Selasa, 30 Oktober 2007

Sedikit Ulasan Tentang Ucapan Tok Guru Nik Aziz di Majlis Pelancaran ECER

Kalau teman melayari internet, Harakahdaily merupakan laman web yang pertama ,teman lawati. Dan hari ini yang mula-mula teman baca ialah transkrip ucapan Tok Guru Nik Aziz yang diletak dibawah tajuk "Ucapan Nik Aziz di ECER - Tazkirah Mursyidul Am PAS kepada Presiden Umno"
Sila rujuk dihttp://
www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama_lead/ucapan-nik-aziz-di-ecer-tazkirah-mursyidul-am-pas-kepada-presiden-umno.html

Teman telah memberi pandangan ringkas terhadap ucapan Tok Guru dalam kotak komen yang disediakan oleh Harakahdaily seperti berikut:-

"Kita berbangga dengan ucapan Tok guru. Sarat dengan kata-kata yang berhemah, walaupun terdapat unsur sindiran halus yang masih dalam kerangka tazkirah. Tetapi, saya tak pasti kalau terdapat kesilapan menaip(typing error) bila ada sebaris ucapan Tok Guru yang boleh diekploitasi oleh musuh seperti berikut
:"Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi".

Pada pendapat saya tak mungkin Tok Guru berucap sebegitu kerana beliau tahu bahawa apa sahaja yang hendak diciptakan oleh Allah adalah mudah walaupun dari sudut logika manusia, ianya amat sukar.

Saya yakin transkrip ucapan Tok Guru telah disilap taip. Dan harakahdaily sepatutnya lebih cermat sebelum menyiarkannya".

Demikian komen teman yang telah dipublishkan oleh harakahdaily bersama-sama dengan puluhan komen yang lain.

Teman juga membaca tulisan Mohd Sayuti Omar dalam blognya , yang membangkitkan rasa terkilan beliau terhadap ucapan Tok Guru Nik Aziz yang dikatakan tidak molek kerana disulami dengan kata-kata sindiran yang seakan tidak mesra tetamu dan pantun yang penuh emosional.

Baqak a.k.a
penarik beca pun dalam blognya juga menyentuh pendirian Kerajaan Negeri Kelantan,khususnya pendirian Tok Guru berkaitan isu rezab Melayu di Kelantan seperti berikut:"Tetapi saya sangat terhiris apabila Tok Guru memberi jaminan kerajaan Kelantan akan memberi sokongan penuh dalam merealisasikan pelan pembangunan itu. Adakah kerajaan Kelantan akan menyokong penuh pengambilalihan 66,736 km persegi tanah rezab Melayu atau 40 peratus kawasan ECER?"

Ahli-ahli Pas atau pendukung Pas yang lain, mungkin ada pandangan masing-masing tentang ucapan ataupun pendirian Kerajaan Pas di Kelantan dalam soal ECER. Kita bebas mengemukakan pendapat bagi kepentingan perjuangan Pas.

Seperkara lagi teman amat berharap agar Pas perlu berwaspada dengan setiap gerak geri Abang Dollah dan gengnya kalau mereka tiba-tiba sahaja kelihatan amat bersopan santun dan mesra dengan pemimpin-peminpin Pas. Memang wajar berwaspada kerana puak ini boleh berubah perangai setiap detik dan saat, maklum sahaja mereka seolah-olah makluk dua atau tiga alam.

Media arus perdana pula seakan mengambarkan Abang Dollah sebagai PM yang begitu "bersahabat" dengan Tok Guru dengan membimbing Tok Guru yang kita kasihi dengan tangannya semasa majlis pelancaran ECER semalam. Tapi jangan lupa ! tangan itu juga yang telah menandatangani penahanan atau melanjutkan tahanan ke atas ratusan insan Malaya tanpa bicara dibawah akta kejam ISA.

Tetapi teman akan bersyukur sekiranya ucapan Tok Guru semalam sedikit sebanyak menyentuh kalbu Abang Dollah dan gengnya. Dan alangkah indahnya kalau mereka kemudian berjumpa dengan Tok Guru dan kemudiannya berkata dengan penuh keinsafan : " Marilah kita bersama-sama membangunkan seluruh negara dengan berpandukan Islam yang hakiki."

Pasti teman di antara insan di Malaya ini yang akan menanggis tanda gembira kalau ianya benar-benar berlaku.

Tiada ulasan: