Khamis, 11 Oktober 2007

Tajuk Asal Telah Di Padam(Delete)

Hari ini hari Jumaat, sedangkan tarikh posting ialah semalam 11 Oktober. Baiklah teman cerita mengapa ianya berlaku.

Sebenarnya teman telah menulis mengenai keinginan teman untuk menghantar Pak Lah dan para menterinya ke bulan sebaik sahaja , roket yang membawa angkasawan pertama Malaysia(ada pihak yang kata yang dihantar ialah 'spaceflight participant') dilancarkan ke angkasa . Tetapi teman telah delete posting tersebut kerana bunyinya semacam sedikit. Lebih kurang begini posting asal teman yang telah dipadamkan dan kerana itu tidak mungkin dapat di 'publishkan'.

"Kalau teman kaya raya, teman akan upah sekumpulan yang berkepakaran tinggi untuk membina sebuah roket. Roket itu semestinya paling besar bagi membolehkan Pak Lah dan Menteri-menterinya di hantar beramai-ramai ke Bulan. Di sana beliau dan sekutunya yang setaraf dengan sekumpulan Mat Rempit boleh menjadi penghuni tetap disana selagi hayat dikandung badan.

Di bumi ini, kehadiran mereka, khususnya di Malaysia tidak diperlukan lagi. Sesungguhnya kehadiran mereka boleh merosakkan pemandangan indah negara tercinta ini dan lebih dahyat mereka dan pemimpin terdahulu dari kumpulan spesis yang sama telah sekian lama menyeksa batin/perasaan teman. Ngapa teman kata macam itu?.

Sebabnya , dah lama sangat teman teringin melihat , negara ini diperintah berdasarkan Al-Quran dan Assunnah, tapi sampai kini, teman yang dah nak kojol, masih belum melihat usaha Barisan Nasional menuju ke arah itu. Bahkan BN adalah penentang utamanya. Memang batin teman cukup tersiksa. Kalau ikut firasat teman, cara demokrasi penuh najis ciptaan Barisan Nasional, cukup menyukarkan bagi parti pembangkang seperti Pas untuk memerintah Malaysia.

Sekali fikir, biarlah teman gulingkan kerajaan Barisan Nasional ini bukan melalui peti undi, tetapi dengan parang kontot yang teman gunakan untuk lancarkan amok. Tapi teman tahu ,itu kerja gila. Dan dapat teman bayangkan, sebahagian ulama berebut-rebut mengeluarkan fatwa berkaitan dengan 'kemelampauan' teman bahawa selagi pemimpin mendirikan solat dan tak mengajak umat ini melakukan maksiat, adalah salah kesalahan besar menentang kerajaan.

Fatwa ini bukan barulah mamat!. Teman pun ada hujah untuk lawan fatwa macam itu"

Itulah lebih kurang kandungan posting yang teman tulis semalam, tapi telah di'delete'kan kerana teman kira bunyinya agak kasar. Dan seolah-olah teman yang sakit dan lelah ini, kelihatan seperti mempunyai ciri-ciri "pengganas" mengikut takrifan Amerika dan sekutunya.Pada hal, teman seorang hamba Allah yang lembut dan menyayangi semua insan yang beradab.

Oleh itu, teman tak tulis apa-apa semalam walaupun hajat hendak menulis itu ada.

Tiada ulasan: