Jumaat, 18 Mei 2007

Apa Khabar Tun

Apa khabor Tun Mahathir hari ini. Dah dekat seminggu Tun duduk hospital.

Mulanya Tun sesak nafas di Langkawi semasa bercuti di Pulau lagenda itu. Lalu dia dimasukkan ke Hospital Langkawi. Lepas itu di pindahkan, ke IJN. Mengikut anak beliau, Mukris dan Marina semalam ayah mereka dalam keadaan stabil.

Syukurlah orang tua ini telah tunjukkan tanda yang dia mula pulih. Anak Mahathir kata lagi ayah mereka kini mula makan sandwich. Baguilahtu.Kalau teman diberi kesempatan , hendak juga teman masakan jemput lada dan bagi sepinggan pada Tun Mahathir.Jangan risau, teman takkan letak racun tikus walaupun musuh Tun bayar upah berjuta dolar untuk teman lakukan perbuatan terkutuk mutuk ini! Semoga Tun yang terkenal kerana menjadi Perdana Menteri yang paling terlama di Malaysia ini panjang umur dan murah reseki.Murah rezeki? Rezeki yang Tun ada pun dah berlebihan.Duit pencen banyak. Elaun sebagai Pengerusi Petronas banyak. Eh wah lebih dari cukup tu. Yang tak cukup adalah Syeikh Teluk Intan.Oleh itu secara rasminya,teman tarik balik doa supaya Tun murah rezeki. Jangan marah.Kalau marah lagi cepat tua.Lagi tua, lagi cepat jalan.

Teman mahu bebenor nengok Tun terus hidup .Bolehlah Tun lihat sama seperti orang-orang lain yang hidup, zaman pemerintahan Paklah ni.Zaman pemerintah Paklah ni ,orang kata lebih hebat kerana inya sebuah kerajaan yang Cemerlang, Gimilang,dan Terbilang. Lebih dari itu ianya sebuah kerajaan yang bergerak atas landasan Islam Hadhari.Islam Hadhadri hasil ilham Paklah dikatakan, cukup dihairani oleh para ulama seluruh dunia kerana inilah pertama kali mereka dengar istilah ini dan cukup dipuji oleh pemimpin-pemimpin Barat kerana alasan-alasan yang mereka sendiri sahaja yang tahu. Mungkin bunyi istilah itu lebih sedap di dengar kut.

Walaupun para pemimpin Singapura ,dan lain-lain pemimpin puji pemerintahan Paklah , Tun menongkah arus. Telah banyak benda yang sangkut paut tentang Paklah Tun cakap dan kritik. Banyak benda yang Tun tak bersetuju dengan Paklah. Dan sudah tentu banyak benda juga yang Paklah tak setuju dengan Tun,bekas bosnya. Tapi yang hebat tentang Paklah, ialah sikap "coolnya" terhadap serangan bekas bosnya yang sedang dirawat di IJN. Paklah banyak diam dan jarang jawab balik setiap kritikan Tun Mahathir. Ada orang kata, Paklah bukan tak nak jawab, tetapi tak cukup hujah untuk menjawab. Betul ke? Ada orang kata, paklah , tak nak jawab, kerana pada dia orang gila jangan dilayan.

Soalnya Mahathir dah gila ke? Entahlah, teman susah nak beri pandangan tentang hal gila ni kerana gila banyak macam gila. Ada gila isim.Ada gila-gila. Ada gila babi.Ada gila talak.Ada gila kuasa.Ada gila duit.Ada gila perempuan.Ada gila tidur. Ada gila kereta. Ada gila judi. Pendek kata, dalam ini dunia, ada seribu jenis gila. Mahathir gila yang macam mane? Supaya teman tak gila, teman bersangka baik, Mahathir tak gila. Cuma dia ada hobi baru, iaitu kritik Paklah kiri kanan, atas bawah. Sebagai orang Teluk Intan yang telah pencen, teman nasihatkan Tun yang juga telah pencen,jagalah kesihatan. Jangan banyak beri ucapan di mana-mana.Beri ucapan ni nampak kerja mudah, tapi sebenornya, berat. Siapa yang selalu buat ucapan atau ceramah, tahu benor benda ni. Bila sesorang beri ucapan atau ceramah atau yang seumpama dengannya, dia terpaksa berfikir cepat dan pantas. Bahasa badan mesti sesuai dengan apa yang diperkatakan. Tempoh masa berceramah mesti menepati kehendak acara majlis.Ah, banyak lagi yang perlu diambil kira.Memang kerja beri ucapan meletihkan.

Tetapi kalau teman minta Mahathir jangan mengkritik, memberi pandangan , teman termasuk orang yang zalim dah bahlul. Kata orang, Malaysia negara merdeka dan demokkratik, oleh itu sesiapa sahaja boleh menyuarakan isi hati. Malaysia bukan macam negara autokratik dan diperintah oleh diktator. Di Malaysia rakyat bebas bersuara. Buktinya, rakyat boleh bercakap sesama sendiri. Di Malaysia, hanya orang bisu sahaja yang tak boleh bercakap dan beri pandangan. Eh wah, ada juga hamba Allah yang tak setuju Malaysia negara yang demokratik. Teman tahu, di Malaysia , rakyat boleh ditahan di bawah ISA tanpa bicara. Rakyat juga boleh didakwa kalau langgar beberapa akta, seperti akta Cetak rompak, OSA, akta mesin cetak. Tapi semua akta itu baik belaka. Bukan teman kata, tapi orang lain kata. Orang mana? Siapa lagi kalau bukan orang yang betul-betul orang yang menyokong akta-akta itu. Hendak hidup katakan.

Teman dah melalut ni.Orang pencen mungkin begini. Maaf sajalah weh.Sebelum teman berhenti, sekali lagi teman nak nasihat pada Mahathir (teman sepencen),ingat, jaga kesihatan. Jangan beri ceramah lagi nanti sakit .Siapa yang susah? Tuan hamba juga. Kalau Tun nak beri pandangan atau kritikan pada PAKLAH dan kerajaan, bina saja blog dan tulislah semahunya. Satu dunia boleh baca, apatah lagi TUN punya nama besar. Semua orang akan baca, termasuk Paklah!

Tiada ulasan: