Khamis, 29 November 2007

Kawan-Kawan Dalam Pas Jangan Buang 'Current'!

Kadang-kadang teman geli geleman, kerana masih ada kawan-kawan yang bercakap dan berceramah bahawa Pas akan dibubarkan sebaik sahaja UMNO mengubah dasarnya pada Islam. Dalil yang mereka bawa ialah, kenyataan Tok Guru Nik Aziz.

Percayalah dasar Islam sebagai teras perjuangan, tidak akan membawa apa-apa makna yang signifikan kalau pemimpinnya masih buta Alqur'an. Teman tak mahu mengungkit sejarah beberapa abad yang silam dimana muncul beberapa dinasti yang dikatakan pemerintahan Islam tetapi dipimpin yang para Khalifah atau Sultan yang boros dan zalim terhadap rakyat. Khususnya, selepas Imam Ali Abi Talib dibunuh oleh musuhnya.Tetapi teman tidak menafikan terdapat sebilangan pemimpin Islam di zaman silam yang memenuhi piawai pemimpin Islam yang sejati.

Dan teman tetap berpendapat , perlembagaan sesebuah parti yang perjuangannya adalah berdasarkan Al-Quraan, Hadis Nabi, Ijmak ulamak dan Qias tidak akan membawa kesan yang besar kepada umat sekira barisan pemimpinnya tidak mempunyai kemahiran dan keberanian untuk melaksanakan tuntutan Islam, terutama dalam masyarakat Malaya yang kacau bilau pemikirannya.

Katakan UMNO meminda perlembagaannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Tok Guru Nik Aziz dan kawan-kawan seperjuangan dalam Pas, sanggupkah pemimpin dan ahli Pas larut bersama gerombolan pemimpin UMNO yang sedia ada?

Lihat muka Nazri Aziz . Lihat muka Rafidah. Lihat muka Rais Yatim. Lihat muka Zainuddin Maidin. Lihat muka Khir Toyo. Lihat muka Ali Rustam . Dan jangan lupa perhatikan sinar mata dan wajah bang dollah dan bang Najib.Adakah mereka memilki jiwa perjuangan islam? Kesemua mereka ini berani teman lebelkan sebagai hamba kepada pemikiran yang kacau bilau dan berkemahiran tinggi dalam melakukan kerja putar alam.

Pemimpin Umno yang tak disebut namanya di sini, teman percaya lebih kurang sama juga. Jangan salah faham, teman tak kata mereka bukan Islam. Yang cuba teman beritahu, pemikiran mereka kacau bilau, terutama dalam hal yang berkaitan dengan perjuangan Islam dan permasalahan umat!

Mungkin ada kawan-kawan akan berkata, Allah berkuasa untuk mengubah sesorang atau parti. Betul, tapi Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang sentiasa mencari kebenaran dan hati belum hitam sepenuhnya.Masalahnya, secara lahiriah, pemimpin Umno masih berpendapat bahawa perjuangan mereka adalah benar disisi Allah! sambil kedua belah tangan mereka terus merampok hak rakyat!

Kalaulah Pas sendiri yang dasar perjuanganya adalah jelas Islam tetapi masih juga kedapatan sebahagian pemimpin bertaraf ulamak yang lebih suka bermain batu seremban dengan anak-anak dan bini di rumah semasa perhimpunan aman 10/11, janganlah pula meraban dan merapu dalam ceramah untuk membubarkan parti sekiranya UMNO ubah dasarnya kepada Islam. Hayati ucapan Tok Guru Haji Abdul Hadi baru-baru ini , yang kalau difahami maksudnya adalah jelas bahawa ajal UMNO semakin dekat!

Oleh itu jangan buang 'current' tak tentu kira!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patutnya semua dari jenis yang gian sangat nak buang karan tu baca yangni sampai lumat!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam bakaq,
tulisan ini sebenarnya hasil ilham dari tulisan hang tentang ulama yang ponteng dalam perhimpunan 10/11