Khamis, 10 Januari 2008

Hari Ini Teman Tak Sentuh Sikitpun Isu-Isu Politik Malaya

Dah banyak hari teman tak tulis apa-apa. Saja teman menyibukkan diri di studio. Kononnya nak siapkan lagu-lagu yang sudah siap disusun untuk dirakam menjadi sebuah album. Tapi kasihan pada diri sendiri, hasilnya baru dua buah lagu yang telah dimasukkan muziknya. Dua lagu tu pun masih perlu digilap lagi dari segi susunan muziknya. Belum lagi termasuk kerja mixing dan mastering.

Memang kerja ini, meletihkan. Cuba bayangkan , dua hari suntuk, siang dan malam berperap dalam studio , hanya dua buah lagu yang mampu disiapkan.

Kekadang teman bertanya pada diri sendiri 'apa dah jadi dengan aku ini', dari seorang eksekutif disebuah syarikat GLC, bertukar professi dalam bidang muzik. Inilah akibatnya bila kemahiran teman tak dipelbagaikan. Dan kemahiran yang teman miliki kebanyakkannya , memerlukan kerja menulis dan bercakap. Sedangkan teman dah tak larat nak buat kerja macam itu lagi.

Kalau ditakdirkan teman sihat, kemungkinan teman tak akan berhenti kerja. Seronok juga berkerja di syarikat lama , kerana setiap bulan dapat gaji melebihi elaun ahli Parlimen. Tapi nak buat macamana, orang sakit macam teman sebaiknya berhenti.Maka , terpaksalah teman membuat kerja yang tak perlu menulis kertas kerja yang berjela-jela dan dalam masa yang sama tak perlu repot pada pihak pengurusan atasan yang kebanyakkanya tak tahu apa yang mereka mahu. Dan teman juga , tak perlu lagi mengurus staf dibawah kawalan yang mempunyai seribu satu macam perangai terutama mereka yang mempunyai kemahiran mengampu yang tinggi dan tak malu teman nyatakan bahawa ada masa dan ketika tertentu , teman pun pernah terpesona dan terpedaya.

Pernah kawan-kawan bertanya pada teman, mengapa tiba-tiba teman melibatkan diri dalam muzik selepas bersara kerana terima VSS. Jawapan teman: " Katakan tiba-tiba Pas berjaya memerintah Malaya, muzik keluaran studio teman boleh dijadikan model atau penanda aras yang boleh diikuti oleh pemuzik-pemuzik lain".

Mungkin jawapan teman bunyinya agak bombastik. Atau mungkin jawapan teman terlalu simplistik, seolah-olah kesemua jenis muzik di Malaya tidak boleh dijadikan model kerana tidak islamik.

Okaylah, baiklah teman berterus terang tanpa berganjak dari jawapan yang pertama bahawa teman yang sakit, perlu mengaktifkan otak supaya tidak terlalu berkarat dan dalam masa yang sama teman mencuba mencari rezeki melalui bidang ini. Apatah lagi bidang muzik ini, memang teman minati sejak remaja dulu dan teman akan mencuba sedaya upaya agar muzik teman tidak terpesong dari etika Islam. Harap-harap , Mufti Perlis akan memantau muzik teman agar tak keluar dari landasan . Apapun, teman berharap agar beliau janganlah terlalu terikut sangat dengan salah seorang ulama pujaannya, iaitu Sheikh Nasiruddin Al Bani, yang fatwanya tentang muzik terlalulah keras, sekeras kepala otak Bang dollah dan menantunya !

Jelas sekali , posting teman kali ini adalah diantara yang paling sopan mengikut ukuran para diktator dulu dan kini, kerana tak sentuh sikitpun tentang isu politik Malaya, yang memang sentiasa dalam keadaan haru biru. Dan dalam posting kali ini teman juga tak sikitpun mengusik Bang Dollah dan kerajaan BNnya yang sudah sampai waktu dan ketikanya dihumbankan ke laut China Selatan atau Laut Mati pada Pilihanraya Umum yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Teman dah cakap ,bahawasanya teman hari ini sikitpun tak sentuh tentang politik Malaya yang telah dikotori oleh BN yang sejak 50 Tahun yang lalu telah menaburkan sejuta jenis najis sepanjang tempoh pemerintahannya, dan oleh kerana itu ,janganlah kawan-kawan hairan pada hari ini teman lebih banyak meraban tentang muzik!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Betul kata Pak Syeikh tu. Ramai orang x percaya apa yang PAS boleh buat kalau memerintah nanti. Antaranya yang paling takut adalah orang-orang seni.

Memang kena ada modelnya. Muzik Debu tu bagi saya sangat unik dan 'intektual'. Bukan apa, nak harapkan nasyid2 yang ada di Malaysia ni, sesetengahnya rasa terlalu naif dan mengada2.

Sudikah Pak Syeikh muat-naikkan sedikit sample lagu2 Pak Syeikh? Teringin juga nak dengar.

Teman asal Teluk Intan, masa di Universiti dulu rajin terlibat dengan kawan-kawan main band un-plug lagu-lagu puisi. Tapi teman gheti menyanyi je. Main muzik haram x tau.

Teruskan usaha Pak Syeikh.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Akhi Zam,
Terima kasih sudi berkunjung di blog teman yang tak sepertinya.

Tentang pemintaan akhi supaya teman 'upload 'lagu-lagu dari studio teman,ke dalam blog ini, buatmasa ini tak dapat dilakukan kerana belum dimasukkan vokal walaupun muziknya telah rakamkan sehingga semalam 6 buah lagu, kerana teman belum ada vokalis yang sesuai. Masalah, teman, belum ada penyanyi yang sesuai. Orang tua, macam teman, tak sesuai menyanyi di Malaya. Kalau sudi datanglah ke studio teman ,bolehlah kita berkenalan dan bertukar pendapat.Anak muda sekarang punya daya pemikiran yang tinggi.Teman sanggup jadi pendengar yang setia.