Hari ini teman menjengok beberapa laman web. Terdapat berita tentang penafian Timbalan Ketua Polis Negara ,Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz, yang menafikan anggotanya membakar bendera jalur gemilang.
Sebelum itu teman mahu menegaskan bahawa teman menghormati jalur gemilang kerana ia melambangkan kedaulatan negara. Namun demikian teman tidak pernah sampai ke tahap menjadikannya sesuatu yang suci. Dan sebagai lambang kedaulatan negara, adalah suatu perbuatan yang melampau kalau ada rakyat Malaysia yang membakar bendera negaranya sendiri. Membakar bendera jalur gemilang seolah-olah membakar kedaulatan negara.
Menurut Tan Sri Mohd Najib, kes bakar bendera ini sedang dalam siasatan. Kalau kes ini sedang dalam siasatan, apa perlu beliau menafikan anggota polis terlibat membakar bendera? Beliau sepatutnya menyiasat kenyataan Sdr Mohd Sabu dan Ketua AM PKR yang berkata bahawa yang membakar bendera jalur gemilang adalah salah seorang anggota polis.
"Najib, kau siasat dulu dan jangan mulakan dengan penafian. Adakah kau anggap semua Polis bersih dari melakukan kesalahan dan dosa? Kau pun tahu bekas Ketua Polis Negara (aku tak mahu ingat namanya), pernah didapati bersalah kerana membelasah setenggah mati matan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kau pun tahu ada anggota polis yang diberkas kerana meragut penunggang motosikal. Kau pun tahu dua ekor polis sedang dibicarakan kerana meletupkan Altantuya dengan bom C4. Kau pun tahu terdapat polis yang kerja sampingannya ialah melakukan rasuah. Ringkasnya pasukan polis Malaysia bukan sekumpulan malaikat yang sifat mereka bersih dari noda dan dosa".
Sebagai tambahan , teman berharap agar Tan Sri Najib meminta rakyat , media arus perdana dan termasuk pemimpin UMNO supaya menutup mulut mereka yang menuduh penyokong pembangkang yang membakar jalur gemilang. Dengan berbuat demikian , barulah Tan Sri Najib boleh dibanggai kerana bersikap professional dan layak sekarang juga untuk mengantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara. Itupun kalau Pak Lah setuju.
2 ulasan:
boleh saya bagi cadangan dan usulkan pada sekelian umat2 manusia , ahli politik sekalian semua, pemimpin2 negara, wakil2 menteri, sultan dan sultanah semua,, bergabung menjadi satu arah, agama, ilmu, kepandaian psikologi, penyertaan seberapa ramai pemuda, orang tua, makcik makcik , semua , agar tingkat kan ilmu, ilmu itu didlm perbagai kegunaan, didalam dunia, akhirat, pembelajaran, kepandaian seseorang, kepandaian yang sudah ada, digabungkan menjadi satu power untuk mengerak kan jana2 kuasa yang sekarang kurang, menjadi kanm mereka pro politik, pembelajaran yang bagus, dan kerajaan patut payong sepenuhnya untuk membuktikan mereka benar2 iklas dan saksama dalam menjalankan tugas, semua digerakkan dalam satu. menjadikan negara maju, makmur, dan apo2 jolah.. pas dan umno ka, bn kaa, mca kaa, keadilan kaa, apa kaa. semua harus mengerakkan tenaga muda dan tua dan apa ka, tdk blh pula digerakkan sorang2 , itu bleh jadi gila. blm ada dlm dunia mungkin, itu pun jikalau kurniaan tuhan, jadi semua pemimpin2, menteri2, ahli politik, us ka, hapa kaa, jikalau negara kita punyai kepandaian luar biasa yang digabungkan menjadi power root , uiyo, impak power beb, mungkin satu kesedaran buat semua yang kini byk nya lalai dalam perkara2, cadangan luar biasa untuk semua, kalau boleh comment ni, bg la seluruh rakyat baca, untung2 sendiri, negara, bangsa, agama, dan apo2 lah. bergabung tu bkan susah, tapi perlukan usaha dari pihak2 yang dikurnia jawatan2 tinggi ka, kepandaian ttg sesuatu kaa. apa kaa, dgn ini tingkatnya ilmu , negara kita byk keuntungan dari itu, bg pak lah bc pun baguih, dapek kita sama2 merasa bangga, dgn yang ada, kita lahir untuk berjuang, lahirnya kita ke dunia bkn sia2. tunjukkan pada dunia. dgn kepandaian kita akan kalahkan u.s ka apa kaa. singapore ka. tak yah gentar akan mereka, kita bijak kan diri dalam pelbagai, macam2 ada kira nya. pentingnya ilmu dalam kepelbagaian, biar umat kita pandai dlm segalanya, kita bukan lemah, tapi kita harus berjuang, berjuang dalam satu beb ,,,,,,uiyoooooooooo
mengapa tidak:)
Catat Ulasan