Ahad, 9 Mac 2008

Ahli Parlimen Jerlun , Mukhriz Mula Menderhaka!

Mukhriz Mahathir yang baru menang sebagai Ahli Parlimen Jerlun, Kedah , sudah mahu tunjuk belang beliau. Malaysiakini.com melaporkan : "Mukhriz , a member of Umno's powerful youth wing who was elected to parliament for first time on the weekend, urged Abdullah to "do the right thing".

"It is yet to be seen what he will do but I think it's a very clear message that there is wholesale dissatisfaction with the prime minister for the way he has been running the country these four years," he said.

"I hope he takes heed of that message and does the right thing," he told AFP. "We need to really do some soul searching.".

Memang dan sememangnya, tak patut Mukhriz membuat kenyataan tersebut yang boleh ditafsirkan sebagai satu jenis penderhakaan terhadap Bang dollah .

Adakah Mukhriz telah lupa bahawa atas ikhsan bang dollah beliau telah terpilih untuk mewakili BN di Parlimen Jerlun. Dan bila menang, belum pun sampai satu hari beliau , dah pandai pula hendak menasihati Bang dollah. Tidakkah ini satu kes melawan taukeh?

Sebagai seorang Melayu yang tidak mudah lupa , Mukhriz sepatutnya sedar bahawa bang dollah sudah mempunyai barisan penasihat handalan, yang diketuai oleh menantunya, seorang anak muda yang tersangatlah bijak , adanya dimuka bumi ini. Bang dollah tak perlu kepada kata-kata nasihat orang lain, terutama daripada mulut Mukhriz anak kepada Tun Mahathir.

Adakah tujuan Mukriz mengeluarkan kenyataan berunsur nasihat tersebut adalah disengajakan kerana hendak memancing kemarahan anak menantu bang dollah yang mengaku bahawa missi beliau di alam maya ini adalah untuk merosakkan parti pembangkang ?

Kalaulah itu tujuan Mukriz, maka beliau perlu diingatkan dan dinasihatkan bahawa masanya belum lagi sesuai. Jangan gelojoh untuk jadi hero! Akibatnya adalah fatal, iaitu : "from hero to zero".

Sebagai seorang insan yang mithali , pastilah murka si menantu bang dollah yang baru menang di Parlimen Rembau mendengar kenyataan yang boleh dianggap kurang ajar. Adalah 'normal' sekiranya budak sekor ini tidak akan membiar bapa mertuanya yang amat dikasihi , diperlekehkan oleh Mukhriz walaupun atas alasan memberi kata-kata nasihat.

Percayalah, menantu bang dollah yang seekor ini akan membalas dendam. Di dalam dunia ini, tidak diperbolehkan walaupun seorang mahkluk tuhan memberi kata-kata nasihat politik , yang bernada memperlekehkan bapak mertuanya, melainkan dia seorang sahaja.

Sesiapa yang tidak memiliki sijil nikah sebagai bukti yang sah bahawa sekian polan adalah suami kepada Nori , anak kesayangan bang dollah , maka haram hukumnya mengikut ajaran Islam hadhari mengeluarkan kenyataan secara terbuka terhadap bang dollah yang telah disucikan oleh pengikutnya.

Mungkinkah Mukhriz tak tahu hukam hakam yang baru sahaja turun dari langit melalui Pelancung Angkasalepas yang ditaja oleh kerajaan BE END , Syeikh Muszaphar yang juga penceramah yang diusung ke hulu ke hilir untuk meracun fikiran para pengundi semasa kempen PRU yang baru selesai?

Entahlah, teman sesungguhnya tak faham dengan si Mukhriz ni!

Dia macam tak sayang pada mulutnya. Teman kesian pada Mukhriz, takut nanti mulutnya yang dah molek akan dihentak sampai lumat oleh menantu bang dollah yang cukup dikenali sebagai lelaki Melayu terakhir yang sentiasa mengunakan kepala lututnya untuk berfikir dan mengunakan tangannya untuk bertindak!

Sebagai seorang tua yang lahir setahun lebih awal dari tarikh kemerdekaan negara , teman ingin berpesan kepada Mukhriz: "Mukhriz jaga hang punya mulut . Biarkan bapak Mukhriz sahaja , yang sudah banyak kali mengaku tersilap akibat kebodohannya sendiri memilih bang dollah sebagai pengantinya , menjadi pengkritik nombor satu Malaya terhadap bang dollah.

Sepatutnya , Mukhriz secara sulit berkonspirasi dengan Najib berserta dengan sepapunya yang setiap kali naik angin akan menghunus keris puakanya , untuk merangka satu modus operandi yang paling mantap dan jitu dalam usaha mengagalkan usaha si bapak mertua dan menantunya untuk membina dinasti Al Badawiyyah dalam dunia politik kontemporari Malaya ini.

Mukhriz, jadikanlah Perhimpunan Agung UMNO nanti sebagai medan juang untuk mengimplementasikan modus operandi yang telah siap untuk dilancarkan.

Ingat pesan abang jadi-jadian hang ini ,wahai Mukriz ; supaya menjaga mulut buat sementara.

Kalau akhirnya nanti , berlaku berantakan dan pergaduhan sesama ahli UMNO terutama sebelum dan selepas proses pemilihan kepimpinan UMNO , biarkan sahaja ianya berlaku kerana Mukhriz pun tahu bahawa UMNO dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki sedang berada dalam keadaan sakaratal maut"!.

Tak sangka sungguh , hati teman amat baik pada malam ini , sehingga sanggup buang masa yang berharga menitip sebuah pesan yang dikira berguna ,khusus buat ahli Parlimen Jerlun yang baru , si Mukhriz anak kepada mantan Perdana Menteri yang ke empat. Apa namanya?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dengan kenyataan Mukhriz yang sungguh bijak dan tepat. Memang sah beliau adalah pewaris Mahathir. Persis ala Tun masa muda. Mukhriz membuktikan ada third force dalam UMNO. Jadi episode seterusnya agak menarik. Tidak timbul soal Mukhriz nak menyertai Najib. Persoalan sekarang Najib nak sertai kem mana atau nak kem sendiri?

sheikh teluk intan berkata...

Salam saudara,
Satu pandangan yang objektif dan menarik. Saya juga bersetuju Mukhriz akan jadi vital force dalam UMNO yang perlu diberi perhatian.

KHAIRUL SHOBAH berkata...

Harap-harap tak de la sesiapa pun yang kena sumpah jadi batu sepertimana yang terjadi dalam kisah si TANGGANG.kalau iye pun nak sumpah,sumpah lah jadi KERETA SPROT ka,lembu ka ada gak faedahnya.Apa pun sebenarnya saya ni tak lah pandai nak mengkomen he he saja nak buat lawak ja...boleh kan?