Assalamualaikum Bang Dollah.
Semoga sihat dan ceria selalu. Teman hari ini nak ucap tahniah pada Bang Dollah kerana hari ini genap 4 tahun jadi PM Malaya. Apa rasanya jadi PM, bang? Sedap? Adakah sesedap makan ubi rebus? Hanya bang dollah sahaja yang tahu. Betul tak bang?
Memang teman tahu, banyak cabaran yang terpaksa abang dollah tempuhi. Di antara cabaran tersebut ialah kritikan sebahagian rakyat terhadap Abang dollah. Teman cukup tabik pada bang dollah kerana buat bodoh terhadap setiap kritikan.Abang cuma buat-buat bodohkan? Bukannya betul-betul bodoh?
Untuk pengetahuan bang dollah, teman juga suka melihat cara bang dollah berpidato atau beri syarahan yang jelas menunjukkan kelainan dengan cara Tun Mahathir dan Bro Anwar. Tetapi teman larang anak bongsu teman untuk mengikut cara bang dollah berpidato atau bersyarah, kerana nanti diketawakan orang. Apa tidaknya, meninggi suara ditempat yang patut direndahkan dan selalu juga suara mendatar tak tentu kira. Jadi sekarang, teman sedang mengajar anak bongsu teman berpidato dengan puluhan teknik dan kaedah yang tentunya berdasarkan piawai antarabangsa.
Tak boleh juga teman sembunyikan betapa geli hati teman bila terbaca akhbar hari ini, seorang wanita telah secara tiba-tiba naik pentas semasa bang dollah sedang berucap di majlis pelancaran plan ECER di Kuantan semalam. Terpaksa bang dollah berhentikan ucapan bila wanita itu menyerahkan sesuatu pada abang. Dan abang dollah pun tanya wanita itu, "Apa ini?" dan wanita itu membalas dengan berkata ,"bunga". Yang lucunya, bang dollah berkata"saya bukan penyanyi". Kemudiannya wanita itu dibawa turun dari pentas oleh dua orang pengawal.
Bang, wanita yang membawa sekuntum bunga mawar merah jambu itu , mungkin dia terlalu sayangkan pada Perdana Menteri Malaya yang kacak. Ataupun wanita itu mungkin mahu beri bunga itu dengan harapan kewangian bunga itu dapat menghilangkan rasa mengantuk bang dollah semasa berucap. Walau apa pun, teman bangga, kerana abang dollah telah menunjukkan 'sense of humour' yang tinggi sewaktu berdepan dengan wanita mistri bertudung hitam semalam.
Teman, tak mahu ulas kegagalan atau kejayaan abang dollah sepanjang tempoh perkhidmatan 4 tahun sebagai Perdana Menteri Malaya. Biarkan orang lain buat ulasan. Teman kali ini hanya sekadar nak ucap tahniah. Semoga bang dollah bahagia dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah bagi menegakkan sebuah pemerintahan berdasarkan syariat Allah.
Selepas dari posting ini , teman akan masukkan sebuah klip video lagu yang berdasarkan puisi Bang Dollah yang teman lupa tajuknya, tapi ada kena mengena dengan hasrat bang dollah yang tak mahu harta bertimbun, tapi mahu mencari Iman As-Syafiee dan Imam Al-Ghazali. Klip Video lagu itu, anggaplah sebagai hadiah sempena 4 tahun bang dollah naik tahta sebagai PM Malaya. Sila lihat di posting terbaru teman seperti di atas yang tarikhnya sama dengan posting ini.
Assalamualaikum Bang Dollah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan