Khamis, 6 Disember 2007

Sekadar Nak Cerita: Teman Ke Hospital Hari ini!

Hari ini teman pergi membuat 'medical check up' di klinik pakar neurologist, Hospital Tawakal. Seperti biasa, bekas pemandu teman sewaktu bekerja dulu terpaksa mengambil cuti untuk membawa teman ke Hospital Tawakal. Dia masih setia pada teman, walaupun teman dah berhenti kerja.

Sebaik sahaja teman masuk jumpa doktor pakar neurologist, yang sekarang menjadi kawan yang baik, dia bertanya teman mengapa hari ini teman kelihatan lemah sangat. Teman diam. Tak tahu nak jawab apa-apa.

Memang teman lemah longlai, mungkin kerana kandungan dadahnya yang tinggi dalam setiap butir ubat yang terpaksa teman telan setiap hari. Ataupun waktu semakin dekat untuk teman mengucapkan selamat tinggal kepada dunia yang fana ini.

Namun demikian teman, mahu hidup lagi. Dan teman tanya doktor yang hampir 11 tahun merawat teman, samada penyakit ini boleh disembuhkan. Maka dia menjawab, manusia berusaha, yang menyembuhkan ialah Allah. Hampir lima minit teman terpaksa mendengar kuliah tauhid dari doktor pakar yang telah menunaikan haj sebanyak dua kali.

Hari ini sahaja hampir RM300 ringgit meloncat keluar dari poket teman untuk membayar kos konsultasi dan ubatan bagi tempoh dua minggu. Duit Vss dulu semakin hari semakin susut.

Jika ditakdirkan teman sihat,bolehlah teman cari rezeki. Mungkin teman akan tunaikan permintaan seorang kawan untuk bersama dengan syarikatnya , menjadi konsultan latihan, iaitu melatih kakitangan syarikat swasta dan kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan kepengurusan. Atau pun sambut tawaran orang kuat Open University untuk menjadi pensyarah sambilan.

Moga teman akan sembuh. Amin. Apapun, dalam keadaan sakit atau sihat, dengan izin Allah teman akan terus menentang kezaliman kerajaan BN , setakat yang termampu! .

Dan kalau minggu depan teman segar sedikit, bolehlah teman siapkan kerja menyusun muzik untuk beberapa buah lagu di studio rakaman , milik teman di Kajang Utama. Terdapat beberapa buah lagu yang sengaja teman cipta untuk bang dollah dan kerajaan BN.

Sekiranya Bang dollah masih mempunyai perasaan, dia sepatutnya akan menanggis sambil berguling-guling dilantai bila mendengar lagu ciptaan teman nanti!

Kalau album teman laku mudahlah lagi jalan teman dan geng untuk buat konsert seperti yang teman bayangkan dalam posting bulan lepas.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anta ada studio? menarik tu

sheikh teluk intan berkata...

Salam akhi,
Sekarang comment form di blog ini dah ok. Ana dah jawab soalan di blog anta. Teman jawab ringkas, bahawa ana ada recording studio. Sedang cuba belajar buat album.
Salam.