Posting kali ini teman ambil 100% dari seorang blogger muslimah yang besar bakatnya dalam penulisan sastera. Lawatilah blognya disini.
*******************************************************
Maka para bentara pun telah mula memukul gendang. Paluan gendang sebagai tanda untuk pembesar bergelar yang ingin merebut kerusi emas siap sedia dengan ilmu yang dituntut dan gelanggang AMNOR telah bersedia untuk menahan amuk. Betulkah begitu?
*******************************************************
Maka para bentara pun telah mula memukul gendang. Paluan gendang sebagai tanda untuk pembesar bergelar yang ingin merebut kerusi emas siap sedia dengan ilmu yang dituntut dan gelanggang AMNOR telah bersedia untuk menahan amuk. Betulkah begitu?
Hulubalang yang lain terpinga-pingga, masa peraduan belum pun tiba. Mengapa perlu dipalu gendang beradu. Datanglah Nenek Kebayan memberi hikmat akan pentingnya paluan itu supaya dapat memberi gerun kepada pembesar yang berhajat benar akan kerusi emas merasa cemas sebelum rentak dan senjata sama beradu.
Sirih Pinang didalam puan
makan bersama ditengah serambi
cerita rasuah dah mula jadi hebahan
yang bertanding mula tak sedap hati
Cantik sungguh Anggerik di desa
tumbuh meliar di dalam hutan
Mari tengok siapa yang kena
dicantas kaki sebelum kedepan
htttp://aishahjamal.blogspot.com
7 ulasan:
Ingin ku balas pantun sahabat ...
BALASAN UNTUK PANTUN 1:
Makan bersama di tengah serambi,
Semangkok laksa tanda berbudi;
Yang bertanding tak sedap hati,
Perwakilan terasa tak nak mengundi!
BALASAN UNTUK PANTUN 2:
Tumbuh meliar di dalam hutan,
Buah berangan batangnya basah;
Dicantas kaki sebelum ke depan,
Umno dengan rasuah tidak terpisah.
salam tuan sheikh..
mari kita tengok siapa yang kena ^_^
saya ni orang biasa je Pak Sheikh.
Saya suka pada pantun mungkin kerana terpengaruh dengan rancangan 'Mari Berbalas Pantun' di RTM satu ketika dulu.
huhu org UMNO takut nak bace pantun-pantun ni... sebab depa berpantun dalam ENGLISH baru ade stail...
saya balas pantun SELADANG..
BALASAN UNTUK PANTUN 1:
Makan malam bersama di restorant PERANCIS,
Se-plate spegety tanda berkasih;
tak dapat bertanding bukan nye en najis,
jika tidak kami rakyat berterime kasih!
BALASAN UNTUK PANTUN 2:
letupkan C4 di dalam hutan,
diletup dari atas sampai ke betis;
Dicantas dgn keris sebelum ke depan,
itulah the power of keris.
mai pantun jugak... hehehe
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/mari-kita-tengok-siape-yang-kene-pantun.html
Salam Sifu,
Ini ler yang teman lemah sekali... tak sempat khatam... Cikgu pantun teman dah padam... innalillah....
Lepas tu ganti dengan cikgu pantun dalam bahasa ingeris berbelit lidah, teman lari dari sekolah, kena hantar tuisyen kelas pantun dalam bahasa tamil... lagi la bebal
Orang cina ada pantun jugak ke???
Sebab tu, sampei la ni teman fobia dengan pantun... ha..ha..ha..
jadi teman tak nak komen apa2 ler..
Salam:-
Seladang, Baginda Reformasi, Aishah , Fajridil, dan Isa.
Teman pun seperti Isa ngak pandai pantun. Seladang , Aisyah dan Baginda Reformasi, hebat berpantun.
Tapi teman akan bagagia dan suka kalau dapat dengar Najib dan Rosmah berpantun.
Catat Ulasan