Entry ini dipetik dari blog sahabat teman yang boleh dilawati disini
Andai Abdullah Badawi hanya tukang kasut,
Kita tak akan megenalinya,
Kita tak akan pernah melihat gambarnya,
Yang pasti miskin,rambut dan wajah yang kusut..
YaAndai Abdullah Badawi hanya pemandu teksi,
Ramai orang memanggilnya Pok Loh teksi,
Membawa teksinya kesana kemari,
Demi mencari sesuap rezeki..
Andai Abdullah Badawi hanya petani,
Kita akan lihat dia bercucuk tanam setiap hari,
Demi menyara anak isteri,
Turut bising bersuara andai baja subsidi tidak diberi...
Andai Abdullah Badawi hanya penjual sayur,
Nori anaknya adalah anak penjual sayur,
Jane isterinya isteri seorang penjual sayur,
Tapi Khairy belum pasti menjadi menantu penjual sayur...
Andai Abdullah Badawi hanya penjual burger,
Tak pernah Khairy datang membeli burger,
Walau pun anak Abdullah datang membantu,
Tak pernah terlintas Khairy nak jadi menantu..
Andai Abdullah Badawi hanya seorang guru,
Pasti ramai anak muridnya gagal bila exam,
Kerana Abdullah tidur selalu,
Anak murid semuanya tidak tahu jawab exam..
Andai Abdullah Badawi hanya pemandu bas ekspress,
Pasti ramai penumpangnya mati,
Kerana Abdullah selalu stress,
Selalu tidur sana dan sini..
Dan seandainya Abdullah hanya bekas Perdana Menteri,
Khairy hanya jadi menantu bekas Perdana Menteri,
Jatuhnya Khairy dalam keadaan keji,
Niat nak jadi Perdana Menteri tak tercapai lagi...
Andai Paklah jadi penyanyi kumpulan VE...
pehhhh....mesti orng panggil LAH VE
kah!kah!kah!
7 ulasan:
Salam Sheikh...
Paling best part Lah VE!!!
Salam Ja,
Maaf lambat respons. Separuh hari di hospital dan kemudian pergi studio.Baru balik ni.
Memang itu part yang best.
assalamualaikum sheikh,...
Setiap hari saya akan melayari blog-blog yang semakin rancak berekspresi di dalam kekalutan politik negara,....tiba-tiba saya terlihat blog yang amat menarik ini yand dtgnya dari teluk intan..sejak 2 tahun lepas memang saya amat trauma dan fobia dengan teluk intan,..tidak perlu diulang ceritanya disini cuma saya secara retronya terkenangkan almarhum ayahanda saya yang sgt aktif dalam perjuangan pas di teluk intan terutama di sekitar sg.manik dan kg.bahagia. Sungguh sedih apabila kemenangan Pas di teluk intan tidak dapat diraikan bersama ayahanda saya...semoga Allah memelihara ayahanda saya dan kemenangan ini juga untuk beliau-Al-fatihah
sapa arwah ayahanda anta tu. Kg bahagia tu kg ana.
Salam Pak Sheikh,
Sekurang-kurangnya LAH VE punya suara yang enak didengar.
Tapi Pak Lah itu...
ps; Terima kasih kerana selalu membaca entri saya.
Salam anonymous,
Maaf lambat respons.
Terima kasih kerana sudi jenguk blog seorang tua yang lelah dan ada waktunya bingung.
Cuba bayangkan sisi-sisi yang indah tentang Teluk Intan, nescaya akan hilang rasa trauma dan fobia.
Saya pernah aktif dalam Pas di Teluk Intan pada tahun 70an dan awal 80an.Mungkin saya kenal ayah saudara. Siapa namanya?.Sahabat saya Abu Fatihah yang berasal dari Kg Bahagia pun nak tahu.
Apapun saya turut berdoa untuk arwah ayah saudara. Semoga Allah menempatkan roh beliau dikalangan hamba-hamba yang beriman.Dan Al Fatihah untuk beliau.
Salam Puan Waterlily,
Saya memang suka baca tulisan puan. Ada unsur puitis dan bersahaja. Selagi hidup saya akan membacanya,insyaallah. Dan teruskan menulis kerana pembaca setia telah ada.
Salam.
Catat Ulasan