Khamis, 6 Mac 2008

Hari Ini Teman Gembira Kerana Ustaz Abd Latif Pulang Ke Pangkuan Pas

Airmata teman terbit dipelupuk mata. Bukannya airmata sedih, tetapi gembira. Salah seorang guru dan sahabat teman, Ustaz Abdul Latif Mohammad yang pernah mengetuai Pas Kawasan Besut dan untuk beberapa tahun sejak tahun 1999 beliau merajuk dan meninggalkan perjuangan Pas telah mengisytihar kembali ke pangkuan Pas. Untuk laporan sepenuhnya baca harakahdaily .

Teman secara peribadi mengenali Ustaz Abd Latif ketika beliau dibuang daerah ke Perak dibawah akta zalim ISA pada awal tahun 80an.

Di Perak beliau telah dibuang daerah di dua tempat. Pertama di Kampar dan kemudian di Setiawan.

Semasa beliau dibuang daerah ke Kampar ,Perak , teman telah secara aktif terlibat dalam PAS setelah ditendang keluar oleh Darul Arqam kerana isu Imam Mahadi dan politik.

Sebagai aktivis pemuda Pas Kawasan Teluk Intan, teman serta sahabat seperjuangan sering berkunjung ke Kampar menziarahi Ustaz berserta ahli keluarganya yang menyewa sebuah rumah berdekatan dengan Bandar Kampar. Kami bantu beliau dan keluarganya dari segi kewangan secara ala kadar. Kami berusrah dengan beliau. Buku 'Petunjuk Sepanjang Jalan' , hasil karya As syahid Syed Qutb menjadi teks usrah kami.

Walaupun Ustaz masa itu adalah tahanan ISA, tetapi jiran-jiran yang berdekatan dengan rumah sewaanya tidak pernah memencilkan beliau. Ustaz seorang yang begitu peramah. Jiran-jirannya suka dengan perwatakannya yang sederhana dan alim . Ramai juga jiran beliau yang menghantar anak-anak mereka belajar al Quran dengan Ustaz. Dapatlah beliau sedikit wang saku untuk menampung kehidupan.

Pengaruh Ustaz semakin kuat di bandar Kampar. Rumahnya dah jadi semacam markas Pas. Oleh kerana itu, beliau telah dibuang daerah ke Setiawan ,Perak, yang jauh dari bandar Kampar.

Kerajaan BN menyangka, pengaruh ustaz akan lenyap bila beliau dibuang daerah ke Setiawan. Kerajaan BN merancang , namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Pengikut beliau semakin bertambah berlipat kali ganda.

Akhirnya, beliau dibebaskan sepenuhnya dari akta zalim. Beliau pulang ke Terengganu untuk meneruskan perjuangan yang beliau yakini.

Teman semasa Ustaz dibuang daerah ke Setiawan, telah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Namun bila ada cuti , teman ziarahi beliau. Setiap kali kami berjumpa, pasti kami berpelukan tanda ikatan uhkhuwah islamiayah yang tidak ada tembok sempadan.

Sesungguhnya hati teman pilu, sepilunya bila beliau merajuk dan berceramah atas pentas UMNO/BN . Dan hari ini, teman adalah salah seorang insan yang paling bergembira bila mendapat tahu Ustaz AbdLatif telah kembali semula ke pangkuan Pas.

Teman percaya, kepulangannya ke pangkuan Pas dan berkat pengaruh beliau yang masih ada , pasti sedikit sebanyak akan melemahkan kedudukan UMNO/BN Besut dalam PRU kali ini.

Tuhan sahaja yang tahu, bahawa teman mahu melihat tokoh serba angkuh di Terengganu iaitu , Deris anak kepada si Jusuh rebah dari kerusi DUN Jertih hasil kepulangan Ustaz Abd Latif ke pangkuan Pas. Deris Jusuh mesti diajar secukup-cukupnya oleh rakyat kawasan Besut!

Dalam masa yang sama teman masih berdoa agar, guru dan sahabat lama teman , Ustaz Nakhaie Hj Ahmad pulang ke pangkuan Pas.

Kepada beliau teman titipkan pesan :"Ustaz, hapuskanlah rasa dendam , marah dan rajuk yang berpanjangan dan pulanglah semula ke pangkuan Pas sebagaimana Ustaz Latif yang mengaku pernah bertindak bodoh. Selagi usia masih berbaki, pulanglah Ustaz dan janganlah terus mengarut dengan Islam hadhari. Biarkan Imam Islam Hadhari bersendirian bermain layang-layang di waktu hujan turun!

1 ulasan:

Ustazthrash berkata...

Assalam alaik pak syeikh al karim

Alhamdulillah, dalam meniti kemelut yang berlaku di awal tahun 2012, penulisan beginilah yang mendorong semangat dan keyakinan saya bahawa segalanya akan pulih seperti sediakala .. insyaAllah. semakin menghampiri kemenangan semakin kian banyak masalah berlaku.

Jazakallahu khair pak syeikh, semoga penulisan sebegini sentiasa ada dalam entry pak syeikh :)