Jumaat, 30 November 2007

Sudah Berubahkah Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap Pas?

Semasa teman belajar lama dulu, seorang kawan yang 'majoring' dalam Pengajian Islam di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya telah mengajak teman untuk membantu dia membuat kajiselidik bagi tujuan menulis mini tesis yang bertajuk " Tinjauan Awal: Persepsi Masyarakat Malaysia terhadap Parti Islam SeMalaysia'. Kalau tak silap, penyelia beliau ialah Dr Engku Ibrahim.

Mulanya teman enggan kerana teman pun pada masa itu juga sedang sibuk menyiapkan mini tesis (tahun akhir).Tetapi mengenangkan dia sudah terlalu kelewatan memulakan penulisan dan sudah mendekati 'dateline' untuk menyerahkan mini tesisnya, maka terpaksalah teman membantu. Lagipun muka dia 'muka welfare'. Sebiji macam muka bang dollah!

Teman bantu dia membuat 'questionnaire' yang kemudiannya dipersetujui oleh Dr Engku Ibrahim. Teman tolong dia macam-macam. Dia seolah-olah goyong kaki dan teman pula yang berhempas pulas hendak menyiapkan bahan untuk penulisan mini tesisnya.

Contohnya dalam bab 'literature review' teman lebih sibuk dari beliau dalam mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Manakala dia sempat lagi menyibukkan diri dengan PMIUM di mana beliau begitu aktif sejak tahun pertama lagi.'

Diringkaskan cerita , teman ajak dia untuk mencari responden untuk ditemubual sambil mengisikan borang 'questionnaire'. Kalau nak tunggu'questionnaire' yang baru diedarkan tentu tak sempat.

Maka kami pun merayau-rayau di banyak tempat di sekitar Lembah Klang dengan' tape recorder' ,borang questionnaire serta surat dari Ketua Jabatan Pengajian Islam sebagai lesen untuk membuat kajian.

Ramai orang kami temui. Seronok juga dapat menemui orang dan berlagak seperti wartawan akhbar.

Teman ringkaskan hasil temubual yang kami buat seperti berikut:

Ditanya pada golongan anakmuda khusnya di pusat membeli belah. Mereka berkata: "Kalau Pas memerintah, susah anak muda hendak berhibur kerana panngung wayang tak ada, pusat disko diharamkan, band-band rock tak boleh hidup. Kami sokong BN, boleh terus enjoy ,macam dalam surga".

Ditanya pada seorang perniaga berbangsa China .Riaksinya :" Pas ,parti Islam manyak fanatik. Nanti gua punya'barang' kena potong'. Tatak boleh main judi. Tatak boleh makan babi.Hei yoooh manyak syhusha ho! Itu sebab Barisan juga manyak bagussss"

Ditanya pada seorang wanita separuh umur yang menghuni disebuah hotel murah di lorong Haji Taib:Riaksinya: "Saya benci Pas. Nanti saya kena hukum sula. BN , tak begitu".

Ditanya pada seorang yang mengikut ceritanya selalu keluar masuk penjara kerana mencuri.Riaksinya:" Pas ni, parti untuk orang-orang baik saja.Untuk orang jahat macam saya, tak boleh sokong Pas. Nanti tangan saya kena potong. Sokong BN, masuk penjara masih dibagi makan. Hidup BN kerana kami sama-sama jahat".

Ditanya pada seorang yang mengaku penagih dadah:Riaksinya: "Kalau Pas perintah, gua punya bekalan macam mana ? Tentu Pas akan perangi dadah habisan. Kerajaan BN dia rampas. Tapi bekalan masih tak putus beb. Gua ingat BN lagi best"

Ditanya pada seorang pegawai kerajaan:Riaksinya " Apa yang Pas tahu tentang ekonomi? Apa yang Pas boleh buat untuk membangunkan negara. Pas ni, parti yang tahu bercakap pasal halal haram saja".

Ditanya pada seorang ahli Darul Arqam yang berjubah dan berserban:Riaksinya: "Pas , buat cili sos pun tak tahu ,macam mana nak memerintah negara.?Negara Islam hanya boleh ditegakkan oleh Imam Mahdi. Pas elok makan belacan saja"

Demikian diantara persepsi negatif responden terhadap Pas yang boleh disimpulkan secara mudah seperti berikut: Orang jahat, pendokong sekularisme dan pejuang Islam yang keliru lebih suka memihak kepada BN. Dan BN boleh hidup selagi manusia jenis macam ini tak pupus lagi!

Kalau nak dicari responden yang mempunyai persepsi yang baik, cari penyokong Pas. Kesemua mereka sebulat suara berkata yang maksudnya hampir sama : "Hanya Pas sahaja yang boleh menegakkan negara Islam di negara ini. Umno dan BN , puak jahililyyah yang hanya pandai buat masjid dan hantar orang ke Mekah ".

Itulah sekelumit kenangan pahit dan manis teman semasa membantu seorang kawan menjalankan kajian untuk mini tesisnya.

Soalnya, masihkah sama persepsi masyarakat pada awal tahun 80an terhadap Pas jika dibandingkan pada tahun 2007?

Mungkin dah berbeza 360 darjah,kut. Maklumlah sekarang, Pas dipimpin oleh para Ulamak terbilang dan golongan professional cemerlang yang telah berjaya mengubah persepsi negatif rakyat terhadap Pas. Kalau belum berjaya........entahlah...... susah mahu cakap.

Tiada ulasan: