Khamis, 10 Januari 2008

Ingatkah Kita Di Bulan Muharam Berlaku Peristiwa Pembunuhan Cucu Rasulullah S.A.W?

Hari ini Umat Islam menyambut ketibaan bulan muharam. Dan seperti lazimnya,terdapat banyak ucapan dari tokoh-tokoh agama dan politik, sempena sambutan bulan Muharam. Kebanyakkan, isi ucapan , tidak kira yang cenderung kepada UMNO atau Pas tidak banyak beza , iaitu kita mesti menghayati semangat hijrahtul rasul. Memang tidak ada salahnya , ucapan yang sedemikian. Tapi bila teman baca tulisan kawan blogger yang teman cukup senangi, iaitu Baqak aka penarikbeca, mata teman berkaca. Airmata teman mengalir perlahan ke pipi. Tulisan beliau ringkas tetapi cukup menikam kalbu:

"Selamat menyambut Muharram. Bulan ini adalah bulan kesedihan Ahlul-Bait 'a.s.s. dan pecinta mereka. Imam 'Ali Ridha 'a.s. berkata, “Ketika bulan Muharram tiba, tidak seorang pun melihat ayahku tertawa. Hari-hari dilalui dengan sedih sampai hari kesepuluh. Ketika hari kesepuluh tiba, iaitu hari musibah, kesedihan dan hari tangis beliau semakin memuncak. Beliau bersabda, “Hari ini adalah hari dibunuhnya Husain 'a.s.”.

Teman pun tak tahu mengapa setiap kali teman teringat atau diingatkan tentang peristiwa trajis yang berlaku ke atas Imam Husain a.s,jiwa teman terasa hancur lebur dan kesedihan yang sukar untuk diungkapkan merobek seluruh jiwa raga teman.

Sungguh kejam, biadap, zalim dan tak berhati perut para konspirator yang tergamak membunuh cucu kesayangan dan buah hati Rasulullah s.a.w semata-mata untuk menguasai tampok pemerintahan yang tidak layak bagi mereka. Semoga Allah melaknati sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembunuhan Imam Husain a.s di Karbala.

Walaubagaimanapun ,sebahagian besar umat ini kurang sangat mengingati peristiwa trajis yang berlaku ke atas cucu kesayangan Rasulullah S.A.W dibulan Muharam , seolah-olah peristiwa trajis di Karbala cuba disorok dan para konspiratornya cuba dilindungi atas alasan ianya adalah peristiwa sejarah yang tak perlu diungkit lagi . Disinilah perbezaan ketara diantara pencinta Ahlul Bait yang sejati dengan sebahagian umat yang lidah mereka mengaku mencintai Ahlul Bait, tetapi hati mereka tidak terusik sedikitpun dengan peristiwa trajis di Karbala.

Sepatutnya seluruh pejuang Islam diseluruh dunia mencontohi semangat kental Imam Husain a.s yang tidak pernah walaupun sesaat takut untuk menghadapi manusia-manusia zalim demi menegakkan panji kebenaran , sebagai bukti dan tanda kasih kepada Ahlul Bait yang cuba dilupakan oleh pihak tertentu kerana sebab yang mereka sahaja yang tahu!

2 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Salam tuan sheikh,
Terima kasih kerana menulis cerita ini. Benar - Peristiwa Karbala jarang diperkatakan. Belum tgk blog pak Bakaq hari ni.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Puan,

Terima kasih kerana membaca posting saya berhubung dengan Peristiwa trajis di Karbala. Tujuan saya hanyalah untuk mengingatkan pada diri sendiri dan umat ini tentang pembunuhan cucu dan buah hati Rasulullah S.A.W.yang tersangat jarang diperkatakan.