Semasa Nasaruddin Adun Bota masuk PKR sepuluh hari yang lepas , teman sikitpun tak bersuara.Sikitpun teman teman tak kisah.
Teman memang bukan seorang yang cerdik tapi entah kenapa teman tak berapa berminat dengan kemasukkan Tok Nasaruddin Adun Bota bila tanpa angin ribut dia menyertai Pakatan Rakyat/PKR. Lantaklah , kemasukkan dia dirayakan bagaikan penganut Hindu menyambut Taipusam , penuh dengan gegak gempitanya!!!!.
Namun teman mula mual apabila terdapat suara-suara yang begitu yakin bahawa terdapat dua tiga ekor Adun UMNO/BN lagi yang akan turut ikut jejak langkah Tok Naza menyertai BN. Mungkin ada kawan-kawan yang tak sabor untuk bertepuk tangan atau melompat terkinja-kinja menanti kemasukan beberapa ekor ADUN masuk PKR/PakatanRakyat.
Mungkin teman berfikir jumud sehingga bersikap buruk sangka terhadap ADUN UMNO yang hendak masuk PKR yang telah diasuh dengan ajaran songsang , iaitu perjuangan yang praktikal adalah adalah berasaskan duit. Kepentingan perjuangan untuk agama , bangsa dan negara jatuh ditangga terakhir.
Oh, mungkin cara berfikir teman semakin tak betul yeop bang ooiii , bila berburuk sangka kerana hati teman selalu berbisik bahawa , Tok Nasa masuk PKR kerana merasakan ruang bernafasnya teramat sempit dalam UMNO . Masakan tidak , Kawan-kawan seperjuangannya sendiri dalam UMNO yang menikamnya dari belakang.( bukan liwat yeop bang oooiii).
Manakala pemimpin atasan pula tak mandang dengan ketidakselesaan Tok Nasa yang semakin terpinggir dalam UMNO. Fikir punya fikir dia pun melompat ke dalam PKR. Pada firasat teman saja dia nak tengok riaksi pemimpin atasan UMNO.
Maka mulai hari itu , proses merayu Tok Naza supaya kembali dalam pelukan UMNO pun bermula. Tapi Tok Nasa buat jual mahal. Semakin jual mahal, dia mengharap , nilai pasarannya semakin meningkat. Nampak saja muka Tok Nasa ni tak lawa sangat, tapi otaknya sentiasa berkokok!!!!. Camane otak berkokok? He...he.. teman pun tak tau yeop bang oooiii!!!!
Yeop bang... Tok Naza sedikitpun tak layan rayuan Tok Tajol Rosli supaya dia kembali ke pangkuan UMNO. Tok Tajol dilihat oleh Tok Naza seperti seorang pengemis yang amat hina dina seperti anjing kurap.
Ghopernyer, Tok Naza menanti rayuan serta pekej lengkap dari si dia..... Si dia yang mana yeop bang? Ehwah tehwah... buat tak tahu pulak!!! Siapa lagi kalau bukan isteri Rosmah yang bibirnya merah bagaikan bergincu. Comelnya dia , yeop bang!!!!
Maka saban hari Tok Nasa kena ayat power dari mulut sibibir merah. Akhirnya dia longlai di kaki isteri Rosmah. Tak sia-sia isteri Rosmah menjadi Ketua Perhubungan UMNO Perak yang baru dan di bantu oleh anak jawa Bagan Datuk.
Maka berlakukah pada petang tadi yeop bang ooiii, si Jamal dan Osman yang sudah berhenti jadi ahli PKR dan isytiharkan diri sebagai ADUN Bebas dan seekor nyonya yang berhenti jadi ahli DAP berserta ahli PKR 10 hari iaitu Tok Naza yang konon dikatakan dilarikan oleh sesorang, kelihatan begitu bergumbira mengistiharkan sokongannya pada Barisan Nasional dalam PC yang di ketuai oleh isteri Rosmah.
Yeop bang ....janganlah menanggis melihat adegan petang tadi , yang mendebarkan penyokong mazhab politik yang bernama Pakatan Rakyat. Hapuskan airmatamu wahai yeop bang......
Moral cerita ,isteri si Rosmah tahu dan Tok Zahid pun tahu benor , segolongan ADUN PKR dan bekas ADUN UMNO bukanlah sukar sangat untuk dibeli. Pokoknya duit, rantingnya duit, bunganya duit ,dahannya duit dan akarnya duit.Kalau duit mula ngomong, semuanya boleh terbang kalau perjuangan bukan berdasarkan keikhlasan dan tiada curahan cahaya Rabanni. Faham ke tu yeop bang?......
Sebelum teman lupa , kalau yeop bang ...nak tahu 8 katogeri ahli UMNO , silalah baca posting sahabat kita si harimau-menaip. Baguih , yeop bang membacanya supaya kita boleh kenal secara lebih baik tentang genetik UMNO.
Bang yeop, esok kalau sudah sarapan pagi dan tak ada korje lain, mengadaplah laptop. Kita buka blog Raden jawo, Al Banjari, Harakah, Satu blog total dan blog-blog dan website yang cepat keluar berita terbaru. Harap-harap ada berita baik buat kita!!!!
Ya betul, tentang perkenan Sultan mengenai pembubaran DUN Perak Darul Riduan!!!!!
Sekiranya , ditakdirkan Sultan Perak memilih untuk bersetuju supaya Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan Perak, kita kena pergi pada plan B. Ingat tu yeop bang..plan B!!!!
Jangan lupa yeop bang... kate mesti dikotei!!!!
3 ulasan:
geli aku blog kau ni ....nyesal aku masuk. jumud betul otak PAS, penuh dgn buruk sangka.
Nak menarik minat pada perjuangan kena kesedaran dan pujuk rayu.Lambaian utk bersama dlm saf perjuangan.Syabas Yeop!
p/s: teringat teman kedei lambei telok anson
ya yeop, kate mesti dikote!
Catat Ulasan