Teman :Hello bang dollah ke tu?
Bang dollah: Ya ,bercakap. Siapa disana?
Teman: Saya bang dollah , Sheikh Teluk Intan.
Bang Dollah: Tak pernah dengaq nama tu.Ni mama betulkah atau nickname?
Teman: Ni nickname, bang!
Bang Dollah : awat tak guna nama betoi?
Teman: Malu bang. Nama asal , kurang lazat bunyinya.
Bang Dollah : Oh I see! Nama pun ada yang lazat , ada yang tak. Macam masakan makaroni gak. Bagus! Apa hal talipon ni?. I baru nak lena.
Teman: Saya talipon ni, nak minta maaf.
Bang dollah : Awat, apa salah hang? Bunyi suara macam orang baik-baik saja.
Teman: Banyak salah saya pada abang. Saya ni blogger yang langsung tak terkenal. Tetapi saya guna blog saya untuk sindir, perli dan agak sinikal pada bang dollah. Pernah saya kata bang dollah kaki merapu dan meraban. Pernah saya kata Bang dollah pemimpin banggang. Saya pernah cakap, bang dollah kaki tidur. Saya pernah kata bang dollah macam abang tiri saya. Saya kutuk menantu kesayangan bang dollah, yang cukuplah sial pada pandangan mata saya!
Bang dollah : Sampai hati hang kata macam itu, kat seorang Perdana Menteri. Pilu hati saya. Hang betoi tak ada perasaan. Sudahlah, mamak tua Kutty , tak sedaq diri tu kutuk I . Macamlah kesalahan I besaq sangat. Orang tua tu, macam setan berjambul. Dia dah macam gila meroyan dok kutuk I siang dan malam. Anak dia , si Mukhris pun sama naik macam pak dia. Adakah patut dua anak beranak ni suruh saya letak jawatan. Puiiiiiiiii, dia ingat I ni lelaki bacul. I tak akan letak jawatan. I pantang dicabar. Kerja I untuk negara belum selesai. Walaupun BN kehilangan banyak negeri, tapi BN masih menguasai negeri-negeri lain. BN masih menguasai kerajaan pusat. Betul tak sheikh?
Teman : Betul bang. Semua yang abang cakap betul belaka. Abang orang suci, tentu cakap betul belaka. Nilah, saya nak minta maaf.
Bang dollah : Awat hang tak minta maaf depan khalayak macam siapa nama blogger tu? Ah, si Sang Kelambai. Pandai dia pilih masa dan tempat . Barulah dia jadi tumpuan media massa . Dia peluk I dan kemudian cium tangan I . Kemudian dia cakap , "Pak lah kita kawan". Dia cakap lagi , "Pak Lah saya akan sokong Pak Lah". I pun terkejut juga. Nasib baik I tak pengsan, sebab badan dia besaq hampir sama macam Sang Kelambai yang asli . Dan I pun maafkan dia. I ni pemaaf orangnya. Betul tak....siapa nama you , I lupa pulak?
Teman: Nickname saya Sheikh Teluk Intan.
Bang dollah: Ya , terima kasih kerana mengingat. Bagus juga nickname tu. Oh ya, kata nak minta maaf, silakan sheikh.
Teman: Bang dollah , saya minta maaf banyak-banyak kerana ..........
Bang Dollah : Hang menyesalkan? Atau nak minta sedikit habuan? Kalau habuan tu, tak boleh bagilah. Hang bukan blogger terkenal macam siapa, si mangkuk ayun tu? Asyik terlupa saja. Ah, si Sang Kelambai yang kerjanya . kutuk I siang dan malam. Apa dia tak kata pada I ? Bertimbun. I sendiri marah betul. Nasib baik dia dah menyesal, kalau tidak tak merasa dia cium I punya tangan yang suci dan bila-bila masa boleh jadi kotor.
Teman: Bang Dollah, saya bukan macam Sang Kelambai. Sang kelambai pun bukan macam saya. Dia punya muka pun, tak hensem langsung. Saya , walaupun dah berumur 52 tahun, tapi iras-iras David Cassiddy , masih ada terlekat sikit-sikit diwajah saya. Juga, suka saya nyatakan saya tak perlu sesenpun duit Bang dollah atau UMNO. Saya bukan macam setengah mangkuk ayun yang harga dirinya tersangat murah macam harga kacang putih. Dan Sang Kelambai ni , sejak lahir lagi dah sokong UMNO. Darah dagingnya UMNO totok. Saya pula, sejak dalam kandungan ibu, dah isi borang , mohon jadi ahli Pas. Oleh itu jangan bandingkan saya dengan si mangkuk ayun ni. Dan saya pun sedar diri bahawa saya bukan blogger terkenal, seperti mangkuk ayun itu. Saya talipon bang dollah , sekadar nak minta maaf. Tak lebih dari itu!
Bang Dollah : Minta maaf yang tanpa syarat?
Teman: Ya , minta maaf tanpa syarat.
Bang dollah: Hang Sheikh , macam I juga, sebaik-baik insan rupanya di dunia ini !
Teman: Memang pun. Hahaha..... Baiklah saya minta maaf mengikut skrip yang telah saya sediakan: : "Bahawasanya saya , Sheikh Teluk Intan dengan ini mohon maaf kepada bang dollah, dengan seluruh jiwa raga , kerana merasakan buat masa ini belum sesuai masanya , saya meminta maaf betul-betul pada Bang Dollah."
Bang dollah : Dei tambi, Aku marah nih! . Hang jangan talipon-talipon lagi. Hang bukan nak minta maaf. Hang sengaja nak mainkan aku .Hang tak sebaik Sang Kelambai yang mukanya buruk macam penjual botol todi terpakai tu dan berprinsip macam lalang tu!
Teman: Bukan niat saya nak mainkan bang dollah tapi bunyi perkataan saya macam satu gurauan. Kawan saya yang rumahnya nanti terletak di atas bukit pernah berkata:" Perkataan yang dizahirkan , boleh dianalisisakan dari dua perspektif. Kalau kita lihat dari satu perspektif , ianya macam satu gurauan. Dan kalau di lihat dari perspektif yang lain , ianya macam kata-kata yang penuh makna! Hahahaha..... "
Bang Dollah : Pooooodahhhhh. Sheikh ni entah apa-apalah!
9 ulasan:
Hahaha!
Sheikh, itulah! Ana dok tunggu-tungu juga hartawan jutawan dari UMNO offer juta-juta kat ana untuk pi peluk Pak Lah, tapi nak buat macammana, anak bukan blogger terkenal macam si apa nama dia? kelembai? keh keh keh!
Aku dah siapkan iklan Jawatan Kosong
salam -
sebelum ana tulis...ana nak gelak dulu...hahahahahaa...,bravo! gelak terguling...
Sorry pak sheikh..ana gelak sampai lupa nak tulis apa lak..,hahahaha..
Best!
air tangan sifu...,
Hmm... tak sangka... yang hang ada talent.. macam David Cassidy.
Dan tak sangka... yang ... skrip yang anda duk baca itu.. tak merapu.. yang Bang Dollah punya gak merapu..
Jelas... hang tak dapat apa-apa habuan...
Sempoi Sheih, nak kena mai kagi la ni.
awat, dah rasa sikit baik pa?
Pak Cik, nie cerita LAWAK ANTARABANGSA...
Adui! Kesian Bang Dollah kerana berjumpa rakyat macam Pak Cik.
Saya tak tahan la dengan lawak2 pelik Pak Cik nie...huhuhu
muheheheh,tentang saiz badan ada sikit macam siput kelemboi !kui3, kuang3
Salam mudin001, sebol,albanjari online said...,red1,Kata Tak Nak
zainulfaqar, rastom.
Terima kasih kerana memberi singgah disini dan beri komen. Teman amat gembira ada juga orang baca tulisan orang tua yang kurang cerdik ini!
Catat Ulasan