Sabtu, 16 Februari 2008

Respon Terhadap Tahun Merawat Negeri Kelantan:Khusus Buat Najib!

Najib telah mengisytihakan Tahun 2008 sebagai 'Tahun Merawat Negeri Kelantan'.

Janganlah sesiapa pun marah pada Najib. Biarkan dia, termasuk bosnya, mengisytihar seribu slogan. Makluk bumi dan langit tahu bahawa Najib dan sekutunya adalah pakar dalam bab mencipta slogan tapi gagal merealisasi makna slogan yang dilaungkan!

Sekali lagi teman berpesan jangan marah pada Najib dan biarkan beliau dan sekutunya kojol dengan slogan yang bergema kuat tapi kosong isinya!

Cuma teman hendak bertanya Najib dengan suara yang penuh kasih sayang:

"sudahkah kau lihat diri sendiri dicermin kaca . Kalau belum, cari cermin dan tengok diri sendiri dan kemudian engkau akan lihat imej diri sendiri di dalam cermin yang jelas mengetawakan diri kau sambil berkata:

" Wahai diriku yang bernama Najib , engkaukah yang akan merawat Kelantan yang dikatakan menghadapi masalah kesihatan dalam bentuk ketiadaan pembangunan dan kemiskinan, sedangkan diri kau sendiri yang patut dirawat".

"Masihkah kau tidak ingat bahawa, penyakit kau sebagai lelaki dayus yang sanggup membiarkan isteri sendiri berlaga pipi dengan aktor filem hindustan perlu dirawat dengan segera. Sesungguhnya ketahuilah wahai Najib, engkau tidak akan dapat mencium kewangian surga kalau kau ada penyakit dayus!"

"Dan perlulah kau ingat bahawa penyakit misteri yang berhubungan dengan isu komisyen masih menganggu hidupmu siang dan malam"

"Juga , jangan kau lupa penyakit kronik yang kau hidapi akibat virus Monggolia".

"Wahai Najib adakah penyakit-penyakit kronik itu sudah dirawat ? Kau jawablah sendiri!".

Selain dari Najib yang pada teman berpenyakit kronik dan oleh itu tidak mampu merawat sesiapa, siapakah lagi yang diharap mampu merawat Negeri Kelantan yang dikatakan berpenyakit.

Mungkinkah si Anuar Musa?

Oh, kalau Anuar Musa , sebahagian besar rakyat kelantan akan ketawa besar!

Rakyat Kelantan tidak pernah lupa tentang cerita pelbagai penyakit kronik yang dihidapi oleh Anuar Musa.

Diantara penyakit kronik yang dihidapi oleh Anuar Musa, ialah penyakit gila babinya untuk menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, sedangkan beliau mempunyai masalah dengan Sultan.

Penyakit yang berpunca dari Virus PPRT juga masih belum hilang dari batang tubuh Anuar Musa.

Oleh yang demikian , Anuar Musa juga perlu terlebih dahulu berusaha dengan lebih gigih untuk merawat pelbagai penyakit kroniknya sebelum mengilababi hendak merawat Kerajaan Kelantan yang diperintah oleh Pas yang cuma mengidap demam selsema. Hanya dengan menelan dua butir ubat selsema, dengan izin Allah ,demam selsema boleh sembuh dengan pantas.

Tak payahlah teman huraikan panjang lebar mengenai orang yang berpenyakit kronik seperti Najib dan Anuar Musa . Cuma teman nasihatkan mereka supaya segera berubat sebelum hendak merawat Negeri Kelantan yang tidak ketinggalam dalam soal membangun dari segi fizikal dan rohani!

Di kesempatan ini juga teman ingin mengingatkan Najib selaku bakal Perdana Menteri( kalau BN tak terguling dalam PRU ke 12 nanti ), supaya jangan sengaja butakan mata sendiri sehingga tidak nampak bahawa kerajaan BN yang diketuai oleh bosnya merangkap kaki bohong nombor satu seMalaya ,dari dulu hingga kini mengidap penyakit kronik yang sukar untuk diubati.

Namakan penyakit yang tak melekat dibatang tubuh kerajaan BN? Fuuuhhh, tak terkira banyaknya. Satu dunia sudah tahu!

Penyakit kronik yang utama ialah rasuah. Penyakit ini boleh menjadikan negara ini bangkrap, sebangkrapnya!

Penyakit kronik yang tidak kurang penting ialah, zalim. Kesemua rakyat sentiasa diancam oleh akta zalim ISA. Kalaulah Bang Dollah, PM Malaya merangkap Menteri Dalam Negeri merasakan diri beliau dan kroninya dalam bahaya sekiranya rakyat bangun bersuara menyatakan kebenaran ,maka akta zalim ISA akan digunakan dengsn mengunakan kuasa yang tak terhad!

Penyakit kronik yang tidak kurang merbahaya ialah penyakit pemimpin BN yang tak tahu malu. Contoh mudah : buat masjid banyak-banyak, tapi Najib dan sekutu jarang bersolat di masjid melainkan pada hari-hari tertentu.

Contoh lain, Najib dan sekutunya banyak bercakap tentang Islam, tapi anak bini tak menutup aurat.Belum lagi teman huraikan secara detil tentang kes seorang bakal Perdana Menteri yang tak tahu malu mengatal dengan bini orang dan sanggup menuduh bekas isterinya sebagai gila!

Penyakit kronik yang masih belum ada penawarnya ialah penyakit munafik pemimpin BN. Hari ini cakap lain, besok cakap lain. Kata nak jaga kebajikan rakyat, tapi dalam masa yang sama menaikkan pelbagai harga barangan dengan alasan yang bodoh.

Penyakit kronik kerajaan BN yang juga cukup merbahaya ialah penyakit kurang atau tidak percayakan syariat Islam. Penyakit kronik ini ada hubungan dengan penyakit akidah. Akibatnya kadar jenayah meningkat dari tahun ke tahun. Banyak tempat di Malaya sudah tidak lagi selamat.

Kalau hendak ditulis tentang penyakit kronik kerajaan BN, 7 hari 7 malam tak selesai untuk dicatat.

Sayangnya penyakit ini tak mampu dirawat oleh pemimpin BN kerana mereka sendiri pun berpenyakit kronik, yang sukar untuk disembuhkan melainkan dibunuh ibunya!

Sekali lagi , teman nasihatkan Najib dan sekutunya , rawatlah diri sendiri dan kerajaan BN yang mengidap pelbagai penyakit kronik , sebelum memekik terlolong setenggah kojol untuk merawat Negeri Kelantan.

Teman cadangkan juga supaya Najib dan sekutunya menukar slogan "Tahun Merawat Kelantan" kepada "Tahun Merawat Pemimpin BN dan Negara". Slogan ini lebih relewan!

Dan kaedah yang mampu merawat Malaya akibat jangkitan virus yang dibawa oleh BN ialah dengan menumbangkan kerajaan BN . Dalam hubungan ini, rakyat mesti bangun serentak dan melaungkan "TAK NAK BN " dan beri undi kepada parti-parti politik pembangkang pada 8 Mac 2008.

Kalau nasihat teman dan kawan-kawan yang lain untuk menumpaskan BN diabaikan , maka terimalah akibatnya nanti dimana pemimpin mangkuk ayun @ BN seperti Najib yang berpenyakit kronik akan terus berkuasa dan menindas rakyat zahir dan batin!

3 ulasan:

Unknown berkata...

kesian sungguh saya akan para pemimpin umno/bn yang berpenyakit dalaman yang bukannya luaran.
penyakit dalaman ini kena dengan merawat bahagian dalaman dengan UBAT YANG DINAMAKAN IMAN YANG HAKIKI IAITU RUKUN IMAN 6 PERKARA DAN RUKUN ISLAM 5 PERKARA.
INSYAALAH PENYAKIT PRONIK TERSEBUT AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT ITU PUN KALAU YANG EMPUNYA DIRI MAHUKAN KESEMBUAHAN DARI PENYAKIT YANG DI TANGGUNG.
kalau tak mahu dan enggan berubah maka tanggung sendiri di akhirat nanti tak ada orang nak nasihat dan tolong. kerana masa sudah pun tamat untuk bertolong bantu dalam kebaikan.

fikir guna otak sendiri itu pun kalau ADA OTAK.

Idham berkata...

orang sakit nak datang kelantan pastu nak rawat kelantan. Najib toksah datang ke kelantan nanti makin rosak orang kelantan kerana terkena jangkitan dari Najib Tun Razak tuh eee bahaya tuh akhh ptuih! My blog: Cabai Burung

sheikh teluk intan berkata...

Salam Sdr Dasuki_tmc dan Sdr Idham.
Terima kasih melawat blog teman yang serba lekeh dan terima kerana kongsi pendapat disini.

Salam.