Jumaat, 25 Mei 2007

Berita Tentang Lina Joy Si Murtad

Rayuan Lina Joy diketahui Rabu depan
25-05-2007 08:22:57 PM
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini menetapkan 30 Mei ini untuk memutuskan sama ada Azlina Jailani yang menukar namanya kepada Lina Joy boleh menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.

Perkara itu disahkan oleh peguam Lina, Benjamin Dawson ketika dihubungi di sini hari ini.

Lina, 42, merayu terhadap penolakan Mahkamah Rayuan terhadap permohonannya untuk menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya.

Rayuannya di mahkamah itu ditolak pada 19 Sept, 2005, dalam keputusan majoriti 2-1, untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi tidak membenarkan permohonannya bagi menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya atas alasan keputusannya keluar dari Islam tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa Islam yang lain.

Pada 23 April, 2001, Mahkamah Tinggi memutuskan sebagai seorang Islam, Lina, tidak boleh keluar dari Islam dan bahawa isu itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Dalam samannya, Lina menamakan Majlis Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan, Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, Lina memohon kepada JPN untuk menukar namanya atas alasan beliau tidak lagi memeluk Islam dan telah masuk Kristian.

Permohonan itu ditolak oleh JPN pada 11 Ogos 1997.

Permohonan keduanya kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy diluluskan dan JPN memintanya memohon kad pengenalan baru.

Lina mengemukakan permohonan bagi kad pengenalan baru dan pada November 1999, beliau diberikan kad pengenalan baru dengan nama Lina Joy dan perkataan "Islam" dicatatkan.

Pada 11 Mac 2000, Lina memohon kepada JPN untuk menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalan barunya tetapi permohonannya ditolak atas alasan beliau perlu mengemukakan sijil atau perintah daripada Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa agama Islam.

Pada 4 Julai tahun lepas, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Mohd Sheriff telah menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah daripada pihak berkenaan dalam rayuan itu. BERNAMA


Teman dah muak dengan kes bertina yan asalnya bernama Azlina Jailani yang bertukar nama kepada Lina Joy.Banyak NGO Islam dan individu islam yang begiti prihatin dan mahukan supaya pada 30 Mei ini Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan yang positif menyebelahi kehendak umat Islam umumnya.

Seorang yang bernama Benmoktar telah menulis, yang sebahagiannya teman petik dari Laman Web Tranungkite seperti berikut:

"Di dalam usaha Lina Joy menukar agama dan menukar status dirinya, perdebatan berlaku di antara peguam dan kehakiman di Malaysia. Yang menyedihkan apabila peguam beliau juga terdiri dari orang Islam. Semua mereka ini buta hati dan jiwa di dalam mengekar kedunian, wang dan harta. Tidak mustahil dunia kafir akan bersekongkol dengan Lina Joy untuk memenangi kes ini kerana untuk masa depan Kristian keseluruhannya. Satu Kemenangan ini akan membawa kepada kecemerlangan usaha MURTAD.


Tidak mustahil, selepas ini angka 100,000 orang yang MURTAD akan melonjak ke angka yang lebih besar sekiranya keputusan Mahkamah menyebelahi LINA JOY.


Memang sebahagian besar umat sensitif, dengan isu Lina Joy yang kesnya mendapat perhatian seluruh dunia. Ianya bukan sekadar berkaitan dengan batang tubuh betina murtad bernama Lina Joy, tetapi ianya melibatkan maruah umat dan ada implikasi perundangan negara.

Biar teman sendirian mengandaikan perkara buruk akan berlaku pada 30 Mei nanti, supaya teman mempunyai kekuatan emosi dan mental untuk mengadapinya.

Teman tahu Lina Joy dapat dokongan dari pertubuhan kristian di seluruh dunia. Betina ini juga mempunyai lebihkurang 14 peguam (termasuk peguam pemerhati yang boleh turut bercakap dalam Mahkamah). Beliau juga di sokong oleh pejuang artikel 11 dan gerakan IFC yang didokong oleh NGO bukan Islam termasuk NGO Munafik yang bernama Sister in Islam. Pendik kata Lina Joy dan para murtadin yang lain, merasa dibelakang mereka ada golongan pembela yang kuat.

Dan ditakdirkan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menyebelahi betina murtad ini,samada keputusan dibuat kerana tekanan antarabangsa atau tidak, teman harap umat Islam bersabar dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan mudahrat yang lebih besar yang akan menjejaskan nama baik umat Islam.

Teman sejak puluhan tahun telah tahu umat Islam telah dihina maruahnya akibat sikap kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang terlalu bertolak ansur tanpa bertempat kepada golongan ugama-ugama sesat seperti Hindu dan Kristian. Apa yang hendak dihairankan , UMNO dan Barisan Nasional bukan memperjuangan Islam yang sebenar. Kebanyakan ahli Umno sendiri pun tahu, tetapi buat-buat tak tahu kerana kepercayaan UMNO yang hodoh dan sesat, telah jadi penyakit seperti kencing manis. Tidak boleh disembuhkan.

Pada pendapat teman, umat Islam perlu sepakat bahawa KITA SEMUA WAJIB JATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL melalui pilihanraya supaya gejala murtad dapat kita perangi berdasarkan ajaran Islam. Adakah kita punya jalan lain selain jalan ini?

Kepada Lina Joy dan para murtadin yang lain, kamu semua boleh mampus dengan kepercayaan sesat kamu yang percaya kepada Tuhan tiga dalam satu. Atau percaya kepada berjuta Tuhan seperti Ugama Hindu.

Sekiranya pemerintahan Islam dapat ditegakkan, golongan murtadin yang dikatakan oleh mufti Perak telah mencecah ke angka 250 orang, maka bersedialah untuk menerima hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam.

Buat masa sekarang berseronoklah kamu di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang sial dan sesat !

Tiada ulasan: