Keputusan pilihanraya telah kita ketahui. Alhamdulillah ,Pas dan parti pembangkang berjaya mengekal dan merampas lima negeri.
Ada banyak aspek perjuangan yang perlu diperbaiki. Maksud teman kita kena buat overhaul dimana yang perlu. Bloggers Pro Pas khususnya mesti terus berperanan sebaik yang mungkin.
Sebagai ahli Pas yang setia sejak puluhan tahun, teman mungkin akan menyertai Grop Universiti Ulu Klang. Dr Mohd Hashim(Ibnu Hasyim), presiden grop ini dah naik letih mengajak teman untuk bersama-samanya dan rakan-rakan yang lain untuk melakukan penyelidikan yang objektif dan saksama bagi mencetuskan pemikiran yang hebat dan dalam masa yang sama melakukan koreksi dalaman bagi kepentingan perjuangan umat ini.
Tapi mampukah teman? Teman tak sekuat dulu. Penyakit yang teman hidapi, sesungguhnya , membatas pergerakan. Daya fikir pun semakin menumpul.
Contoh mudah ,kalau dulu teman boleh membaca buku-buku yang berat isi kandungannya dan menghadam isi kandungan buku yang dibaca dalam jangka waktu yang singkat, tapi sekarang melihat buku yang ringan pun teman dah tak mahu. Kepala boleh jadi sakit bila membaca buku terutama yang berbentuk ilmiah kerana punca penyakit teman berasal dari kepala. Sekiranya teman diminta melakukan penyelidikan ilmiah walaupun teman ada 'tools'nya, hidup teman mungkin akan lebih tersiksa.
Tolonglah jangan kata teman dah gila. Syukur, masih siuman. Cuma teman nak beritahu semula bahawa, daya fikir teman tumpul,setumpulnya. Buktinya tulisan(entry) teman di blog ini, hancus, sehancusnya. Teman tulis ,secara merapu dan meraban macam Zam-Zam ala kazam yang dah pun terguling di Sungai Petani! Geli menyebut nama itu!
Kalaulah kawan-kawan tahu tahap pendidikan teman, mungkin ada yang akan mengaru kepala kerana tidak percaya tulisan teman di blog ini, tidak sedikitpun melambangkan tahap pendidikan teman. Nak buat macam mana, teman semakin bangang. Tapi taklah sebangang abang tiri teman yang namanya cukup tak sedap untuk disebut iaitu, bang dollah!
Apapun teman akan cuba untuk mengagahkan diri demi memperkuatkan Grop Universiti Ulu Klang.
Yang penting selepas keputusan PRU ini, teman berkongsi pendapat dengan Ibnuhasyim bahawa perlu ada usaha untuk overhaul beberapa bahagian tertentu dalam perjuangan politik dan dakwah , khususnya Pas , yang tak akan teman jelaskan kerana masih diperingkat mengenalpasti punca atau akar masalahnya.
Sesungguhnya teman mahu mati dalam keadaan berjuang!. Semoga Allah makbulkan.Amin Ya Rabb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan