yg korang suka nak dengar nih.
Oh BA dah menang. 5 negeri dia sapu. Rakyat sudah bersuara. Korang mesti dah banyak baca kan. So setakat yang latest2 ni adalah pasal menteri besar nak angkat sumpah asyik tak terangkat2. Nasib baik dah selamat angkat. Tapi ada gak menteri yang tak reti2 nak letak jawatan. Orang dah tak nak, terhegeh2 lagi kat atas tu buat apa. Turun ler. Last2 aku malas nak cakap apa, biar lah dia kat situ. Lama2 tahu lah dia turun sendiri nanti.
Ada gak terbaca… eh mmg baca... yang Wan Azizah di angkat sebagai Ketua Pembangkang. Wah. Besar impak tuh. Memang nak kasi ruang utk Anwar naik. Cuba fikir balik, wahai org2 yg hentam Anwar... Kalau org dah tak nak Anwar, apesal beliau diberi peluang utk naik secara halus? Maksud aku, both wanita dlm hidup dia menjadi ahli parlimen. Habis tempoh berpantang Anwar nanti, anytime je dia boleh nak amik alih. Ni aku dengar pulak satu DUN kat negeri mana tah, Kedah lah kalau tak silap aku. BN nak buat bantahan terhadap kemenangang PKR kat situ. Dan BN nak tuntut balik pilihanraya kecil semula kat situ. Elok la time habis tempoh berpantang Anwar. Taruk je Anwar kat situ, bangkrap lah undian BN. So aku nasihatkan, tak payah lah BN nak tuntut pilihanraya balik kat situ. Buang masa.
So TS Khalid Ibrahim dah selamat jadik MB Selangor. Happy? Lebih kepada rasa alhamdulillah… Aku memang nak tengok perubahan kat negeri nih. At least jangan dibuat penganugerahan batang penyapu lagi. Aku nak tengok TS Khalid ‘bersih’kan Selangor. Dah lama sangat Selangor ni dicengkam. Kesian aku tengok. Tapi aku tak lah harapkan perubahan dalam masa terdekat nih. Banyak menda nak kena setel. Ni belum apa2 lagi, mereka2 yang pro-BN dah melalak mintak bukti pelaksanaaan manifesto BA. Relak lah kawan. Pembentukan kerajaan negeri pun masih dlm proses. Ye lah, bukan senang nak baikpulih menda BN dah tanam sejak 50 thn dulu. Nak kena korek satu2. Check satu2. Dengar pulak citer ada dokumen2 kat pejabat kerajaan negeri di-shredded tak tentu pasal. Kabut jugak lah sesetgh pejabat kerajaan biler dapat tahu BA amik alih. Jadi rakyat semua bawak2 lah bersabar kerana PERUBAHAN sememangnya PERLUkan MASA.
Ni ada kes yg buat aku tergelak. Mukhriz. Khairy. Bapak mertua nye. Entah ler. Khairy mcm budak2 nak buat protes lah hape. Dah la dia menang tu mcm ntah hape2. Confirm org Rembau meluat punyer. Betol gak kata Tun Mahathir. Mana ada org yg baru dicalonkan masuk dah terus boleh menang. Dengar citer undian Khairy ni dikira 3 kali. Dari mana tah undi post dia sampai. Biler dah menang, join protes kat Komtar. Pelik. Buat malu org Rembau. Lantak beliau ler. Mukhriz lak terang2 suruh Pak Lah turun. Pak Lah layan style dia lah. Buat tak tahu. Ah lantak ler. Asalkan periuk nasi aku bahagia…
Dah.. tak leh nak merapu panjang2 lagi.
Ngantuk! Penat.. nak tido. Chiow!
3 ulasan:
terima kasih susah payah siarkan hasil tulisan saya ke sini...
buat saya semngt nak menulis kembali..
dah pun update.
semoga hidup anda dilimpahi kurnia dan keberkatan -Nya~
Salam dark angel.
Maaf lambat respons. Tulisan saudari memang bagus. Entry terbaru pun saya dah baca. Pun bagus. Nanti saya ambil lagi.
Teruskan menulis.
salam kak syifa
popularnya
teruskan usaha
mari kita tegakkan kebenaran dgn ketajaman mata keyboard
Catat Ulasan