Sabtu, 29 Mac 2008

Nah.. Kau ...Ambiklah.... Sebijik......

Tolong jangan beri tahu orang lain. Teman ngidap penyakit baru selain penyakit yang sedia ada. penyakit ni tak merbahaya. Dan tentunya tak ganggu orang lain. Tolong jangan bagi tahu sesiapa.Ini rahsia di antara kita sahaja.

Ok..teman khaborkan penyakit baru teman. Sebenornya teman mula malas menulis di blog teman. Teman suka baca orang lain punya. Kalau teman suka,maka teman copy dan paste tulisan orang lain ke dalam blog teman.

Hari ini , sekali lagi teman memasukkan hasil buah tangan sahabat teman ,Adam aka albanjari.

Dia tulis sajak,beb! Baik punya beb, khusus buat bangsa melayu di Perak yang masih gilababi , menyukai UMNO yang sedang menanti waktu kojolnya...... Tak lama lagi lagi beb! Tak percaya tanya Tok Guru Nik Aziz.

Bukan nak tolong kempen dan tak dapat sesenpun, dipersilakankawan-kawan -pergi melawat blog sahabat teman disini.

Kita dulu bangkang poligami
nah..sekarang anak kita dah andartu
kita tak timang-timang lagi cucu
kita dulu bangkang hudud
nah..sekarang anak kita di rogol
cucu kita anak har*m

Dulu kita bagi penyapu kat orang
nah..sekarang orang penyapukan kita
kita dulu nak rawat negeri orang
akhirnya 5 negeri memang betul kena rawat
kita dulu kata pade doh pada tok guru
lastly tok guru sengih jer kat kita

Kita dulu bangkang PAS
nah..sekarang kita dibawah MB PAS

Dulu rumah kita juta-juta
nah..sekarang rumah kita dalam tanah

kita dulu tak tutup aurat
nah..kini kita di bungkus erat-erat

banyaknyer kau punya nah..
nah kau ...sebijik.!

4 ulasan:

Unknown berkata...

dia orang bila nak sedar? kalau dah nak masuk lubang kubur, memang dah terlambat.
bila ada orang berikan nasihat, kata dia dah banyak ilmu.
bila dikritik bukan main marah, perlakuan dia orang semua betul, abih tu macam mana nak jadi baik.....?
bila ada orang beri pandangan dan pendapat, mereka buang kat tong sampah, tengok pun tidak, fikir pun tak.
dia orang dah sempurna segala ke....?

jadi bila ada orang memperlekehkan perlaksanaan hukum dan perundangan islam di malaysia, nescaya sampai masa Allah perlingkupkan orang yang engkar perintah Allah Taala.
yang dia orang diberitahu, berdosa jika tidak sokong apa yang tuan presiden sabdakan untuk puak/ahli bawahan umno/bn yang haprak itu, maka sabda presiden lebih afdal dituruti berbanding firman Allah.
macam mana umno nak laksanakan hukum Allah sedang mereka masih engkar dan derhaka terhadap sultan yang berkuasa dikalangan kamu.
seperti firman Allah yang bermaksud lebih kurang:
wahai orang-orang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin/penguasa dikalangan kamu.

kalau ayat Al-Quran tak diimani/dipercayai nescaya tidak beriman orang tersebut. maka jatuh kafirun.

rukun iman 6 perkara dan rukun islam 5 perkara, jadi semua kena buat dan laksanakan dengan ikhlas tanpa ada persoalan kenapa kena buat, sesuai dengan maksud ayat Al-Quran di atas.
wassalam.

Unknown berkata...

Salam sheikh & abu fatihah,...
sebelum ini anonymous,,..lebih mudah dikenali UMI ABQARI.....
Ayahanda saya bukanlah seorang aktivis sehingga ke tahap seperti tuan guru tetapi sikap dan prinsip almarhum amat saya kagumi..kami sudah menetap di teluk intan lebih 30tahun,..namun apabila kerjaya bonda saya sudah tamat kami sekeluarga terpaksa kembali ke kg di satu daerah di negeri perak juga. Rasanya abu fatihah tahu di mana letaknya rumah kami di sg.manik. Ayahanda saya bernama Zaharuddin Bin Mohd Saad seangkatan dengan pakcik Jali, pakcik Maulana, pakcik Udin(seorang pengedar Harakah) sekitar Sg.Manik. Kini, saya sebagai anakandanya sedang berusaha untuk mewarisi teladan almarhum sebagai wadah dalam misi berdakwah. Saya juga seorang pekerja professional di Ipoh dekat dengan pej.MB baru kita,...Alhamdulillah

sheikh teluk intan berkata...

Salam dasuki_tmc,
Terima kasih kerana memberi komentar yang berisikan pelajaran yang berguna.Semoga kita istiqamah dalam memperjuangan dinnul haq.

sheikh teluk intan berkata...

Salam aznida ,

Ya, mungkin Abu Fatihah tahu rumah Aznida di Sg Manik. Walaupun saya anak jati Teluk Intan, tetapi sejak ayah dan ibu saya meninggal ,jarang saya balik kg.

Kalau balik pun hanya untuk melawat adik perempuan dan keluarganya, ibu saudara saya yang saya kasihi serta saudara mara yang lain.

Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan syabas kerana Aznida mengikut jejak perjuangan ayahanda . Satu kesinambungan perjuangan yang suci.

Semoga Aznida bahagia bersama suami dan anak. Rahmat Tuhan ke atas Aznida sekeluarga.