Sila lihat gambar seorang pemuda di sebelah kiri tulisan ini. Beliau cukup dikenali oleh seluruh makluk yang bernyawa di atas planet bumi. Oleh itu namanya, tak payah disebut disini. Cukuplah teman beritahu, bahawa beliau adalah menantu PM yang kita kasihi, merangkap Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, merangkap bakal Perdana Menteri Malaysia yang entah ke berapa.
Baru-baru ini, pemuda produk universiti Oxford telah menyatakan bahawa bloggers adalah sekumpulan monyet. Teman tak marah dengan kenyataan beliau. Ini adalah kerana hanya monyet sejati sahaja yang kenal monyet.
Ada seorang sahabat baik kepada teman yang telah tua ini , berkata bahawa pemuda lulusan Oxford itu termasuk dalam kumpulan babi. Dia bukan sebarang babi, tetapi dia juga seekor babi gila.
Lalu , pada sahabat tersebut, teman nasihatkan supaya menjaga mulutnya . Lidah perlu dijaga. Adalah tak elok membuat tuduhan seperti itu. Yang dituduh sebagai salah seekor babi dalam kumpulan babi, sebenarnya adalah seorang insan yang paling mulia disisi bapa mertuanya.
Namun sahabat baik tersebut , terus memarahi teman dengan kata-kata yang pedas:"hei yop, kau apa hal pertahan seekor babi ini. Apa yop dapat dari pemuda babi ini. Ada dia beri yop duit semasa yop susah. Dia pun tak kenal yop sebab yop tak terkenal. Oleh itu, yop kena sama-sama kata bahawa dia adalah seekor babi gila dalam kumpulan babi, kalau tidak yop jelas penyokong seekor babi gila".
Sesungguhnya sahabat baik teman masa itu sedang dibakar oleh api kemarahan. Tambahan pula dia masih muda. Usianya tua empat tahun lebih tua dari pemuda yang digelar seekor babi gila. Biasalah, orang muda berdarah panas. Teman dah tua. Orang tua, walaupun marah pandai mengawal kemarahannya. Itu sebab, teman pekakkan telinga bila sahabat baik teman yang masih muda itu memarahi teman dengan kata-kata yang kesat.
Mungkin kalau disaat ini teman masih muda, teman akan mengeluarkan kata-kata yang lebih brutal. Contohnya:" Wahai pemuda lulusan Oxford, perangai kau seperti budak lulusan UPSR. Kau bukan setakat babi gila tetapi kau juga gila babi. Kau juga babi hipokrit. Kau juga babi samsing.Kau juga mengilababi kerana nak jadi Perdana Menteri dan sesungguhnya kau adalah babi hina dari segala babi".
Nasiblah teman dah tua. Fikiran pun dah tumpul. Jadi, pemuda yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri yang kita kasihi merangkap Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, cukup bernasib baik kerana teman telah tua. Sekiranya teman masih muda, hampir pasti pemuda tersebut teman maki sebrutal yang mungkin.
Buat pemuda yang merupakan suami kepada Nori, merangkap menantu PM, merangkap Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, teman ingin memberi nasihat yang berguna :" kamu masih muda.Jangan marah sangat pada bloggers. Tak semua bloggers jahat. Contohnya, teman adalah blogger yang tak sejahat yang disangka. Kamu bercita-cita hendak menjadi perdana menteri dan kerana itu cubalah berlatih untuk berperangailah seperti seorang negarawan. Kalau kamu rajin, tulislah blog untuk menghujah balik terhadap bloggers yang kamu rasa tak sependapat dengan kamu. Ini baru dikira anak jantan. Jangan jadi seperti budak kecil yang asyik meringek menyuruh sang bapa mengambil tindakan ke atas budak lain kerana kesalahan mengambil alat permainannya. Sekian saja, nasihat teman, seorang tua yang sudah pencen".
2 ulasan:
Yop, hanya org umno yang masih bodoh dan pekak dalam mencanang kepimpinan negara. Rakyat semakin miskin, tapi monyet-monyet umno terus kaya, terutama monyet hingusan oxford. Monyet veteran pun nampaknya cuba nak kikis harta rakyat juga akhir2 ini. Tapi silap tuju terkena kawan baik agong. Dah tengadah. Elok kalau satu hari mahathir buat satu kejutan. Ini satu agenda yang perlu kita bangkitkan yop. APa kata yop kita sama-sama cari jalan untuk gerakkan mahathir tanpa mengira atas platform mana. Dan pada masa yang sama kita naikkan semangat anti KJ. Yang penting keturunan monyet badawi perlu dihapuskan sebelum lebih banyak harta negara dikaut oleh menantu monyetkabau, kera2 sumbang umno dan babun babun umno tak berguna tu.
teman setuju benor.
Catat Ulasan