Khamis, 12 Mac 2009

Selamat Hari Jadi Albanjari: Malam ni Bunuhlah Setan!

Sejak pagi kemarin badan teman lemah longlai. Hari ni, teman kena tulis sikit. Tak mahu sentuh politik. Kalau tersentuh, tak membatalkan wudhu teman.

Lewat tulisan ini, teman nak ucapkan selamat hari jadi pada kulaan albanjari . Kebetulan hari jadi kulaan teman ni, bersamaan dengan tarikh hari jadi teman pada 12 Mac. Hari nilah, bukan semalam!!. Tapi kulaan albanjari ditakdirkan lewat lahir. Dan teman pula terlebih dahulu lahir dari beliau di alam maya.

Maknanya, kulaan albanjari masih muda sesangat berbanding teman yang dah tua .Usia teman pada hari ini genap 53 tahun. Tapi, anak-anak teman tuduh bahawa teman kelihatan muda sepuluh tahun dari usia teman yang sebenornya!!

Teman tumpang bangga kerana blog kulaan albanjari semakin meletup. Boleh dikatakan teman setiap hari asyik berulang alik ke blognya. Terutama apabila kem dari zionis Melayu buat hal kat Negeri Perak.

Sesungguhnya, teman amat menghargai perjuangan al banjari dan semua bloggers pro Pakatan Rakyat yang siang malam bekerja tanpa mengenal penat dan lelah mengemaskini setiap perkembangan yang berlaku. Teman yang sudah tua dan sakit tak mampu untuk melakukannya seperti yang dilakukan oleh al banjari dan kawan-kawan yang lain. Lagipun, teman tinggal jauh dari Perak . Betoi teman cakap, kediaman teman boleh dikatakan sangat berhampiran dengan rumah kediaman Ketua Zionis Melayu yang melakukan kudeta di Perak .

Teman tak ada hadiah hari jadi buat al banjari, melainkan doa. Semoga Allah mengekalkan kesihatannya dan terus mendapat rahmat Allah ke atas beliau dan keluarganya.

Akhir kata, teman nak pesan pada al banjari : " kulaan , sempena hari jadi hari ini, mike bunuhlah sedosen setan. Booster yang bernama TRicaJus masih ada kan?. Apa tunggu lagi . Jangan asyik-asyik suruh orang lain test. Ini malam , kulaan mesti test pada diri sendiri. Malam jumaat beb. Dapat pahala. Tapi janganlah mengaum kuat sangat, nanti Zamry terkejut dan dia ingat dunia dah kiamat".

(Nota: Hampir lupa teman nak ucapkan terima kasih kepada Cik Ja, Puan Aishah Jamal dan bekas-bekas staf teman yang masih mengingati teman kerana ucapan selamat hari jadi pada teman samada melalui kad ucapan, sms, komen kat blog dan ada yang tulis kat entri hari ini.)

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tapi, anak-anak teman tuduh bahawa teman kelihatan muda sepuluh tahun dari usia teman yang sebenornya!!

wakakaka !!!
-radenjowo-

Budak Parlimen BAGAN DAT0H berkata...

steady pak sheikh..
muke pak sheikh mude 10 thn dr um0 sbenar...
ade try tricajus x?
wakakakakak...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Radenjowo,

Jangan gelak, tuduhan anak-anak teman tu, teman terima dengan rasa bangga dan hati yang terbuka!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Budak Parlimen Bagan Datuh,

Belum cuba lagi tricajus. Nai beli malu!!

Budak Parlimen BAGAN DAT0H berkata...

ni malu ape pak sheikh...
tibai jer r..
leh pkei mlm ni...
wakakakkak..

sheikh teluk intan berkata...

Betoi jugak kata budak Parlimen Bagan Datuh... nanti Pak sheikh cari kat Warta Bangi atau Alamanda Putrajaya. Kalau tak ada, kena koling ABO namak gayanye.

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

selamat menyambut ulangtahun buat Pak Sheikh..semoga dikurniakan kesihatan dan kebahagian dunia akhirat...

tak tau nak ucap apa sebenarnya...pape pun saya doakan agar Pak Sheikh sentiasa dibawah payung kerahmatan Allah...

kak ja berkata...

Agaknya kalau Sheikh duduk sebelah saya, kita akan kelihatan sebaya, sbb umur saya 43+ dan Sheikh pulak nampak mcm umur 43..

Beruntung isteri Sheikh dpt suami awet muda..

A berkata...

Pak Sheikh,
Selamat Hari Lahir dan semoga panjang umur.

Doa saya: semoga Pak Sheikh mendapat kesihatan yang baik ini tahun serta diberkati Allah akan semua usaha juga bertambah makmur kehidupan Pak Sheikh bersama keluarga. Amin.

"Tegaklah dengan teguh, istiqamahlah, laksana batu karang di hujung pulau, menerima hempasan segala ombak dan gelombang yang menggulung; setiap ombak dan gelombang datang, setiap itu pula ia membawa zat yang akan menambah kukuh dirinya." Hamka - Pandangan Hidup Muslim.

Salam.
-waris DLD-

Mamamat berkata...

Salam Pak Sheikh .. salam semua

Sama ghupenyer umur kite. Umur yang mude 10 tahun tu. Selamat hari jadi, semoga hidup menjadi2 dalam keberkatanNya.

Oooo, Pak Sheikh sambut hari jadi malam ni rupanye...

Salam

A Mum Of Three Mohd berkata...

Salam Pak Sheikh,

Selamat hari lahir. Semoga Allah lanjutkan usia dan murahkan rezeki serta merahmati kehidupan Pak Sheikh.

Tanpa Nama berkata...

Royal insult: Bloggers to be charged
Hafiz Yatim | Mar 12, 09 6:35pm

Six people nationwide will be hauled up in court for insulting Perak Sultan Azlan Shah in blogs or through the posting of comments.
MCPX

It is learnt that to be charged tomorrow are two individuals at the Kuala Lumpur Sessions Court, one in Petaling Jaya, Selangor, one in Kota Kinabalu, Sabah and one in Butterworth, Penang.

Another person is scheduled to be charged in Kuala Terengganu on Sunday with a similar offence.
......
MALAYSIAKINI

HAHAHAHAHA tuan sheikh.. ada wahfelior yang bermalam dilokap ni yeop oii!!

Seladang berkata...

Pak Sheikh!
Tahniah! Tak kena tea tarik Zamry al Pangkuri Lanuni dulu ke?

Isa berkata...

Salam Sifu,

Nasib baik baru jam 10.30pm (12/03/09), kalau tidak kena ucap "Selamat Hari Lahir Tertunda tarikh la..." (ha..ha..ha.. sengaja bagi berbelit lidah)

Apa pun saya doakan semoga sifu kekal sihat walafiat, kuatkan semangat dalam melawan segala kelemahan, dan anasir-anasir yang tidak diundang.

Doa ini berbentuk universal... untuk kesejahteraan semua.

Cik Lee berkata...

Hepi belated Kulaan Pak Syeikh. Maaflah la lambat ucap hepi birthdaynya. Terasyik mencari idea tak perasan jam dah 12.05 minit. So lewat sehari.

Harapan kawang yang dhoif ini semoga Pak Syeikh diberikan kekuatan dan kesihatan. Serta di dalam lindungannya sentiasa. Satu lagi semoga Pak Syeikh try la trijacus wak banjar tu pasal kalau ikut postingnya power. Mungkin malam ini orang rumah akan guna dialog mak aji " ini bukan bunuh setan ni, silap-silap aku yang terbunuh". Peace Pak Syeikh.

Baginda Reformasi berkata...

heheheh!!! kalau 12 march birthday wak banjar... baginda pun lahir 12 march la.... hehehhe ini bukan tipu macam UMNO tau... ini betui-betui... klu takcaye cek i.c... hehhe

Baginda Reformasi berkata...

uiks... pak seikh pun 12 march ke? heheh

Pengasas berkata...

Salam PakSheikh,
Ucapan tertunda, selamat harijadi. Baguslah 10 tahun lebih muda dari sebenarnya. Boleh kerja kuat lagi.

e berkata...

Salam ziarah & selamat hari lahir yang ke 53..makin hari kita makin jauh dari dunia & makin dekat dengan yang Esa.,moga Allah berikan kesihatan yang berkekalan,umur panjang yang dirahmati,keluarga yang aman dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan.
wassallam

sheikh teluk intan berkata...

Salam UmmiAnni,

Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Tmnet bermasalah.

Apapun terima kasih kerana ucapan itu. Pak sheikh harap UmmAnni dan keluarga pun sentiasa dibawah rahmatNya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cik Ja,

Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Tmnet bermasalah.

Saja seloroh aja. Saya sebenarnya kelihatan seperti umur 53 tapi jiwa umur 43.

sheikh teluk intan berkata...

Salam A (waris DLD),

Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Tmnet bermasalah.

Terima kasih kerana ucapan , doa dan petikan tulisan Buya Hamka. Suka saya membacanya. Terima kasih sekali lagi.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mamamat,


Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Terima kasih Mamamat yang muda 10 tahun dari usia teman kerana ucapan dan doa.

Malam tu teman meto, streamyx bermasalah. Kansel nak bunuh setan.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mamamat,


Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Terima kasih Mamamat yang muda 10 tahun dari usia teman kerana ucapan dan doa.

Malam tu teman meto, streamyx bermasalah. Kansel nak bunuh setan.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mum Of Three Mohd,

Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Terima kasih kerana ucapan dan doa. Teman gembira.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama,

Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Ada tak ada kena tanya dia orang.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Seladang,

Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Tak siur teman minum teh tarik Zambry nih.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Terima kasih kerana ucapan dan doa. Teman bangga kerana mempunyai kawan seperti mike yang walaupun masih muda tapi tahap kematangan adalah cemerlang.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ciklee,


Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Tak kisahlah ucapan tertunda. Teman pun tak pernah sambut hari jadi. Apapun teman ucapkan terima kasih kerana ucapan dan doa.

Teman tak beli lagi Tricajus. Lagipun teman dah menopous kut!

Sesungguhnya teman bangga mempunyai kawan seperti mike, seorang anak muda yang berfikiran matang. Semoga istiqamah dalam perjuangan!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Baginda Reformasi,

Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Mike pun lahir pada 12 Mac. Samalah kita dengan kulaan ABO.

Selamat hari jadi dan semoga rahmat Allah berserta mike sekeluarga.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Pengasas,

Maaf doc kerana lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Saja teman berseloroh.Teman semakin hari semakin comot kerana ketuaan. Nanti nak datang rumah Doc, minta sebiji dua buah anggur.

Apapun terima kasih doc kerana ucapan dan doa. Teman amat menghargainya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam e,

Maaf lambat respon. Hari ini baru dapat buat koneksi. Streamyx bermasalah.

Terima kasih kerana ucapan dan doa. Sesungguhnya teman pun tak menduga umur teman sampai juga ke angka 53. Dari segi adatnya ,setelah mengambilkira kesihatan yang tidak baik sejak lebih 12, teman dah mati. Tapi Alhamdulillah, Allah panjangkan usia teman.

Terima kasih sekali lagi e.

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

selamat ulang tahun ke 53.. moga semakin bertambah umur, dipertingkatkan rezeki dan sentiasa beroleh rahmat dan hidayah Ilahi..

*maaf terlewat beri ucapan. ada masalah peribadi sket.. ^_^

sheikh teluk intan berkata...

Salam fajridil,

Terima kasih kerana ucapan dan doa.

Semoga masalah peribadi selesai segera.

PUTUBAMBU berkata...

tak terlambat kan nak ucap happy belated birthday tuk pak sheikh?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Putubambu,

Masih tak terlambat. Lagipun saya tak buat sambutan apa-apa. Harapan saya kita semua selamat dunia dan akhirat. Apapun terima kasih.

goodeda1122 berkata...

自慰套,真愛密碼,
自慰套,自慰器,充氣娃娃,
性感丁字褲,AV,按摩棒,電動按摩棒,情趣按摩棒,
角色扮演,吊帶襪,丁字褲,飛機杯,

按摩棒,變頻跳蛋,跳蛋,無線跳蛋,G點,
潤滑液,SM,情趣內衣,內衣,性感內衣,情趣用品,情趣,

宮保雞丁Alex berkata...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社