Lihat muka depan Utusan Malaysia Online hari ini, anak arwah Tun Razak yang sekarang TPM Malaya menyatakan , adalah tidak masuk akal bagi team pembangkang untuk menurunkan harga petrolium, sekiranya mereka berkuasa.
Berkatalah si Najib anak bekas PM kedua Malaya lagi, negara akan jatuh bangkrup kalau usul/janji parti pembangkang untuk menurunkan harga petrolium dilaksanakan sekiranya dipilih oleh rakyat, dalam keadaan harga komuditi tersebut sedang melambung tinggi.
"Mana mereka letakkan akal?" kata Najib lagi yang tak percaya harga petrolium boleh diturunkan sekiranya pembangkang berkuasa. Janji dan usul sejenis ini adalah taktik pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat.Begitulah lebih kurang kenyataan selanjutnya bakal Perdana Malaya yang ke enam sekiranya bang dollah turun tahta atau tiba-tiba mengadap Penciptanya.
Entahlah apa yang teman nak cakap tentang si Najib tuan punya istilah 'Glokal'.
Apa yang boleh teman cakap, mentaliti si Najib ini rupanya masih ditahap beku, sebeku-bekunya. Sebagai seorang pemimpin negara beliau tidak sepatutnya berfikiran seperti ahli JKKK.
Adakah Najib Glokal telah lupa, mentornya sewaktu dulu, iaitu Tun Mahathir telah menongkah arus dalam menghadapi krisis kewangan pada tahun 1998 dan telah dengan beraninya mengikat mata dollar pada kadar RM3.80 dan dalam masa yang sama menolak bantuan IMF. Dan adakah dia telah lupa , pada waktu yang kritikal itu, kebanyakkan pakar ekonomi di Malaya dan antarabangsa mengumpat tindakan Mahathir sebagai tak masuk akal. Namun, terbukti kemudiannya, si penyangak mata wang, George Soros,pun turut memberi tabik hormat kepada keberanian Mahathir melawan arus semasa krisis kewangan yang berlaku disekitar tahun 1997/1998 .
Pemimpin yang punya pemikiran yang hebat dan prihatin terhadap kebajikan rakyat ,tentunya mempunyai pelbagai cara untuk menghadapi sebarang masalah, termasuk dalam isu kenaikan harga petrolium. Bukan pemimpin hebat namanya, sekiranya kepandaiannya cuma setakat mencari helah yang akan membebankan rakyat yang semakin terhimpit akibat dasar kerajaan BN yang tak berhati perut dan akalnya diletak di kepala lutut!
Kenyataan Najib terhadap usul/janji parti pembangkang untuk menurunkan harga petrolium kalau diberi mandat untuk berkuasa, jelas menunjukkan beliau termasuk seorang yang terlalu lama terperangkap dalam pemikiran ekonomi yang kuno dan kerana itu terus bertempik bahawa akibat dari harga pasaran petrolium semasa didunia naik, maka kerajaan BN tidak ada jalan lain melainkan akan menaikkan harga komuditi tersebut, walaupun Malaya adalah negara pengeluar minyak.Begitu mudah cara berfikir si Najib yang bernafsu besar untuk menjadi PM Malaya tetapi IQ dan EQnya menghampiri angka nol!
Walaupun, teman bukan pakar ekonomi, teman berpendapat bahawa harga petrolium boleh diturunkan atau selekeh-lekehnya dikekalkan ditahap sekarang melalui beberapa pendekatan dan formula ekonomi yang bukan terhasil dari pemikiran konventional dan kaku.
Teman percaya usul/janji pembangkang untuk menurunkan harga petrolium bukan omongan kosong. Ianya tentu telah dikaji dengan mendalam dari pelbagai sudut dan teman percaya , pemimpin pembangkang akan mengunakan pendekatan dan fomula ekonomi yang lebih elastik ,serta berani melanggar beberapa prinsip ekonomi konventional yang berasas kapitalisme . Dan pendekatan dan formula ekonomi sebegini, sesungguhnya tidak pernah terlintas dalam pemikiran Najib yang sejak dari dulu telah dibelenggu oleh 'school of thought ' yang telah menjadi lapuk ditahap kritikal.
Najib jelas sama seperti bossnya, yang terkenal diseluruh penjuru alam sebagai seorang pemimpin yang kaya dengan kebangangan yang luar biasa dan tidak punya wawasan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!
Kesimpulannya ,pemimpin BN termasuk Najib sesunguhnya telah lama jatuh bangkrup dari segi idea dan perjuangan. Hanya si dunggu dan tolol yang akan berusaha keras untuk meneruskan kebodohan yang nyata memilih BN , memerintah Malaya selagi ada matahari, bulan dan bintang dilangit!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan