Isnin, 31 Mac 2008

Anak Toyo Dah Main Blog!

Kawan-kawan sekalian ketahuilah , Si pemberi sapu seMalaya ,Doktor gigi, mantan Menteri Besar Selangor ,1999-2004, Dr Mohammad Khir Toyo telah menerjunkan dirinya dalam dunia blogging. (Nota: Posting pertamanya pada 28 Mac 2008 , tapi kalau kita 'click' pada view my complete profile , terdapat di ruang User Stats butiran seperti berikut: On Blogger Since
January 2008 : Profile Views 6,999. Inilah yang membuat orang bodoh seperti teman jadi hairan. Pandai sungguh anak si toyo ini menimbulkan tanda tanya dalam kepala otak teman!
)

Kawan-kawan, kita kena mengalu-ngalukan blogger baru ini. Apa kata kita bertepuk tangan atas kedatangan beliau ke 'blogsphere "? Tepuk tangan saja, tau!. Jangan bertakbir, nanti dia pengsan.

Kalau dia pengsan siapa yang susah? Tentu dia dan keluarganya. Para pengikutnya di suatu ketika , tentu tak seperti dulu. Ramai yang telah melesapkan diri darinya. Mereka sekarang sedang khuyuk dan tawaduk mencium tangan dan kaki mantan menantu Sultan,mantan Menteri Selanggor dan kini jadi Ketua UMNO Selangor dan Menteri yang jaga kampung dan lembu.

Khir Toyo tahu, tanpa jawatan penting dalam kerajaan, pengikutnya akan menganggap dia adalah diantara tokoh-tokoh kucing kurap dalam UMNO. Sesungguhnya dia tak rela dikatogerikan sebagai kucing kurap. Dia lebih rela menjadi blogger walaupun dia tahu kawan-kawan dia dalam UMNO pernah mengecap bloggers sebagai makhluk 'syok sendiri' dan digelar 'monyet' oleh menantu PM Malaya yang sedang mencari petua bagaimana nak mempastikan bapa mertuanya kekal sebagai PM dan Presiden UMNO sampai kiamat.

Sekali lagi kita tepuk tangan beramai-ramai meraikan kedatangan Khir Toyo dalam dunia blogging. Kita minta Kuda Kepang mengetuai barisan bloggers yang masih 'loyal'terhadap UMNO, untuk menyambut ketibaan Khir Toyo dengan pantun dan syair. Tentu Khir Toyol suka dan ketawa sambil bermain dengan penyapunya.

Mari kita masuk ke blog Khir Toyo di sini. Kalau ada sesiapa yang berasa 'inferior' kerana wajah tak cukup hensem dan cerah, gunakanlah blog beliau untuk minta resepi membuat tempe yang bertaraf dunia. Tempe yang Khir Toyo melantak bukan sembarangan. Tanpa tempe tersebut, muka Khir Toyo tak secerah sekarang. Kita juga boleh cadangkan dalam ruangan komen di blognya, supaya beliau buka Pusat Kecantikan berasaskan tempe.

Mari kita terus bertepuk tangan kerana entry beliau yang pertama telah mendapat respons yang hebat berdasarkan komen sebanyak 356. Satu jumlah yang jarang diperolehi oleh seorang blogger baru. Memang hebat si anak Toyo nih!

PM Malaya yang saban hari dijerit supaya letak jawatanpun, mungkin turut bergembira dan ketawa setenggah kojol sehingga terlondeh seluarnya bila dapat tahu Khir Toyo tiba-tiba menjadi goBlog.

Mari kita baca beberapa komen yang mengalu-alukan kehadiran Khir Toyo dalam dunia blog yang tidak perlu pakai paspot dan visa( Pinjam kata-kata dari salah seorang komentar):-

no2umno said... Ntah ntah ni antara 240 blog yang nak kena pantau ......
Tak main golf lagi dato?
March 29, 2008 6:03 PM

Lone said...
Selamat Datang ka-blogosphere YB. LOne hopes you will not be considered by your colleagues in the BN as another globok or unemployed old lady with little to do except blog,Like most Malaysian bloggers, i hope you will try your best to blog the truth and hope to get truthful comments which will prove to be music to your ears.Now that you have made your entry into the blogosphere, it is hoped that you will realise that it is not full of rumour mongers and monyets.Happy Blogging YB
March 29, 2008 3:49 PM

tokasid said...
Wa'alaikumussalam Dr Mat Khir:Alhamdulillah sekarang hang dah ada masa untuk memblog. Cuma pesan aku kat hang ,hang kena berhati-hati sebab dulu Nazri Aziz dan ZAM kata bloggers ni tak boleh pakai. mana lah tahu kalau nanti Zam dan Nazri kata hang pun tak boleh pakai.tapi aku kena tabik kat hang atas satu perkara yang hang telah buat selepas PRU12. hang ambil tanggungjawab atas prestasi teruk BN di selangor dan letak jawatan sebagai Pengerusi BN dan Perhubungan UMNo Selangor. bagi aku itu satu tindakan yg wajar . Hang faham mesej rakyat(dan sebahagian ahli2 UMNO Selangor).setelah hang perintah selangor selama 2 penggal aku rasa hang bagi peluang pada Khalid uruskan Selangor dgn cara dia . memang hang akan terasa hati bila depa akan buat banyak perubahan(tak tahu lah perubahan positif atau negatif)tapi aku harap hang jangan amalkan politik membalas dendam baik kepada kerajaan Selangor yg baru ni atau pada mana2 pihak dalam UMNo sendiri. Kepada kerajaan baru ni kalau perlu di kritik kerana ada penyelewengan maka kritik lah. tapi jika apa yg depa akan buat boleh memberi ketelusan dan memanafaatkan rakyat selangor berilah sokongan .Pada awal2 ni depa mungkin akan buat 2-3 perkara yg mungkin nampak tak sesuai pada hang pasai depa baru lagi tapi bagi depa peluang. Sama masa hang baru jadi MB dulu bukan semua yg hang start ada org(dlm UMNO sendiri) yang suka,tapi depa bagi peluang kat hang.Wadah nak satukan bangsa dan ugama memang bagus malah patut dari dulu lagi hang buat semasa hang jadi MB dulu.Hang tak buat masa tu. Tapi aku faham masa tu hang sibuk nak tadbir Selangor jadi tak ada masa dan buat penyatuan ini.Mungkin sekarang hng akan ada banyak masa terluang maka teruskan lah usaha ini. Ambil peluang ini utk berjumpa bukan saja ahli2 UMNO tetapi jumpalah juga ahli-ahli PAS dan PKR di selangor. Mereka juga Melayu dan Islam.Apa yang berlaku ada hikmah di sebalik setiap kekecewaan yang kita hadapi. Kita mesti dgn berlapang dada dan muhasabbah diri mengikut apa yang ALLAH dan Rasulullah s.q.w. sampaikan.Bukan kita muhasabbah ikut emosi atau parti.jika ada kepincangan kita dulu kita cuba perbaiki. jika ada kebaikan kita kita pertingkatkan.Jadi seperti Jentayu-patah sayap terbang jua.Wassalam.tokasid melaka(ps: jadi blogger telinga kena tebal sikit dan hati kena banyak2 sabar)
March 29, 2008 5:08 PM

one said...
oh, harap anda menulisnya sendiri bukan mengupah orang menaip dan menulisnya, oh by the way press sec anda dulu pun bukan boleh pakai, dangkal terlalu!ingatlah, ada yang lebih berkuasa dari kita iaitu MAHA PENCIPTA yang memberi nyawa kepada anda dan saya serta semua manusia.Masih terbayang angkuh kata-kata anda dalam siri kempen lepas, itu semualah yang membunuh anda!Ingat jangan bongkak dan angkuh, serta kalau pandai agama tak perlu menunjuk-nunjuk, dan mufti yang telah meninggal kisahnya jangan diungkit-ungkit, serta kisah membina masjid bukan perkara yang dihebah-hebahkan!masih ada masa anda berubah!
March 29, 2008 6:25 PM

MAHAGURU58 said...
Assalamualaikum brader!Tadi saya ada hantar komen tapi rasanya terlalu sensitif untuk brader pertimbangkan.Cuma satu saja soalan saya, kenapa sampai perlu dicarik segala fail fail kerajaan?Apa sebab musababnya?
March 29, 2008 6:48 PM

mashbuur said...
baru sedar ke dari lamunan mimpi indah? macam Pak Zzzzzz tuu...Join je laa PKR ke ... PAS ke... DAP ke...UMNO dah tak relevan lagi... kerana dipimpin oleh seorang yang sangat lemah lagi lak luk...PRU12 telah membuka mata semua rakyat Malaysia betapa parti perkamuman macam UMNO, MIC n MCA dah tak boleh pakai lagi dah...DAP n PAS telah memilih jalan benar untuk kesejahteraan rakyat Malaysia...bukan macam BN... hanya perjuangkan dan kepentingan kroni2 sahaja....tak payah nafi... rakyat bukan buta, pekak dan bisu...
March 29, 2008 7:29 PM

sebol said...
Datuk Seri Khir perlulah membuat surat permohonan kepada Ali Rustam untuk memasukkan blog ini ke dalam senarai 240 blog yang akan dipantau.Contoh surat boleh didapati di sini:-http://sebolku.blogspot.com/2008/03/surat-permohonan-untuk-disenaraikan-ke.html
Sekian terima kasih.
March 29, 2008 7:37 PM

wakijo said...
Salam DAto'...Kalau ingatkan kata2 dato semasa kempen PRU12 dulu sukar untuk dimaafkan...Nasib baik Bee End kalah..dato insaf dan sedar..kalau bee end menang,saya tak tahu lah betapa gobloknya dato...Insaf dan sedarlah..bukan parti yang berkuasa..ALLAH lebih berkuasa..bukan DEB yg memberi rezeki..tapi ALLAH yg maha pemberi rezeki...Tiada apa pun yang istimewa sebagai rakyat marhein menjadi ahli umeno...Wasalam
March 31, 2008 4:31 PM

Bunda said...
Hey, Dr Toyo,I'm also one of those who voted against you and the corrupt BN.Although you wish to change the system, I think the system has changed you instead.So, as thinks go, UMNO and the BN will die a natural death. Maybe if we are all lucky, by the next GE.Cheers....
March 31, 2008 7:54 PM

anakbanjar said...
Assalamualaikum Dato,Welcome to this very competitive environment where you will have to fight for sttention. If you fail you will be rewarded with a "PENYAPU".Wasssalam
March 31, 2008 9:36 PM

TheKingg said...
Welcome to the CyberWorld YB. Find it interesting that you have so many comments? Encouraging? I do not really think that you will read all the comments.... But if you really do, my apologies (but I still think you won't)Blogging is really a good way of expressing as you & BN has tasted the POWER!!!Please take note that BN has lost 2/3 was NOT due to the fact that BN has overlooked the Bloggers but is due to the fact that the RAKYAT has lost confidence in BN!!! Please be sincere and admit it and not to blame on Bloggers!!!Please heed the wake up call.
March 31, 2008 11:20 PM

chuchueey said...
Welcome to the world where the netizens are victimised by MSM because our true feelings are not allowed to be published.You can re-invent your own relevance and that of your party if do not do the things that the Umnoputras did to screw themselves up. Stop playing racial politics - 52% of Peninsular Malaysians(the really truly Bangsa Malaysia) have spoken. Dont be the spokesman for UMNO in the blogsphere because nobody will believe what you say. If you need to hentam UMNO, do it because you dont owe it to Pak Lah or anyone else to speak the truth, and the more truth you speak the more credible you will become.So good luck to you.
March 31, 2008 11:33 PM

9 ulasan:

kak ja berkata...

Salam Sheikh, kalau dipaksa memilih, Sheikh akan kategorikan diri sbg yg mana? A: Makhluk Syok Sendiri, atau B: monyet atau C: goBlog? Sori, D: none of the above bkn salah satu pilihan...hahaha..

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ja,

Saya pilih A: Makhluk syok Sendiri.

Saya tak rasa berdosa kerana pilihan ini.Ka...ka....ka...

said mirro berkata...

salam sheikh,
kita tgok smpai mana dia bleh pi

kak ja berkata...

Sheikh, at least lbh baik drpd combination A, B & C - monyet goBlog syok sendiri, kan? Kan kan kan? hahaha..

sheikh teluk intan berkata...

Salam Saidmirro,
Terima kasih singgah disini.

Saya rasa mamat ni boleh pi jauh sampai ke bintang kejora...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ja,

Pernah tak, saya tidak pernah bersetuju dengan Ja? Rasanya tak pernah kan...kan.?

kak ja berkata...

Salam Sheikh, sesekali kena bangkang jugak cakap org tua ketegaq ni... takut nanti saya semakin keras kepala..hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Sheik,

KToyol pun dah pandai bloging ke? Nak percaya dengan tidak je..., tapi tak mustahilkan dalam abad 21 ni, macam2 boleh jadi, betul tak.

Anjing kalau dah tersepit (ini peribahasa tau, tak gelar sapa2 pun) iniLAH caranya, alasan nak mendekati rakyat konon2 LAH.

Maaf, sebab saya betul2 menyampah dengan si Toyol Katek ni. Saya masih ingat lagi masa Toyol Katek ni buat lawatan sambil belajar di Kampung Baiduri (Jalan 222, Pjaya)kira2nya masa awal jadi MB dulu, masa sampai di rumah Pak Mertua saya (Pak Mertua saya Ketua Penerangan Sarkis kawasan situ LAH)
Kelam-kabut orang tua tu keluar rumah menyambut si Toyol Katek ni, dan habisLAH seisi rumah bersalam dengan dia (termasukLAH isteri tercinta, angin satu badan pun ada, pasal bukan muhrim, mana boleh salam).

Kecuali saya yang sedang baca paper sambil berdiri di belakang kereta (bonet) yang tak bersalam, saya perasan dia pandang2 tapi saya buat derk saja, lepas tu dia blah sambil senyum ala-ala toyol nampak duit yang disorokkan.

Dia ingat saya nak terhegeh2 nak sambut dia dengan senyum hipokrit, pi mampusLAH.... lepas tu baru saya terperasan kat cermin belakang kereta saya ada pelekat cermin bendera warna hijau. Pak Mertua saya apalagi (pencen askar bekas Pegawai Waran 1) paham2 jeLAH dia punya bebel, kononya saya tak hormat pemimpin..... Fanatik giler orang tua ni dgn parti sarkis diorang tu.

Tapi saya tak tau la Pak Syeikh, kenapa saya meluat sangat tengok si Toyol Katek ni, coz my first impression when look at his face said this Toyol (omputih panggil Toyol apa ekk..???) can't be trusted. Sekarang apa dah jadi, ha... sangakaan ku benar belaka.

Sekarang ni dah pandai Blogging pulak, dia bukanya jujur nak blogging, sekadar nak buat survey sokongan rakyat pada dia atau parti sarkis ni, sambil menabur janji2 manisnya dalam blog dia nanti dengan harapan ada pembaca yang sangkut dan terpengaruh, dia punya (mentaliti swing atau pembersihan otak) secara halus.

Kalau sebab kekalahan dalam PRU12 dengan alam siber (Bloggers), maka cara untuk mengatasinya mestilah dengan senjata yang sama atau lebih canggih dari yang ada. Renung-Renungkan LAH.

Maaf panjang sangat saya menceceh kat sini, saya chow duluLAH..., moga Pak Sheik sihat dan dapat menulis dengan idea yang lebih mengancam.

Wassalam (Aku tetap tak percaya dengan Toyol Katek sekor ni)
AimanCRS

Maaf

sheikh teluk intan berkata...

Salam, anonymous,

Terima kasih mengunjungi blog teman yang tak berapa bagus ni.

Dalam bahasa Inggeris toyol mungkin disebut loyot hahaha.

Komen saudara tepat, amat tepat. Suka saya membacanya.Tentang bapa mertua tu yang masih cinta pada parti sarkis saudara perlu bersabar. Doakan dia supaya masuk Pas atau PKR. Itu saja yang mampu dibuat oleh seorang menantu yang hebat. Berhujah dengan beliau, jangan sekali. Takut kita terbedosa!

Apapun Takbir....dan salam