Khamis, 28 Mei 2009

Nasihat Teman Buat Akhil Hai

Bila cerita buruk-buruk tentang Akil Hai banyak diperkatakan, teman tumpang sedih.


Sesungguhnya teman sayang pada budak ini. Teman suka bila dia mengalunkan bacaan al-qur'an. Tergugah jiwa teman mendengarnya. Teman suka mendengar ceramahnya walaupun teman tak berkenaan dengan dua tiga hadis yang dibawanya yang jelas 'maudhu'.


Teman suka sangat bila dia berdiri di atas pentas Pas.Teman juga suka apabila dia kerap kali dijemput berceramah motivasi agama oleh pelbagai pihak. Teman suka dia sentiasa mengajak anak-anak muda, khususnya kembali dan sayangi Islam.


Masa dia rajin berceramah suatu ketika dulu , Raden Zahid Hamidi tak pernah bercakap tentang isu communism yang dikatakan sedang hendak dihidupkan semula oleh kumpulan tertentu di Malaya ini.


Kalaulah masa itu, Raden Zahid Hamidi bercakap tentang ideologi Karl Mark, hampir pasti Akhil Hai dalam ceramahnya akan berkata: " Apa barang ni Zahid!!!, cakap tentang ideologi yang semakin pupus dan tak laku. Fahaman yang masih tak kojol-kojol ialah nasionalisme. Pemujanya ialah dari parti sebelah sana.Kedua-dua ideologi ciptaan manusia adalah haram untuk dianuti".


Teman tahu Akhil Hai dari seorang penyanyi rock kapak beliau kemudiannya beralih ke dunia dakwah. Ramai jugak pengikutnya dikalangan muda mudi. Kelebihan beliau dalam berdakwah ialah kelakarnya ala Ustaz Ismail Kamus dan sambil berceramah dia menyelitkan beberapa buah lagu. Kelebihan beliau ini sudah tentu tidak ada pada Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz.


Sentiasa teman berdoa supaya dia istiqamah dalam perjuangan Islam. Dan pernah teman cuba menghubunginya supaya dapat bekerjasama dalam menghasilkan lagu dan muzik yang islamik dalam pelbagai genre yang kontemporari. Tambahan pula teman pun memiliki studio rakaman. Dengan kehadirannya teman harap dapatlah dia membantu teman dalam usaha mentarbiah pemain muzik teman yang hanya islam dari segi nama tapi amalan fardhu Ain selalu terabai. Sayang sekali semasa itu dia telah pun mengikat kontrak dengan syarikat INTEAM.


Dan kini cerita isterinya meminta cerai mula muncul. Sedih teman mendengarnya. Ada orang kata dia telah karam bercinta dengan Wahida dan mula menjadi artis yang mencari glamor.


Teman merayu pada Tok Guru , para ustaz dan kawan-kawan yang mengenali Akhil Hai supaya menasihatinya. Mungkin masih belum terlambat lagi .Akhil Hai orang seni dan dia pun ada asas agama yang agak kuat. Orang sepertinya, mempunyai jiwa yang halus. Kita jangan hanya pandai memarahinya, tapi kita perlu bawa dia ke pangkuan jemaah. Mungkin hari ini, tuhan uji dia dengan kemewahan dan glamor, esok mungkin anak atau diri kita sendiri diuji oleh tuhan. Oleh itu tolonglah nasihatkan si Akil Hai yang teman rasa masih punya nur dalam dadanya.


Buat Akhil Hai teman nasihatkan kembalilah pada isteri dan anak-anak dan rapatkanlah diri dengan jemaah. Perjuangan dakwah ini tidak boleh dilakukan seorang diri. Keberkatan ada dalam jemaah Islam. Percayalah. Dan ingatlah madah yang pernah akhi selalu selitkan dalam ceramah pada suatu kektika dulu:-


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabilamasyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negaramenjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadihormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabilatempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mulamengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat

Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak ben da ' bulat ' .

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat ..Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita ' bukti ' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat!

.Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat

dan memperbanyakkan ibadat.


Akhirkata, salam ukhwah buat Akhil Hai dari saudara tua anta!!!



16 ulasan:

ISA berkata...

Salam Sifu,

Ana no komen... dalam isu ini.

Yang pasti syaitan dah pasang jerat. Hanya ustaz yang boleh selesaikannya supaya tak melarat.

Pengasas berkata...

Salam tuan Sheikh,
Antara sadaqah yang amat baik ialah nasihat. Nasihat dalam tulisan ini bukan untuk ustaz Akhil saja, tetapi untuk semua.
Terima kasih ya maulana!

sheikh teluk intan berkata...

Walaikumus'salam Isa,

Betul tu Isa. Mainan syaitan cukup halus. Harap-harap ada orang yang menasihati Akhil Hai.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikumus'salam Doc,

Agama itu nasihat. Kena saling menasihati antara satu sama lain kerana kita bukan hamba tuhan yang maksum.

Betul Doc, nasihat ini nampak macam untuk Akhil Hai saja, tetapi ianya termasuk buat diri saya dan orang lain juga.

Terima kasih Doc kerana sudi singgah sini.

Manjungmari berkata...

Salam Sheikh...
bab macam ni susah sheihk.... kalau dia mai celapak atas kita baru la kita tau macam mana...pasainya 3TA...
Jadi kita pun minta simpangla dari godaan macam ni...

abgBro berkata...

salam sejahter paduka shiekh..

sayang 1000 kali sayang paduka, saya pun syg pd syeh nie..tolong paduka slmtkn dia!

Allahuakbar!!

Gedung Akal berkata...

Tuan,
Saya sangat setuju. Tazkirah in penting. dulu Ustaz ingatkan kita jadi sekarang kita pula yang bertanggnjwab ingatkan Ustaz. Itulah ingat menginagati. Semua akan dapat pahala dan berkat. Teruskan usaha baik ini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Manjung Mari,

Teman setuju. Ujian perempuan ni berat sekali. Dan setiap orang akan diuji oleh Allah. Ini masa saudara kita diuji, esok mungkin kita diuji dalam bentuk yang lain. Kita cuma menasihati, yang memberi hidayah hanya Allah, Rabbul Jalil.

sheikh teluk intan berkata...

Waailaikums'salam abgBro,

Semua orang Islam adalah saudara kita, termasuk saudara kita dalam UMNO. Wajib kita menasihati. Dalam kes Akhil Hai ni pun kita cuba nasihatinya. Dia sebenarnya budak baik. Kita sekadar menasihati, yang memberi hidayah adalah Allah jua.

Tanpa Nama berkata...

Ape-ape hey pun jangan cepat mengutuk Akil Hai. Kena le dengo kedua-dua belah pihak....

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikumus'salam Gedung Akal,

Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah disini dan tinggalkan komen yang baik.

Saya pun telah melawati blog saudara, bagus sekali isinya. Banyak yang saya boleh pelajari.

Terima kasih sekali.

PUTUBAMBU berkata...

kesian kat wife dia..

but again..tak boleh dengar cerita dari sebelah pihak je kan..

Tanpa Nama berkata...

...2 laa melayu lain macm skit terus di puja...gua dari dulu lagi tk suke dkt akil hai..memalukan pas je...dah le rambut panjang...kalu nk berdakwah pun .elok2 le skit...gua dapt rasa kn mamat ni akan kantui 1 hri nanti ..btul sangkaan gua...

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

dalam kes ni, sy ada byk benda nak ckp tp susah nak dijelaskan. kalau dipendekkan, begini bunyinya. Dah tau dunia artis tu dipenuhi dengan makhluk2 yg semacam setan, kenapa masuk juga ke dalamnya? jadi,salah siapa kalau kita turut sama dipengaruhi setan? apa komen tuan sheikh? :)
42974564

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.