Ahad, 9 Mac 2008

Apa Khabar Bang Dollah?

Apa khabar Bang Dollah? Semoga tidak jadi separuh gila hendaknya.

Sebagai rakyat yang prihatin, teman ingin mengucapkan tahniah kepada bang dollah kerana BE End masih berjaya memerintah Malaya. Dalam masa yang sama , teman minta bang dollah banyakkan bersabar dan janganlah ada niat untuk mengantung diri kerana keciwa terhadap rakyat yang telah membuat keputusan yang tak pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair iaitu dengan mengekalkan Pas untuk terus memerintah Kelantan dan berjaya pula mengambil alih pemerintahan dari tangan Be End di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Ingat bang dollah jangan bunuh diri kerana inilah adalah keputusan rakyat!

Teman mendapat tahu, ramai dan pemimpin dan pengikut UMNO serta rakyat jelata, menuntut supaya bang dollah melepaskan jawatan sebagai PM , Presiden UMNO dan Pengerusi BN kerana prestasi terburuk Be End dalam PRU yang baru selesai .

Sebagai rakyat yang prihatin , teman ingin menasihati secara tidak ikhlas pada bang dollah supaya menebalkan muka dan buat bodoh terhadap tuntutan rakyat, terutama penyembah-penyembah keris. Bukankah kerja menebalkan muka dan buat-buat bodoh adalah salah satu 'trade mark' bang dollah yang agung? Kekalkan 'trade mark' tu ,bang!

Sesungguhnya teman mahukan bang dollah terus kekal sebagai PM, Presiden UMNO dan Pengerusi Be End. Secara peribadi teman pun benci pada Najib dan tak mahu beliau menjadi PM Malaya mengantikan bang dollah .Ini tidak bermakna bahawa teman pernah sayang pada bang dollah yang memiliki seorang menantu yang sangatlah hina dimata teman.

Mungkin ada kawan-kawan yang memaki hamun pada teman kerana tak pasal-pasal mahukan bang dollah terus kekal sebagai PM. Mereka mungkin bertanya apa kes teman pertahankan seorang insan yang dikatakan telah hilang kawalan dalam mengetuai kerajaan BN?

Sebetulnya teman tidak ada masalah untuk bersetuju dengan kata-kata kawan yang sedemikian . Walaubagaimana pun, teman ingin berlainan sedikit dari pendapat kawan-kawan iaitu , teman berpendapat bahawa bukan bang dollah yang hilang kawalan tetapi bang dollah gagal dikawal oleh kesemua anggota kabinet pada sessi yang lalu .


Kalaulah mereka berjaya mengawal bang dollah, pasti ciri-ciri kepimpinan bang dollah yang serba bangang dan penuh dengan pembohongan tidaklah ketara sangat sehingga dibenci oleh rakyat jelata. Para tukang angguk dan teleng dalam kabinet bang dollah pada sessi lalu, patut dipersalahkan.

Teman cadangkan supaya bang dollah memaki hamun bekas anggota kabinet yang lalu , kerana gagal mengawal seorang Perdana Menteri yang pada kaca mata rakyat telah berlagak terlalu berkuasa , sombong dan angkuh miskipun pada hakikatnya ,memanglah!!!!.

Teman ulang lagi bang, bahawa teman adalah rakyat Malaya yang prihatin. Oleh itu teman ingin menasihati bang dollah yang juga merupakan pemimpin bagi agama Islam hadhari, supaya jangan sekali gila babi meletakkan jawatan sebagai PM.

Sebenarnya teman percaya, hanya di bawah kepimpinan bang dollah yang serba bangang dan serabut , pembangkang akan bertambah kuat dan bang dollah boleh berbangga pada PRU ke 13 nanti, BN akan menjadi kumpulan sial yang akan dihumban oleh rakyat jelata ke dalam laut China Selatan untuk selama-lamanya. Maknanya BN masa itu kojol secara total.

Di saat yang bakal berlaku , yang teman panggil sebagai ' the real moment of truth', teman bolehlah memeriksa bola mata bang dollah yang teman yakin akan menjadi putih, seputihnya.

Apabila anak teman bertanya , apakah maksud peribahasa 'berputih mata' , maka dengan senang hati dan bangganya teman akan tunjukkan biji bola mata bang dollah!

Betul tak bang!


Bukankah amat jelas sekali , teman rakyat yang prihatin, bang dollaaaaaaaaaah!

8 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Talkin untuk BN.

Bandar Maharani tumbang juga. Banga...bangga... :D

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabat,

Saya tumbang bangga. Betul tu 'talkin untuk BN'.

kak ja berkata...

Salam Sheikh, wonder what would happen klu Bang Dollah Sheikh ni baca post Sheikh ni...

Harapnya walaupun Sheikh cuma kata jgn gantung diri, x pulak dia berniat utk teguk clorox...Anak ulama takkan mcm tu, kan? Lgpun, kesianlah dgn SIL yg baru nak menapak.. tak ada nanti tiang letrik utk dia bersandar...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Puan ja-anuar.

Kalau bang dollah atau SB terbaca posting saya, beliau tentu suka kerana saya menyokong supaya beliau tidak tunduk kepada tekanan musuhnya agar meletak jawatan.

Lihatlah betapa mulianya hati seorang penyokong Pas yang mahu menjadi warganegara yang prihatin,yang mahukan bang dollah kekal sebagai PM.

Bercakap tentang anak ulama sila cari posting saya yang berkaitan.

Saya pun kesian dengan dia yang baru nak bertapak. Kalau bang dollah letak jawatan , susahlah makhluk tuhan itu hendak mencari tempat bersandar. Tiang Letrik TNB yang punya. Kesian dia.

Mulia tak hati saya yang......?

Tanpa Nama berkata...

"Jangan Cabar Saya!"

Keangkuhan Abdullah akhirnya tumbang kerana memandang rendah dan menghina teguran rakyat! Abdullah bakal menyaksikan kekalahan demi kekalahan selepas ini kerana sifat angkuhnya yang tidak dapat diubati itu.

Biarlah dia dengan sekutu2nya, marilah kita sama2 berdoa semoga Islam terus mendapat tempat di negara kita dan diredhai oleh Allah. Insyallah...

sheikh teluk intan berkata...

Salam wanwma,
Takbir!!!!!. kesian pada bang dollah yang sedang diasak untuk letak jawatan. Semoga beliau terus kekal, sebagai PM. Bukan kerana saya sayang padanya, tetapi dia boleh membantu dalam usaha Pas dan parti lain untuk menumbangkan kerajaan BN secara total dalam PRU yang akan datang kerana kebodohan dan keangkuhannya sendiri.

Sekian dan salam.

KHAIRUL SHOBAH berkata...

RASA-RASA SEKARANG NI DIA DAH INSAF TAK...??TENGOK DARI MUKA NYA MACAM NAK BALAS D..D.M JA?

sheikh teluk intan berkata...

Salam reading_bridge_knowledge.

Entahlah. Semoga dia insaf. Kalau dia nak balas dendam, kita akan terus lawan